Wild Heart

1.1K 12 0
                                    

"Hey! I'm Brad, ketua dalam kumpulan Eye Candy!" Brad merakam dirinya sendiri sebelum memulakan persembahan.

Brad merupakan seorang ketua dalam kumpulan muziknya yang dipanggil Eye Candy. Kumpulan Eye Candy terdiri daripada Brad, Jai, Hairi, Daniel, Sam dan BJ. Mereka berenam bersekolah di sekolah menengah yang dikhususkan untuk lelaki saja. Mereka terkenal dengan sikap sombong, samseng dan ganas. Mereka ialah Eye Candy! Kumpulan budak lelaki yang paling ditakuti di sekolah.

"Woi Jai, kau tak nak masuk dalam rakaman ke? Say hi!" Brad merakam Jai.

Jai tidak senang duduk. Jai tidak selesa di hadapan kamera.

Antara mereka berenam, Jailah yang paling kurang bersosial.

"Tak payahlah! Kau macam tak tahu je aku tak suka depan kamera," Jai menolak kamera yang dipegang Brad.

"Ek eleh! At least say something sebelum mula persembahan," Hairi menyampuk.

Hairi mempunyai mulut yang paling celupar di antara mereka. Dia bermain gitar dalam kumpulan tu.

"Okey! Okey! Biar aku rakam Daniel. So Daniel, nak cakap apa-apa?" Brad merakam Daniel yang sedang berlatih bermain dram.

"Hey! Aku Daniel. Aku main dram. So.. err.. yeah tu je!"

Brad berjalan menuju ke arah BJ. BJ ni seorang playboy. Dah kalau playboy tu, mestilah handsome ok!

"Yo yo it's BJ! Saya main bass. Bass ni lebih kurang macam gitar, tapi bukan. Faham-faham ajelah," BJ ketawa di hujung kata.

"Okey good! Tadi tu BJ, so kalau nak kenal dia, minta nombor terus dapat," Brad merakam dirinya, memberi komen tentang BJ.

Akhirnya, Brad mengalihkan kamera pada Sam. Sam seorang yang kecil dan pendek. Mukanya sangat comel dan boyish!

"Sam, say something?"

"Oh hey, I'm Sam! Aku main keyboard dalam Eye Candy! Teruskan support kumpulan kami!"

"Yayy!" Brad, Hairi, BJ, Daniel dan Jai bersorak serentak.

"Guys! Ready! Dah nak mula persembahan!" Fina berteriak dari luar.

Fina merupakan pengurus bagi kumpulan Eye Candy. Bukan pengurus sebenar, lebih kepada kawan aje. Tapi dialah yang selalu menguruskan Eye Candy memandangkan Eye Candy tak tahu nak menjaga diri sendiri.

"Okey! Get ready!" Brad meletakkan kamera ke tepi dan menepuk tangan untuk mengambil perhatian ahli kumpulannya.

Oh lupa nak beritahu, Eye Candy sedang membuat persembahan secara haram di bilik bawah tanah. Mereka bukanlah artis. Mereka hanya pelajar sekolah menengah biasa. Mereka sentiasa bercita-cita untuk berhenti sekolah dan fokus pada muzik saja. Minat mereka terhadap muzik sangat dalam. Tapi apakan daya, tiada rezeki buat mereka untuk menjadi artis. Pun begitu, mereka tidak pernah berputus asa. Fighting!

_________

Kumpulan Eye Candy sedang bersiap sedia dengan instrumen muzik masing-masing di atas pentas. Kedengaran suara riuh-rendah oleh para penonton yang memenuhi tempat ini. Kebanyakan penonton yang hadir terdiri daripada perempuan. Maklumlah, ahli kumpulan Eye Candy terlampau menawan!

Spotlight dinyalakan. Kini, penonton dapat melihat Eye Candy dengan jelas.

"Whooooooaaaa! Eye Candy! Eye Candy! Eye Candy!" Penonton bersorak.

"Waddupppp?!" Brad menyapa melalui mikrofon.

"Wooooooooo!" Penonton bersorak, menjawab pertanyaan Brad.

"Huh? Louder!"

"Wooooooooo!" Penonton berteriak lebih kuat.

"Good," Brad ketawa kecil.

Penonton turut ketawa kecil, suka melihat Brad yang comel apabila ketawa.

Hairi mula memetik gitar, permulaan lagu Why Don't We Go There yang didendangkan asal oleh One Direction.

"Whooooooo!" Penonton menggila.

"Awh! Hairi is so hot!"

"Ohmaigosh! I'm gonna die!"

"I can't breathe! Help! What is air?!"

Begitulah antara komen penonton apabila Hairi mula memetik gitar.

"I know you want, know you wanna take it slow,

But think about all the places that we could go,

If you give in tonight just let me set you free,

We'll touch the other side, just give me the keys..." Brad menyanyikan permulaan lagu.

Penonton ikut menyanyi beramai-ramai.

Ketika Eye Candy sedang berseronok, Fina pula sedang kelam-kabut. Dia berlari ke timur dan barat untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal. Jika tidak, berkemungkinan polis akan menyedari akan konsert haram Eye Candy.

"Hoi! Pastikan sistem bunyi di bawah kawalan!" Fina berteriak kepada Sera, yang ditugaskan untuk menjaga sistem bunyi, melalui walkie-talkie.

Sera buntu. Dia tidak memahami satu apa pun. Punat-punat yang banyak itu mengelirukannya.

Fina bengang. Cis! Suruh buat kerja sikit pun susah nak diharapkan!

Sera menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aduh! Kenapa susah sangat ni? Argh hentam ajelah. Dengan nekad, Sera menghidupkan semua punat itu. Lantaklah apa akibat yang akan berlaku.

Dari jauh, Fina memandang Sera dengan jelingan yang tajam. 

Disebabkan terlalu memeningkan kepala, Sera membiarkan tempat sistem bunyi itu kosong. Senyap-senyap, dia meninggalkan tempat 'konsert' Eye Candy.

Kumpulan Eye Candy terus menyanyi, memberi persembahan yang terbaik untuk penonton. Mereka tidak mahu penonton menganggap duit yang dihabiskan untuk membeli tiket hanyalah sia-sia saja. Tambahan, mereka seronok melihat penonton terhibur dengan persembahan yang dibentangkan.

Tanpa disedari, bunyi dari 'konsert' Eye Candy telah menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam. Di luar, orang awam merungut-rungut kerana bunyi yang membingitkan.

Tidak lama kemudian, polis tiba di tempat 'konsert' Eye Candy. Fina yang ternampak dua anggota polis sedang memasuki kawasan itu, serta-merta menghalang mereka daripada masuk.

Brad terus menyanyi dengan bersahaja. Jai yang terpandang pergelutan yang berlaku di antara dua anggota polis dan Fina, mula panik.

"Cepat lari! Cepat!" Jai menjerit, mengarahkan rakan-rakannya untuk melarikan diri.

Hairi, Sam, Daniel dan BJ segera melarikan diri, meninggalkan saja instrumen muzik mereka di atas pentas.

Manakala Brad dan Jai pula terlambat. Mereka merempuh kedua-dua anggota polis tadi dan menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas, mereka berdiri di luar penghadang.

"Sedia?" Brad bertanya Jai sambil kedua-dua belah tangannya berpaut pada penghadang.

"Sedia," Jai mengangguk.

"1... 2... 3!" Mereka kira serentak.

Kemudian terjun ke bawah. Penonton-penonton sempat menyambut badan Brad dan Jai.

Sekarang, Brad dan Jai sedang berbaring di atas berpuluh tapak tangan penonton yang menyambut mereka.

Brad tersenyum. Menikmati setiap detik yang menggembirakannya ini.

Gila? Itulah Eye Candy.

Wild Heart (Editing)Where stories live. Discover now