part7

5.1K 119 8
                                    

Tiba-tiba Qaseh Nur Wafiyya terdengar seperti bunyi orang yang ketawa.Dia cuba membuka matanya dengan perlahan dan...

"hahahaha serious muka kau lawak doh"

Ciss bagus punya suami bolih dia gelakkan aku.Aku dah lah tengah takut ni.

Serious aku rasa kelakar sangat tengok muka dia.Nasib baik dia tak guling-guling dekat lantai ni.

Terus Qaseh Nur Wafiyya bangun dari pembaringan.Terus dia masuk dalam bilik mandi.'Lebih baik aku mandi daripada aku layan mamat tiga suku ni.'

Tiba-tiba Qaseh Nur Wafiyya keluar balik dari bilik air.Tengku Amirul Irsyad yang sudah berhenti ketawa hanya memerhati gelagat isterinya itu.

Qaseh Nur Wafiyya mengambil sehelai jubah dan sehelai tudung dan dengan cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

'Hiss kenapa dengan aku ni.Buat malu jer tengok tu teruk dia ketawakan aku bodohlah kau Qaseh.Bagaimana aku nak berdepan dengan dia ni malunya.Tu lah cuba kau basuh biar lagi bersih otak kau tu.Ni masa tu jugaklah kau nak fikir benda tak elok macam tu'.(pepandai pikirlah yer)😜😂

Tengku Amirul Irsyad yang sudah lengkap berpakaian hanya membaringkan tubuhnya di atas katil.Fikirannya melayang kepada kakak sulungnya.'Alhamdulillah' dia menghela nafas syukurnya kerana akhirnya kakaknya kembali juga ke pangkuan keluarganya.

kreek kreek

Bunyi pintu bilik air berbunyi menandakan isterinya sudah siap mandi.

"Aw...Awk tak keluar makan dulu ker"

"Tak tunggu kau, kitakan pengantin baru mestilah kena keluar bilik bersama".Senyum senget.

Hmm cantik isterinya yang mengenakan jubah yang berwarna pink dengan tudung yang still berbalut di kepalanya dan tidak lupa juga isterinya mengenakan purdahnya.Dia tertanya-tanya kenapa isterinya masih berpurdah dengan dia walaupun mereka sekarang ini merupakan suami isteri.'Mungkin dia masih tak dapat nak terima aku sebagai suami dia kut'.Tiba-tiba dia berasa sedih sedikit(sedikit jer tak banyak kei)

Qaseh Nur Wafiyya hanya menundukkan kepalanya kerana dari tadi Tengku Amirul Irsyad merenungnya seperti nak di telannya.'Hiss seram pulak rasenye'.

"Aw...awk tak nak turun ker".

"Hah ... nak turunlah ni"Hiss buat malu jela kau ni.Nanti dia fikir aku suka dia pula.😒.Terus dia berjalan mendahului isterinya.

Qaseh Nur Wafiyya yang berjalan di dibelakangnya terkejut apabila suaminya tiba-tiba berhenti berjalan.Lagi buat dia terkejut rase seperti terkena renjatan elektrik apabila dengan selamba badak air dia jer peluk pinggan aku.

"Hai ummi dah makan ubat ker"Tanya Tengku Amirul Irsyad apabila mereka sudah sampai di meja makan.Dan sempatlah dia dia tarik kerusi untuk Qaseh Nur Wafiyya duduk.

"Sudah kamu jangan risau tentang ummi kamu fikir jela tentang isteri kamu tu."

"Tau fikir pasal bini kamu sudah lah adik" Sampuk Tengku Amani Iman dengan tiba-tiba sambil melabuhkan punggungnya di sebelah umminya.

Qaseh Nur Wafiyya yang sedari tadi hanya memerhati hanya mampu menundukkan wajahnya.

"Abang kamu baca doa makan "

"Sekejap"Sampuk Qaseh Nur Wafiyya dengan tiba-tiba.
"Abang Irham mane??dia tak nak turun makan ker kak"sambung Qaseh Nur Wafiyya lagi.

"Entah lah tiba-tiba tadi dia cakap dia tak nak makan kenyang.Dia suruh kita makan dulu".Kata Tengku Amani Iman lalu dia memandang muka Tengku Amirul Irsyad yang agak cemberut itu.
"Macam ade orang cemburu jer tu"Sindir Tengku Amani Iman.

"Ehh bila masa pulak"kata Tengku Amirul Irsyad dengan cepat-cepat.

"Akak ade sebut nama kamu ker Irsyad oii.Yang kamu nak terasa tu kenapa? ke memang kamu tengah cemburu"sengaja dia nak menguji adiknya itu.

"Er...erkk.."

"Dah lah jom makan sejuk lauk ni nanti"Sampuk umminya dengan tiba-tiba.

skip

💜💗💜

Tengku Amirul Irham yang berada di dalam bilik hanya mampu memendam rasa.

Tadi semasa dia ingin keluar biliknya untuk makan malam dia ternampak Abangnya tengah memeluk pinggang wanita pertama yang telah mencuri hatinya.Sungguh dia sedih kenapa umminya tak jodohkan dia dengan adik angkatnya itu.'Adik cintakan dia bukan abang ummi' rintih Tengku Amirul Irham dengan linangan air mata.

Dia tahu sekarang Qaseh Nur Wafiyya sudah menjadi isteri orang dan tidak elok untuk dia terus menyimpan perasaan kepada adiknya itu.Tapi susah sangat untuk dia membuang perasaan cinta dan sayangnya kepada wanita tersebut.

Beberapa jam kemudian

Tengku Amirul Irham keluar dari biliknya dan melangkah ke ruang dapur dan dia ternampak Qaseh Nur Wafiyya dan kakak sulungnya tengah rancak berborak.Terus dia menghayunkan kakinya ke arah dua manusia yang sedang rancak berbual itu.

"Rancak borak "Tegur dia dengan senyuman terpaksa.

"Ehh kau Irham ingat sape lah .Meh lah join kitorang.Kitorang tengah borak tentang kau dan abang masa budak-budak dulu"

"Wo wo ape nih citer pasal kita budak-budak ni.Malu lah adik dekat Wafiyya"

"La lambat akak dah citer semua dah "sengaja dia nak buat adiknya itu marah.

"Eh mana acik kalau Wafiyya nak tahu dulu akak menangis tak muat bakul disebabkan oleh patung dia tercabut kepala.Macam budak-budakkan kakak ni"

Qaseh Nur Wafiyya hanya menggelengkan kepala dengan telatah dua orang ni.

"Eh bila mase ehh akak tak ingat jadi benda tu tak betul"Sangkal Tengku Amani Iman dengan cepat.

"Eh ade ker macam tu"sampuk Qaseh Nur Wafiyya

"Ehh ade"

Mereka berborak rancak di dapur tu.Dapur itu riuh dengan gelak tawa mereka bertiga.Tengku Amani Iman dengan rancaknya memberitahu tentang kenakalan Si kembar semasa kecil dulu kepada Qaseh Nur Wafiyya.

Tengku Amirul Irsyad yang sedang memerhati kerancakan merekan berbual itu hanya mampu menahan perasaan cemburu.'Wait cemburu memang tak lah'.
'Tapi aku rasa tak selesalah dengan pandangan Tengku Amirul Irham kepada isteri aku tu.Tapi jauh di sudut hatinya gembira kerana kakak sulungnya itu sudah tidak lagi murung seperti dulu.
'Terima kasih kepada mu Ya Allah kerana telah mengembalikan dia seperti sedia kala kepada keluarga hamba mu ini'.

skip

💜💗💜
Di dalam bilik

Tengku Amirul Irsyad termenung di dalam bilik dia dan Qaseh Nur Wafiyya.Mampu ker aku nak bahagiakan dia.Dia tak ade kekasih hati ke?.Dia terima ke aku sebagai suami dia?.Apakah agaknya perasaan kau dik kepada isteri aku ? dia dapat rasakan adik kembarnya itu menaruh hati kepada isterinya?.Tapi isterinya itu suka ke pada Irham tu??

Wait yang aku duk fikir pasal dia ni kenapa? hmm.Baik aku tidur jer buat semak otak aku jer fikir pasal dia.

Qaseh Nur Wafiyya melangkah menuju ke biliknya di pulas tombol pintu....

#ok habis untuk part ni.Bosan kan abaikan#

#Tapi sebelum tu tinggalkan vote utk sis

Jagakan Sekeping Hati kuWhere stories live. Discover now