Chapter 7

159 9 0
                                    

Lima hari telah berlalu sejak  kejadian antara Jai dan Mei berlaku. Brad tidak berkata apa-apa tentangnya, namun hubungan Brad dan Jai semakin renggang. Brad berasa benar-benar dikhianati. Tepat tekaannya, Jai menaruh perasaan terhadap Mei dan Mei menerima perasaannya dengan hati terbuka. Ketika meluangkan masa bersama Brad, Mei tidak kelihatan begitu gembira.

Malah, Eye Candy seakan-akan sudah berpecah. Tiada lagi latihan muzik seperti dahulu, tiada lagi gelak ketawa yang memenuhi pusat snuker tempat mereka selalu bersantai, tiada lagi sindiran yang menggeletek hati. Rancangan Brad untuk membuat kejutan tentang Pesta Rock juga semakin dilupakan. Semuanya telah terpadam. Hanya disebabkan oleh seorang perempuan.

Mei juga telah mendiamkan diri. Dia tidak lagi berhubung dengan Brad atau Jai. Di sekolah, dia berpura-pura seperti tidak pernah mempunyai hubungan dengan Eye Candy. Sungguhpun begitu, dari jauh, Mei dapat mengesan kerenggangan hubungan enam sahabat itu. Oleh itu, pada suatu hari, Mei mengambil keputusan untuk bertemu Brad selepas tamat sekolah.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" tanya Brad sebaik tiba di tempat Mei sedang menunggu.

"Nah." Mei menghulurkan sekeping tiket kepada Brad.

Teragak-agak Brad mencapainya. Dia membelek tiket itu. "Tiket apa ni?"

"Ingat lagi tak masa kali ketiga kita berjumpa kat bandar? Masa tu awak buat persembahan jalanan. Ingat lagi saya kata saya main biola?"

Brad cuba mengingati pertemuannya dengan Mei. Tidak perlu berfikir lama, Brad sudah mengingatinya. "Ingat. Kenapa?"

Mei terasa hati dengan jawapan ringkas Brad. Dia berharap Brad akan lebih mesra dengannya. "Hm, tiket tu tiket persembahan saya malam ni. Saya harap awak datang tengok saya main biola. Bye." Dengan pantas, Mei meninggalkan Brad. Dia tidak mahu berlama-lama dengan Brad. Dia berasa malu kerana telah menyebabkan perselisihan antara Brad dan Jai. Namun, Mei tidak berani untuk berbuat apa-apa. Mungkin dia mampu berbuat sesuatu, tetapi dia tidak berani.

Brad melihat Mei semakin menjauh dengan setiap hayunan kakinya. Dia membelek tiket pemberian Mei. Pada mulanya dia hendak mengoyakkan tiket itu lalu membuangnya. Kemudian, dia berubah fikiran. Maybe aku patut pergi tengok Mei malam ni.

Dengan itu, Brad berjalan pulang ke rumah.

__________

Pada malam itu, Brad bersiap untuk keluar. Jai sedang menonton televisyen. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan mulutnya daripada bertanya ke mana Brad hendak pergi. Akhirnya dia kalah.

"Kau nak pergi mana?" tanya Jai.

Brad memandang Jai sekilas. Dia diam seketika sebelum menjawab. "Keluar tengok Mei. Dia ada persembahan. Dia tak ajak kau ke?" Brad fikir, apalah gunanya menipu Jai tentang arah tujunya. Lagipun, mungkin Jai juga dijemput.

"Persembahan apa?" Ternyata Mei tidak mengajak Jai.

Entah mengapa, ada suatu perasaan bahagia menyuntik hati Brad. Perasaan yang sering kita rasai apabila seseorang melayani kita dengan istimewa. "Persembahan biola."

"Oh."

Apabila Jai tidak berkata apa lagi, Brad berlalu pergi. Dia menahan sebuah teksi. Setelah memberitahu arah tujunya kepada pemandu teksi itu, Brad menenangkan hatinya yang sedang berdegup kencang. Sudah lama dia tidak meluangkan masa berdua dengan Mei. Hatinya gemuruh. Dia tidak yakin sama ada dia sanggup berhadapan dengan Mei sekali lagi atau tidak.

_________

"Ini, duit tambang." Brad menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit kepada pemandu teksi. Kemudian, dia keluar dari perut kereta. Dia menapak ke pintu masuk Blink Hall. Terdapat ramai orang bersiar-siar di luar dewan. Ada yang berpasangan, ada yang berkeluarga dan ada yang bersendirian, seperti Brad.

Wild Heart (Editing)Where stories live. Discover now