Jai membuka matanya sedikit, dia terlihat wajah seorang gadis sedang memandangnya. Jai mengelipkan mata dan membukanya semula. Kini, wajah Daniel, BJ, Hairi dan Sam pula kelihatan.
"Hoi, bangunlah." Hairi menunjal bahu Jai.
Jai bangun dari pembaringan. Dia menggosok-gosok mata, mengenalpasti di manakah dia sekarang ini. Perlahan-lahan memorinya kembali. Selepas kejadian malam tadi, Jai, Daniel, Hairi, BJ dan Sam tidur di bawah jambatan.
"Wow, macam mana kau boleh dapat air ni? Siapa yang bagi?" Sam bertanya sambil mengangkat sebotol jus epal ke udara.
"Ish, orang yang tidur kat bawah jambatan pun ada peminat ke?" BJ memprovok.
"Argh, manalah aku tahu. Dah tentu aku tidur aje dari tadi," Jai menggosok hidungnya dan menapak untuk pergi.
Sam menghulurkan sebotol jus epal tadi kepada seorang lelaki yang berpakaian compang-camping yang sedang duduk bersila berhampiran.
Jai, Daniel, BJ, Sam dan Hairi berjalan menuju ke rumah beriringan.
"Kau rasa Brad kat mana?" Daniel memulakan perbualan.
"Entah, jangan-jangan dia dah kena tangkap polis?" Sam menebak.
BJ menolak Sam. "Ish, mulut kau tu berlapik lah sikit. Brad tu pandai, takkanlah senang-senang dia kena tangkap,"
"Tahu tak apa, Brad tu gila. Pandailah dia bawa diri," Hairi menyokong pendapat BJ.
Dalam masa yang sama, di tempat lain, Brad sedang tidur lena meskipun matahari telah tegak. Kecomelannya terserlah ketika dia sedang tidur.
"Brad... Brad... Bangunlah," Zoey berbisik di telinga Brad sambil menggoyangkan badannya.
Zoey ialah salah seorang gadis yang meminati Brad. Penampilan Brad yang menarik membuatkan ramai gadis jatuh hati padanya. Dan disebabkan faktor itulah Brad ni seorang playboy.
Brad menggeliat. Mulutnya menggumam sesuatu yang sukar difahami.
"Brad, cepat keluar. Kalau ayah saya nampak awak tidur kat sini, nanti dia marah. Cepat... cepat keluar," Zoey menggoncang tubuh Brad yang sedang terduduk lesu di atas katil.
"Shhh... shhh..." Brad meletakkan jari telunjuk pada bibirnya, menyuruh Zoey diam.
Brad duduk bersila, badannya tegak. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas kepala lutut. Dia sedang membuat gaya ala-ala orang yang sedang menenangkan fikiran.
"Brad, saya serius ni. Lebih baik awak pergi kalau tak..." Belum sempat Zoey menghabiskan ayatnya, pintu biliknya diketuk dan kedengaran suara seorang lelaki memanggil nama Zoey.
"Zoey... Zoey... Dah bangun ke belum? Bangun cepat, ayah dah buatkan sarapan," ayah Zoey hendak membuka pintu tetapi Zoey cepat-cepat menghalang.
Zoey mula panik manakala Brad masih bersikap tenang.
"Brad, awak kena pergi! Kalau tak nahaslah awak nanti! Brad! Cepat!" Zoey menjerit-jerit seperti orang histeria.
Tenaga perempuan Zoey tidaklah sekuat mana menyebabkan pintu biliknya berjaya dibuka.
Ayah Zoey menjegilkan mata apabila terpandang Brad. "Hoi! Budak tak guna!"
Mata Brad terbeliak serta-merta. "Alamak! Shabri! Oh shoot!" Brad tergesa-gesa mengemaskan diri.
Zoey memainkan peranannya dengan memegang Encik Shabri daripada memukul Brad. Encik Shabir itu ialah cikgu di sekolah Brad dan rakan-rakannya.
"Lari! Lari cepat!" Zoey berteriak.
YOU ARE READING
Wild Heart (Editing)
Short StoryPertama kali aku melihatnya, mindaku berkata, "I was walking away, but she's so beautiful it made me stay," Satu perasaan yang aneh timbul, "I don't know her name, but I'm hoping she might feel the same," Aku... ingin mengenalinya, melindunginya dan...