Chapter 3

213 10 0
                                    

"Perlu ke kita tunggu perempuan tadi tu?" Jai merungut dari tadi kerana Brad memaksanya untuk menunggu Mei pulang.

Brad, Jai, Daniel, Sam, BJ dan Hairi sedang duduk menunggu di tepi jalan raya. Ini semua rancangan Brad. Brad merayu-rayu mengajak mereka untuk menunggu Mei. Sudahnya, mereka terpaksa mengikut rancangan Brad dan menunggu Mei melintas.

"Kau sabar sikit boleh tak? Sekejap lagi dia lalu lah ni," Brad masih cuba meyakinkan Jai yang sudah mula jemu.

Jai mendengus tetapi tidak membalas apa-apa.

Setengah jam berlalu begitu saja. Mereka masih tercongok di tempat yang sama. Semua sudah menguap, bosan. Kecuali Brad. Hanya dia saja yang masih melilau mencari Mei.

"Brad... Aku dah lapar lah. Sampai hati kau mendera perut aku semata-mata nak tunggu perempuan yang entah siapa tu?" Sam pula yang merungut kali ni. Kesabarannya juga semakin menipis.

"Hey! Dia ni bukan sembarangan perempuan. Dia ni dewi aku. Inspirasi untuk aku tulis lagu. Kau suruh aku tulis lagu, tapi kalau aku tak ada inspirasi kan susah. Aduhai." Panjang lebar Brad membebel.

"Okey, lagi lima belas minit, kalau si dewi kau tu tak melintas juga, kita balik. Boleh? Aku memang dah lapar sangat ni,"

"Yalah, yalah. Perempuan yang akan melintas lepas ni, akan jadi dewi aku," Brad mengalah juga akhirnya. Sebenarnya, perutnya pun sudah berkeroncong.

Tidak lama kemudian, seorang wanita yang bertubuh besar dan kelihatan tua hendak melintas ke arah mereka. Masing-masing membuat muka pelik. Kalau wanita ini melintas ke arah mereka, bermaksud dialah dewi Brad.

Wanita tadi menghayun kakinya. Muka Bradlah yang paling takut. Dia semestinya tidak mahu wanita di pertengahan usia ini untuk menjadi dewinya. Dia mahukan Mei. Hanya Mei.

Wanita tadi menghampiri...

Dan terus menghampiri...

Fuh! Nasib menyebelahi Brad apabila wanita tadi pergi ke arah bertentangan.

Mereka menghembuskan nafas yang ditahan dari tadi. Mereka berenam sambung menunggu, mengabaikan perut masing-masing yang sudah berbunyi.

Beberapa buah kereta melalui jalan raya itu menyebabkan mereka tidak dapat melihat siapa gerangan yang akan melintas. Setelah jalan mulai kosong semula, Brad tiba-tiba berdiri. Matanya membulat. Tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapannya.

Mei. Gadis yang berjaya memaut hatinya pada pandangan pertama.

Mei sedang berlari anak, melintasi jalan raya yang agak besar itu. Rambutnya yang mengurai, bertiup ke kiri dan kanan. Kecantikannya terserlah. Mata bulatnya yang berwarna hazel, bibir mungilnya yang terbentuk cantik dan kulitnya yang putih bersih itu amatlah diidami oleh semua gadis seusianya.

Mei tersadung dan hampir terjelepok ke tanah sebelum Jai sempat memautnya. Brad yang berdiri di sebelah terpinga-pinga, masih tidak percaya dapat berjumpa Mei, sekali lagi.

"Maafkan saya, maafkan saya." Berkali-kali Mei meminta maaf seraya kepalanya ditundukkan.

Belum sempat Brad bersuara, Mei terlebih dahulu pergi menuju ke sebuah kereta yang telah menunggunya.

Mereka berenam melihat kereta yang dinaiki Mei meluncur laju di atas jalan raya.

"Wah, akhirnya! Jomlah kita pergi makan, aku dah lapar yang teramat sangat." Sam membersihkan punggungnya yang kotor dan berdiri untuk pergi.

BJ menyiku Sam. "Ish kau ni, Brad baru je dapat jumpa dewi pujaan dia. Kau dah sibuk nak makan. Sekurang-kurangnya ucaplah tahinah,"

"Tahniah? Buat apa nak ucap tahniah?" Sam blur.

"Kau-"

"Hoi! Korang berdua ni memang tak boleh diam ke? Semua pun dah lapar, so apa kata kita pergi makan sekarang and boleh juga celebrate untuk Brad. Ha? Cool?" Daniel mencelah, setelah agak lama mendiamkan diri.

Semua mengangguk serentak. Bersetuju dengan cadangan Daniel.

__________

Brad dan Jai sedang bermain snuker. Empat lagi yang lain belum tiba. Mereka telah berjanji untuk keluar membuat persembahan jalanan pada malam ini.

"Brad, kau betul-betul sukakan perempuan tu ke?" Jai bertanya sambil berdiri di sisi meja snuker.

"First of all, perempuan yang kau maksudkan tu ada nama. Nama dia Mei. And yeah, aku suka dia. Sangat-sangat." Nada suara Brad agak dingin, mungkin terasa hati dengan Jai yang tidak begitu senang tentang Mei.

Jai diam. Fokus bermain snuker memandangkan sekarang gilirannya.

"Kau tak suka ke tengok aku dengan Mei?" Persoalan yang sudah lama terbuku di hati Brad, terkeluar juga akhirnya.

Jai memandang Brad, lama. Kemudian mengeluh. "Bukan tak suka, tapi... Kau ni player, aku cuma nak tahu aje perasaan kau."

Brad mengecilkan matanya, memandang Jai. "Ye ke? Atau kau ada..."

"Hey! Dah lama ke korang berdua menunggu?" Suara Hairi yang tiba-tiba datang dari belakang mengejutkan Brad dan Jai. Daniel, Sam dan BJ juga ada bersama Hairi.

Hairi rasa bersalah kerana meluru masuk tanpa memberi salam. "Err... aku mengganggu sesuatu ke?" Dahinya berpeluh.

"Oh taklah, kau datang tepat pada masanya," Brad menyindir.

"Anyways, kumpulan yang selalu buat persembahan kat kafe tempat mak bapak aku kerja tak ada hari ni, so apa kata kita buat persembahan kat situ aje?" Hairi menukar topik, mengabaikan sindiran Brad.

Perkara ini telah dibincangkan dengan Daniel, Sam dan BJ dalam perjalanan tadi, oleh itu mereka diam saja. Biar Brad yang buat keputusan memandangkan dialah ketua Eye Candy.

Tanpa berfikir panjang, Brad menjerit teruja, "Baguslah kalau macam tu! Bila kita buat persembahan kat situ, barulah orang kenal siapa kita. Nanti mana tahu ada pengurus muzik tengok persembahan kita. Kalau kita bernasib baik, dapatlah kerja kat kafe tu. Lagi senang,"

"Hamboi, berangan aje lebih. Dah jomlah, tunggu apa lagi?" Pantas BJ mengajak untuk bertolak. Terserlah ketidaksabarannya.

"Eleh, aku tahulah kau dah teruja tapi masih berlagak cool," Sam menyakat rakan baiknya itu.

"Hoi! Aku memang cool, kau jealous ke?"

"Aku? Jealous? Ha ha ha,"

BJ menghampiri Sam dan menumbuk lengan Sam. Sam mengaduh sakit sambil menggosok lengannya yang lebam. "Aduh! Kau dah gila ke?!"

"Lain kali nak cari pasal lagi tak?"

Sam memberanikan diri menumbuk BJ tetapi BJ sempat mengelak. Banyak kali juga Sam cuba menumbuk, tetapi satu tumbukannya tidak mengena.

Mereka berlima ketawa terbahak melihat aksi Sam yang memalukan itu. Seperti yang dapat dilihat, Sam dan BJ ini memang kebudak-budakan. Ish ish ish...

"Stop! Stop! Kita sepatutnya dah bertolak ke kafe, kenapa membuang masa pula ni?" Jai menghentikan tawa mereka berlima.

"Jom kita bertolak sekarang," Daniel menyokong kata-kata Jai.

Mereka berenam pun meninggalkan pusat snuker itu. Pusat snuker yang riuh sebentar tadi, terus menjadi sepi.

Sam dan BJ masih belum berhenti bergaduh. Apa boleh buat? Hanya geleng kepala sajalah.

Wild Heart (Editing)Where stories live. Discover now