Brad, Jai, Daniel, Hairi, Sam dan BJ bergerak menuju ke kafe tempat ibu bapa Hairi bekerja. Mereka menaiki sebuah van. Mereka begitu teruja untuk membuat persembahan. Sudah lama juga mereka tidak membuat persembahan.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di tempat yang dituju. Hairi keluar seorang diri. Dia perlu meminta kebenaran bos ibu bapanya terlebih dahulu. Yang lain menunggu Hairi di dalam van.
Hairi memasuki kafe tersebut. Pelanggan-pelanggan tidak menyedari akan kehadiran Hairi. Mereka tenggelam dalam perbualan masing-masing.
Hairi tidak membuang masa, pantas dia menghayunkan kakinya ke bilik di mana bos berada. Baru saja Hairi hendak mengetuk pintu yang terkuak sedikit itu, dia terdengar satu pertelingkahan. Tanpa perlu lihat siapa yang sedang bertelingkah, Hairi sudah tahu itu suara ibu bapanya dan bos mereka. Hairi melekapkan telinganya ke pintu untuk mendengar pertelingkahan itu.
"Awak dah gila ke?! Tak mungkin saya akan benarkan kumpulan budak hingusan tu buat persembahan kat sini. Nanti pelanggan semua lari sebab persembahan teruk mereka. Saya tak nak tanggung rugi," satu suara garau bertegas.
"Tapi, Encik tolonglah beri anak saya buat persembahan. Dia betul-betul berminat, dia mahir dalam bidang muzik. Encik janganlah terlalu berkeras," suara seorang wanita kedengaran merayu. Itu ibu Hairi.
"Saya kata tak boleh, tak bolehlah maksudnya! Bahagian 'tak boleh' mana lagi yang awak tak faham ni?!"
Hairi mengepal penumbuk. Perasaan marahnya terpaksa disimpan di dalam hati. Dengan membawa perasaan hampa di bahunya, Hairi meninggalkan bilik bos dan keluar dari kafe. Dia berjumpa semula kawan-kawannya yang setia menanti.
"Ha! Macam mana? Boleh tak kita buat persembahan?" Hairi diserbu oleh soalan apabila memasuki van.
Hairi mengukirkan senyuman pahit. Melihatkan wajah kawan-kawannya yang teruja sebentar tadi, dia terpaksa menipu. Mana mungkin dia akan memberitahu mereka bahawa bos ibu bapanya memperlekehkan potensi Eye Candy. "Hm tak, kita tak dapat buat persembahanlah."
Keterujaan yang mereka rasai sebentar tadi serta-merta mati.
"Ini semua salah Brad! Aku dah cakap bawa kad pengenalan, tunjuk yang kita ni bukan underage, tengok sekarang kita dah tak dapat buat persembahan," Sam membebel ke telinga Brad tetapi Brad menghiraukannya.
"Shh... jangan bising. Aku tengah kosongkan fikiran ni," kata Brad sambil matanya dipejamkan.
"Ish," Sam mengeluh mendengar alasan Brad.
"Tak apalah, dah tak ada rezeki. Kita nak pergi mana pula sekarang ni? Malam masih muda, takkan dah nak balik?" BJ bersuara. Dia masih belum mahu pulang ke rumah.
"Okey, kalau macam tu kita ronda-ronda dulu tengok kat mana tempat yang sesuai untuk buat persembahan," Jai menjawab soalan BJ.
Brad membuka matanya. "Baiklah," Brad menggosok-gosok tangannya, "mari kita pergi!" Brad menghidupkan enjin van dan menekan gear. Van itu pun mula bergerak di kalangan kenderaan-kendaraan lain di atas jalan besar.
Sudah hampir setengah jam juga mereka meronda di tengah-tengah bandar, namun masih tidak berjaya menjumpai tempat yang sesuai untuk membuat persembahan.
"Lama lagi ke kita nak meronda? Aku dah bosanlah," Sam merungut.
BJ menyenggol lengan Sam. "Ish kau ni, bersabar sikit boleh tak? Tak ada kesungguhan langsung,"
Jai menggeleng kepala melihat kerenah mereka berdua. Kemudian pandangannya teralih kepada Brad yang sedang fokus memandu.
"Kita nak pergi ke mana ni?"
YOU ARE READING
Wild Heart (Editing)
Short StoryPertama kali aku melihatnya, mindaku berkata, "I was walking away, but she's so beautiful it made me stay," Satu perasaan yang aneh timbul, "I don't know her name, but I'm hoping she might feel the same," Aku... ingin mengenalinya, melindunginya dan...