Brad dan yang lain sedang menuju ke Paradise Music, sebuah pusat beli-belah yang penuh dengan instrumen-instrumen muzik. Cakap saja instrumen apa yang hendak dicari, pasti ada di Paradise Music.
Mereka hendak membeli dram baru untuk Daniel. Mereka perlukan dram jika hendak mengadakan konsert haram lagi. Nampaknya, kumpulan Eye Candy memang tidak pernah belajar dari kesilapan.
"Whoaa, memang patut pun tempat ni dinamakan Paradise Music, sebab tempat ni memang paradise pun!" Sam menjerit teruja.
"Kan? Rambang mata aku tengok semua bass yang ada kat sini," BJ selaku kawan paling baik Sam, melayani kerenah Sam.
"Hm kau kata kita perlu tulis lagu baru kan?" Brad bertanya Jai. Mereka berdua jalan beriringan, manakala yang lain-lain sudah berpecah entah ke mana.
"Yup, apa hal?" Jai keliru, tidak pasti apa tujuan soalan Brad.
"Oh, hm kalau macam tu..." Brad memejamkan mata, seolah-olah sedang berfikir bersungguh-sungguh, "aku perlukan ilham. Dan ilham aku, ialah seorang perempuan."
Jai ketawa berdekah. Kata-kata Brad tadi terlampau lucu baginya!
"Woi! Tak payahlah nak ketawakan aku!" Brad menumbuk bahu Jai sekuat hati.
"Aduh! Sakit lah, okey okey sorry." Jai mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas, mengalah.
"Dahlah, kita pergi cari dram untuk Daniel." Brad meluru ke hadapan, meninggalkan Jai di belakang.
___________
"So macam mana? Kau nak jual kat aku atau tak?" Daniel sedang berunding dengan seorang pekedai di salah sebuah gerai di Paradise Music. Pekedai itu merupakan kenalan lama Daniel.
"Aku nak jual, tapi macam mana nak jual kalau kau tak ada duit?" Norman, pekedai itu, merungut.
"Kau bagi aku pinjam dulu, nanti aku boleh buat konsert lagi, bila aku dah buat konsert, bolehlah aku bayar kau. Kalau aku tak ada dram, macam mana aku nak buat konsert?" Daniel masih cuba meyakinkan Norman.
Tiba-tiba Brad dan Jai menyibuk.
"Hey hey! Norman! Long time no see. Kau apa khabar?" Brad menepuk belakang Norman, kemudian menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
Norman menyanbut huluran tangan Brad. "Aku okey je. Ha, kau datang ni nak apa pula? Nak suruh aku bagi pinjam dram yang kau tak mampu beli ke?" Norman menyindir. Norman memang terkenal dengan sindiran yang pedas. Tetapi Brad tidak mengambil hati pun. Dia hanya tersenyum.
"Kau memang pandai. So, bagilah Daniel pinjam dram tu. Aku janji nanti aku bayar punya, kau pun tahu aku bukan penipu, betul tak?" Brad bermanis mulut.
"Kau ni memang menyusahkan aku betul lah, ish... hmm..." Norman menggaru kepala yang tidak gatal.
Boleh gugur rambut sekiranya hari-hari berunding dengan Eye Candy. Tiba-tiba dia tertanya-tanya, macam manalah kumpulan Eye Candy boleh bertahan dengan perangai masing-masing.
Brad menoleh ke kiri dan dia terlihat seorang gadis mungil berkulit putih berseri, sedang berjalan di hadapan kedai Norman. Tumpuan Brad terganggu. Norman sedang membebel sesuatu tetapi diabaikan sepenuhnya oleh Brad. Suara Norman kedengaran seperti bunyi lebah di telinga Brad. Dia hanya menumpukan perhatiannya pada gadis itu. Hatinya berdetik pantas. Darahnya mengalir laju. Pipinya membahang. Bibirnya menguntum senyuman tanpa dipaksa. Tidak pernah dia mengalami perasaan bercampur-baur ini. Tetapi... dia suka akan perasaan yang dirasainya. Pelik, tapi indah dalam masa yang sama.
"Sorry... sorry... sekejap eh..." Brad meminta diri, kemudian pergi mengekori gadis itu.
Jai, Daniel dan Norman ditinggalkan termangu-mangu.
Gadis tadi memasuki ke sebuah gerai berhampiran kedai Norman. Dia melihat koleksi gitar yang tergantung kemas pada dinding kedai itu.
Gadis itu kemudiannya mencapai sebuah gitar yang paling tinggi. Disebabkan terlalu tinggi, gadis itu terpaksa menjengketkan kakinya.
Setelah mencapai gitar itu, tiba-tiba saja ia hampir jatuh ke atas kepala gadis itu. Mujur saja ada seseorang menyambut gitar itu dari belakang.
Gadis tadi berpaling ke belakang. Matanya bertentangan dengan mata Brad. Brad. Dialah yang menyambut gitar tadi.
Agak lama juga mereka bertentangan mata. Sampailah gadis itu tersedar semula.
"Te... terima kasih. Maaf maaf, tadi saya..." gugup gadis itu.
Brad menghadiahkan seulas senyuman lebar kepadanya. Meredakan gundah-gulana di dalam hati gadis itu. "Tak apa. Awak tak salah. Awak datang ke sini nak cari gitar? Awak main gitar ke? Kalau macam tu, gitar yang power ada kat sebelah sana. Mari saya tunjukkan," Brad menarik tangan gadis itu. Dia berlagak seperti pekerja di gerai ini demi memikat gadis itu. Gadis itu hendak menafikan pernyataan Brad yang mengatakan dia seorang pemain gitar, namun terbantut apabila tangannya direntap
"Ha! Kat sinilah koleksi gitar yang bagus-bagus. Awak nak yang mana satu?"
Gadis itu terkebil-kebil. Sebenarnya dia ke sini untuk membeli sebuah gitar untuk hari lahir abangnya. Dia tidak tahu apa-apa tentang instrumen muzik yang bernama gitar ini.
"Saya... saya sebenarnya... err..."
"Okey, kalau macam tu biar saya pilihkan." Brad melilaukan pandangannya, mencari gitar yang berkenan di hati. Memandangkan Brad seorang pemain gitar profesional, jadi adalah lebih baik jika Brad yang memilih.
"Ini dia!" Brad mencapai sebuah gitar. "Nak saya tunjukkan cara bermain?"
Gadis itu tidak senang duduk. Baru saja berjumpa, tetapi Brad melayaninya dengan sungguh mesra.
"Hoi! Apa yang kau buat kat sini? Kau tahu kan kita nak beli dram? Dah, jom balik," Jai menerpa dari belakang dan menarik lengan Brad.
"Eh sabarlah, sabar dulu. Kau ni kecohlah, aku baru je nak tunjuk skil aku. Kenapa kau mesti kacau?" Brad merungut-rungut.
"Diamlah kau, nak tunjuk skil kat siapa? Perempuan ni? Sudahlah, jom balik." Jai memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. "Perempuan macam ni biasanya anak orang-orang kaya. Dia tak ambil peduli pun dengan skil kau tu. Mengada-ngada betullah kau ni, Brad." Jai menabur kata-kata kesat betul-betul di hadapan gadis itu. Untung saja gadis itu seorang penyabar, kalau tidak pasti muka Jai sudah dicakar.
Brad mengalah. Dia meletakkan semula gitar tadi.
"Nanti bila-bila kita berjumpa lagi, okey? Saya belum tahu nama awak, siapa nama awak?" Brad sempat bertanya kepada gadis itu sebelum pergi.
"Mei."
_________
Once again, Paradise Music tak wujud kat Malaysia. Rekaan saya semata-mata. Saya memang suka reka nama tempat kan? haha.
Bawa bersabar dengan cerita ni, tak lama lagi awak akan tahu macam mana cerita ni sebenarnya.
Thank you :)
Comment/Vote :)
YOU ARE READING
Wild Heart (Editing)
Short StoryPertama kali aku melihatnya, mindaku berkata, "I was walking away, but she's so beautiful it made me stay," Satu perasaan yang aneh timbul, "I don't know her name, but I'm hoping she might feel the same," Aku... ingin mengenalinya, melindunginya dan...