Keesokan harinya, pada waktu rehat Brad bertemu Jai di kantin sekolah. "Hey," tegur Brad seraya mengambil tempat di hadapan Jai.
Bahu Jai terangkat, terkejut disergah. "Hey, ada apa?"
"Dah lama kita tak menyanyi sama-sama kan?"
"Kita?"
"Yup, Eye Candy. Takkan kau dah lupa siapa Eye Candy?" duga Brad, separuh menyindir.
Jai tersengih. "Macam mana aku boleh lupa. Kau nak kita buat show ke?"
"Hmm. Kau free tak habis sekolah ni?"
"Aku sentiasa free. Nak buat show habis sekolah ni ke?" Jai tidak terkejut dengan permintaan Brad secara tiba-tiba itu. Jai tahu Brad masih lagi seorang yang sukar diduga dari dulu lagi.
"Aah. Tapi ni bukan show yang macam kita selalu buat."
Kening Jai bertaut. Hairan. "Habis tu?"
"Show kita kali ni special. Cuma seorang penonton akan datang." Brad tersenyum sumbing.
Tak perlu tanya siapa penontonnya, Jai sudah tahu siapa. "Mei, kan?"
Senyuman Brad mati. Dia tidak suka apabila nama Mei meluncur daripada mulut Jai. Sejak kejadian antara Jai dan Mei berlaku, Jai tidak lagi mengungkit hal itu di hadapan Brad. Oleh sebab itu, api kemarahan Brad yang telah terpadam, kembali menyala. Dia mengepal penumbuknya, bersedia untuk dihayunkan ke arah hidung Jai. Namun, demi Mei, Brad menahan sabarnya.
"Jumpa lepas sekolah kat bilik muzik. Ajak Hairi, BJ, Sam dengan Daniel sekali. Kita pakai instrumen kat bilik muzik je. Ciao." Brad bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari situ. Dia mengabaikan soalan Jai tadi. Dia perlu cepat beredar sebelum kemarahannya sudah tidak dapat ditahan.
Jai menggelengkan kepalanya. Sejak bila kau jadi pendendam kat aku, Brad. Jai menghabiskan air kotaknya dan berlalu untuk mencari rakan-rakan yang lain.
________
Tamat sekolah, Jai, Hairi, Daniel, BJ dan Sam bersiap sedia dengan instrumen masing-masing sementara menunggu Brad.
"Kau rasa, kenapa Brad tiba-tiba ajak kita buat show?" tanya Sam kepada BJ sambil membelek not keyboardnya.
"Macamlah kau tak kenal Brad tu. Dia memang gila-gila. Tapi yang aku pelik, Jai kata penonton kita kali ni cuma Mei seorang je. Kau rasa Mei nak pimdah ke?" tanya BJ pula.
Jai, Hairi dan Daniel mencuri dengar perbualan mereka. Tiba-tiba Jai menyampuk, "Kalau Mei nak pindah, bukan dia ingat kita pun. Dia cuma ingat Brad je."
"Yalah, Mei tu kan dewi Brad. Mestilah Brad tu special bagi Mei juga. Aku tengok diorang berdua memang sesuai jadi couple."
Jai berhenti mencuba gitarnya. Dia tersentak mendengar ayat Sam yang dianggap melampau pada telinganya. Hairi yang perasan akan ketidakselesaan Jai, cuba membuat lawak hambar, sekadar menceriakan suasana. "Alah, kalau Mei tak ada, lepas ni Jun pula datang."
Sam dan BJ mengekek ketawa dengan lawak Hairi. Hairi tersenyum bangga apabila lawaknya menjadi. Jai dan Daniel sekadar tersengih dan menggeleng kepala. Namun, senyuman bangga Hairi mati apabila satu suara menyergahnya.
"Apa yang kelakar sangat lawak tadi?" Brad menyergah masuk tanpa disedari. Hairi memusingkan kepalanya, kelihatan Brad datang bersama Mei. Bermakna, mungkin Mei tahu dia tela menjadi bahan lawak mereka sebentar tadi. Menerusi air muka Mei, Hairi tahu lawaknya telah menyakiti hati seseorang kerana lidah lebih tajam berbanding parang.
"Err..." Sam cuba untuk membela Hairi, namun tiada perkataan yang sesuai untuk dikatakan. Hairi hanya berlagak biasa apabila ditenung tajam oleh Brad.
"Dahlah, kata nak buat persembahan. Kenapa macam nak bertumbuk pula?" Daniel mencelah.
Akhirnya Brad mengalah. "Okey. Semua dah sedia?"
"Kitorang dah lama bersedia," kata Jai, perlahan. Perasaannya kecewa dengan sikap Brad yang lebih mementingkan Mei daripada sahabat. Buktinya, tadi Brad sanggup bertelingkah dengan Hairi semata-mata untuk membela Mei. Sedangkan jika dahulu, mungkin Brad yang akan ketawa paling kuat. Betullah, manusia memang boleh berubah.
"Okey, kita nyanyi lagu Just Saying," tegas Brad kepada sahabatnya. "Mei, awak duduk situ." Brad menuding jari ke arah sebuah kerusi yang terletak di belakang Mei.
Mei akur lalu duduk di kerusi itu sementara menunggu persembahan Eye Candy.
Daniel memulakan persembahan dengan dentuman dramnya. Maka, Brad mula menyanyi.
"You got a boyfriend and he's a total loser,
All your friends tell you that he's got no future,
But they like me, just saying.
He barely takes you out if he does he's late,
And when the check comes he always makes you pay,
I'll never do that, just saying.
You should leave him cause it really makes me sick,
Just saying, just saying,
You don't need him I'll help you get over it,
Just saying, just saying.
When you change your mind I'll be waiting,
Cause I'm better than him just saying
When you change your mind I'll be waiting,"
Mei mengamati setiap lirik lagu itu. Kepalanya bergerak ke hadapan dan ke belakang, mengikut rentak lagu.
"Got a big house he says he lives alone,
But when I drove by I could see his mom was home,
I got my own place, just saying.
He says he loves you but it's all an act,
He's seeing someone else right behind your back,
You know I'd never do that, just saying.
You should leave him cause it really makes me sick,
Just saying, just saying,
You don't need him I'll help you get over it,
Just saying, just saying.
When you change your mind I'll be waiting,
Cause I'm better than him just saying,
When you change your mind I'll be waiting,
Just saying, just saying."
YOU ARE READING
Wild Heart (Editing)
Short StoryPertama kali aku melihatnya, mindaku berkata, "I was walking away, but she's so beautiful it made me stay," Satu perasaan yang aneh timbul, "I don't know her name, but I'm hoping she might feel the same," Aku... ingin mengenalinya, melindunginya dan...