Brad, Jai, Hairi, Daniel, Sam dan BJ berjalan beriringan memasuki kawasan Blink High School. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan mereka di situ. Banyak mata pelajar mengekori mereka dan berbisik antara satu sama lain kerana penampilan Eye Candy kelihatan selekeh, (in a good way) tidak seperti pelajar-pelajar Blink High School yang sentiasa kemas dan seragam memandgkan sekolah ini ialah sekolah elit. Tambahan, semua pelajar tahu tentang Eye Candy. Walaupun mempunyai paras rupa menarik, tetapi lebih terkenal dengan sikap samseng. Kutukan demi kutukan tidak dipeduli langsung. Eye Candy sudah lali dilayani sebegini.
Mereka berenam masuk ke dalam dewan senyap-senyap. Pengetua sedang memberi ucapan. Mereka terlambat lagi seperti biasa. Sekolah saja berubah, perangai lama masih kekal.
Mereka duduk di barisan paling belakang, tidak berminat untuk mendengar ucapan kosong pengetua.
Ketika pengetua sedang berucap, mata Brad melilau mencari seseorang. Mei. Dia tahu Mei bersekolah di sini kerana ketika pertemuan pertamanya, dia ternampak lencana Blink High School pada pakaian seragamnya. Berkali-kali matanya melilau ke sana ke sini, tetapi kelibat Mei tidak kelihatan langsung. Apatah lagi batang hidung.
Akhirnya, Brad ternampak Mei. Dia sedang duduk bersama Hana lebih kurang tiga baris di hadapan tempat duduk Brad. Dapat dilihat, Mei sedang fokus mendengar ucapan pengetua.
Brad mengoyakkan sedikit kertas yang terdapat di dalam poketnya. Kemudian merenyukkannya, membentuk bulat. Brad membaling kertas kecil itu ke arah Mei. Tepat-tepat terkena pada bahu Mei.
Mei memandang ke belakang. Matanya bertentang dengan mata coklat Brad. Brad melambai tangannya dan melemparkan senyuman. Tetapi Mei pula hanya menjeling Brad. Brad terpinga-pinga. Pelik dengan reaksi Mei. Mei yang selama ini periang, manja dan lemah lembut menjeling aku? Marah sangatkah dia terhadap aku?
Selesai perhimpunan, semua pelajar bersurai ke kelas masing-masing. Brad dan yang lain memasuki kelas. Mereka mendapat kelas yang sama dengan Mei dan Hana kerana mereka sebaya. Seperti biasa, keenam-enam daripada mereka mengambil tempat duduk di belakang sekali. Walaupun tempat duduk di belakang sudah diambil orang, Brad dan yang lain dengan kurang ajarnya menghalau pelajar lain. Boleh dikatakan, semua pelajar takut akan Brad dan yang lain.
Pada waktu rehat, Brad pergi ke kedai serbaneka dan membeli semua makanan ringan dan coklat yang terdapat di situ. Kemudian setelah membuat pembayaran, dia pergi ke kelas. Mei sedang membuat kerja sekolah. Perlahan-lahan Brad duduk di hadapan Mei. Dia menaburkan semua makanan ringan dan coklat yang dibelinya tadi di hadapan Mei. Mei mengangkat mukanya.
"Apa semua ni?" Mei berkerut.
"Tanda maaf saya pada awak," Brad tersenyum.
"Minta maaf untuk?"
"Semalam. Saya tahu awak marah saya, kan?"
Mei ketawa kecil. "Mana ada saya marah awak. Okey, maybe saya marah sikit."
"Tapi sekarang awak dah tak marah kan?"
"Hm... nope,"
Brad tersenyum lebar. "Wah, ini yang buat saya makin sayang awak. Makan tau semua yang saya beli ni, jangan beri sesiapa. Memandangkan saya tak tahu awak suka yang mana, sebab tu saya beli semuanya."
"Oh, thank you. Tapi awak tak perlulah membazir..."
"Shh..." Brad meletakkan jari telunjuknya pada bibir Mei, "tak ada apa yang membazir untuk awak."
Mei tersengih-sengih.
Hana muncul dari belakang tiba-tiba. "Hai Mei! Wow, banyaknya coklat. Nak!" Hana melompat girang. Hana hendak mencapai satu coklat tetapi dirampas oleh Brad.
YOU ARE READING
Wild Heart (Editing)
Short StoryPertama kali aku melihatnya, mindaku berkata, "I was walking away, but she's so beautiful it made me stay," Satu perasaan yang aneh timbul, "I don't know her name, but I'm hoping she might feel the same," Aku... ingin mengenalinya, melindunginya dan...