Chapter 6

177 9 0
                                    

"Apa kau buat kat sini?" soal Jai sekali lagi.

Mei kaku. Tidak sangka pula Jai sudah bangun seawal begini. Sangkanya, remaja lelaki seperti Jai cenderung untuk bangun lewat, apabila matahari sudah tegak.

"Woi, kau dengar tak apa aku tanya?" soal Jai dengan kasar, membawa Mei ke realiti semula.

"Sa... saya... saya cuma..." Tergagap-gagap Mei menjawab.

"Kau cuma apa? Hantar susu? Budak kaya macam kau hantar susu?" Jai ketawa sinis.

Ketakutan Mei diganti dengan kemarahan. "Awak tak tahu apa-apa pasal saya!"

"Hm, tapi aku tahu kau ni anak orang kaya yang berlagak pandai, menunjuk-nunjuk, memandang rendah pada orang miskin macam aku ni,"

Mei berasa tertampar dengan tuduhan Jai. Dia langsung bukan seseorang seperti yang Jai katakan.

"Awak tak kenal saya, jangan cakap apa-apa pasal saya." Suara Mei tegas memberi amaran.

Tetapi Jai tidak berasa tercabar langsung. "Apa-apa ajelah, aku malas nak melayan perempuan macam kau ni." Jai mengangkat kaki untuk pergi, tetapi Mei menghalang.

"Tunggu dulu,"

"Huh?"

"Err... saya nak minta tolong awak boleh tak?"

"Apa dia?" Jai merengus, acuh tak acuh melayan Mei.

"Err... semalam, awak nampak saya kat rumah sebelah... um..." Mei tidak dapat mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu Jai.

"Kau tinggal kat situ?"

"Aah,"

"Dan kau nak aku tutup mulut? Jangan beritahu sesiapa?"

"Yup," Mei menunduk malu. Mukanya ditebalkan.

"Aku fikir kau cuma datang rumah kawan kau,"

Mei mengangkat muka, berkerut. "Eh?"

"So... memang betul kau tinggal kat rumah sebelah?" Jai bertanya untuk kepastian.

Mei mengangguk perlahan. Kemudian dia duduk di bangku berhampiran, matanya jauh termenung. Jai duduk di sebelah Mei, entah kenapa Jai berasa selesa berada di samping Mei. Tiada lagi kemarahan yang dirasainya terhadap gadis ini.

"Saya takut," Mei bersuara setelah agak lama membisu. "Saya takut orang akan ketawakan saya," sambungnya.

"Buat apa kau nak takut apa yang orang akan kata pasal kau?"

"Awak tak faham. Orang akan pandang hina pada saya kalau diorang tahu ayah saya dah jatuh bankrup." Mei meluahkan kegusaran hatinya kepada Jai. Pada saat ini, dia tidak peduli jika Jai hendak mentertawakannya. Dia hanya mahu melepaskan apa yang sudah lama terbuku di lubuk hatinya.

Jai mencari-cari ayat yang sesuai untuk menenangkan Mei. "Kau tak patut fikir apa yang orang nak kata pasal kau. Kau tak perlulah nak berpura-pura jadi orang lain, kita hidup ni perlu jadi diri kita sendiri je. Apa yang orang nak kata, kau biarkan je."

"Awak tak kisah, saya miskin?" tanya Mei.

"Tak," jawab Jai ringkas.

Mei memandang Jai penuh makna. Siapakah lelaki di hadapan aku ini? Inikah Jai yang menghina aku pada pertemuan kali pertama?

Jai pula tidak selesa apabila ditenung. "Err... kau betul-betul suka pada Brad?" Jai mengubah topik, menukar suasana.

Mei tertawa kecil. Dia berfikir seketika sebelum menjawab. "Hm... bolehlah. Brad cute. Saya suka tengok dia senyum. Saya pelik, Brad memang selalu tersenyum, tapi kenapa mata dia tak nampak macam... bersemangat?" Mei berkerut memandang Jai, meminta jawapan.

Wild Heart (Editing)Where stories live. Discover now