part 17

4.3K 124 0
                                    

Tengku Amirul Irsyad tersedar dari tidurnya yang lena apabila terdengar bunyi azan. Di tengeh matanya dan dibetulkan rambutnya yang agak berserabai. Dia menoleh ke tepi, di lihat isterinya dan Rosmaisarah masih lena di ulit mimpi. Dia membaringkan semula badannya dan merenung muka comel isterinya. Tangannya yang gatal mula naik menyentuh rambut isterinya yang jatuh di dahi dan di selitkan di celah telinga. Ini adalah kali pertama dia menyentuh rambut milik isterinya dan kali kedua dia melihatnya.

Qaseh Nur Wafiyya yang terasa seperti ade jari yang menari-nari di wajahnya tersedar dari tidurnya dan cuba untuk membuka matanya.

Tengku Amirul Irsyad yang sudah terkantoi mengusya wajah isterinya terkejut apabila melihat isterinya sudah bangun dari lena. Lekas-lekas dia bangun dari pembaringannya dan menyambar tualanya, terus masuk ke bilik air. Di dalam bilik air dia mengutuk dirinya sendiri kerana terleka.

Qaseh Nur Wafiyya yang melihat gelagat suaminya menahan tawa. Lucu sangat dia rasa dengan gelagat suaminya itu.

......................

"Eh kak masak ape tu"

"Ni hah tengah masak lori lemak "

Tengku Amirul Irsyad yang geram dengan jawapan kakaknya memandang kakaknya dengan pandangan 😒😒. 'Ni kalau jawab time SPM confirm dapat markah penuh '

"Ala lek lah . Wak lek wak peace " sambil jarinya diangkat dengan gaya peace. Tulah sape suruh tanya sangat. Dah tahu lagi mahu tanya.

"Yela . Tapikan kan syad nak pelik lah kenapa adik tak datang sekali dengan ummi dan akak ke rumah Syad.?" Tidak di nafikan hubungan dia dengan adik kembarnya itu sekarang semakin renggang. Tak seperti dulu lagi .

"Entah lah akak pun tak tahu. Hari tu masa akak dengan ummi ajak dia datang sini berjuta-juta alasan dia bagi "

Sekali lagi dia memberi pandangan seperti tadi kepada kakaknya 😒. 'nak tipu pun agak-agak lah .Ingat aku budak tadika yang beringus.

"Haha lek lek, gurau tak de lah sampai berjuta-juta , banyak lah juga alasan dia bagi, sibuk lah, penat lah, ade kes baru lagikan banyak lah. "

"Hmm "tak di nafikan dia rindu jugak dengan kembarnya tu. Dah lama dah diorang berdua tak bersua muka.

💜💗💜

Tengk Amirul Irham termenung sendiri di hadapan tv sungguh sunyi rumah ini tanpa ummi dan kakaknya. Apatah lagi dia hanya dapat memendam perasaan rindunya kepada abang kembarnya. Tidak di nafikan sudah lama sangat dia tidak bersua muka dengan abangnya itu. Hatinya mengatakan rindu tapi dia tak nak nanti dia akan terus dapat sakit hati. Apabila satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya kini sudah menjadi milik mutlak abangnya. Beberapa hari lepas sudah banyak kali umminya mengajak dia untuk tinggal beberapa hari di rumah abangnya itu. Tapi dia memberi alasan sibuk dengan kes yang baru dia dapat.

Tapi memang betul pun ade kes baru yang baru dia terima.

sedang elok dia termenung tiba-tiba telefonnya berbunyi.

kring kring

Tertera nama abang kembarnya di skrin telefonnya. Teragak-agak untuk dia angkat telefon tersebut. Akhirnya panggilan dari abangnya itu mati. Tak lama selepas itu abangnya itu telefon lagi. akhirnya dia membuat keputusan untuk menyambut panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam , hmm ade ape call ni ? ".

"Ni abang telefon ni sebab nak tanya adik sibuk tak? "

" Sibuk lah jugak , kenapa? "

"hmm tak pelah kalau macam tu . Maaf lah abang ganggu adik "

"Tak pe adik bukan buat ape pun. Tengah tengok tv jer pun " . Sambil gelak yang di buat-buat.
"Tapi ade ape sebenarnya abang telefon adik ni? "

Jagakan Sekeping Hati kuWhere stories live. Discover now