🔥ONE🔥

188 16 9
                                        

Gelanggang bola keranjang di Gireum High School sudah dibanjiri dengan para pelajarnya dan sekumpulan pelajar dari Honghwa High School. Para penonton tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Bunyi lantunan bola keranjang bewarna oren tidak henti-henti. Pemain-pemain lincah menghantar bola ke pihak pasukan untuk shoot ke tiang gol pihak lawan. Pihak lawan juga tidak melepaskan peluang untuk merebut semula bola itu.

(mohon faham ayat skema )

"Jinyoung!! Jinyoung!! Jinyoung!!"

Kedengaran nama salah seorang pemain dilaungkan oleh penonton dengan diselang-selikan tepukan yang menggegarkan dewan.

Inilah yang dikatakan sokongan!

Peluh membasahi jersey Jinyoung serta tak henti-henti meluncur laju dari dahinya. Rambut hitamnya yang basah dengan peluh, melekat pada dahinya itu mampu 'menjatuhkan' penonton perempuan dan juga ahli pasukan sorak.

Kalau ada pemain di kalangan mereka yang minat pada lelaki, mesti tergendala permainan. Pftt!

"Rocky! Pass ke aku!!"

Jinyoung melambai pada rakan sepasukannya yang sedang memegang bola. Rocky tiada penjaga di sekelilingnya. Kemungkinan bola di tangannya itu boleh dicuri sekelip mata saja.

Dia memandang sekeliling. Mencari ruang kosong untuk mencelah ke tiang gol pasukan lawan.

'Buat apa aku nak pass kat kau? Aku boleh shoot la...'

Rocky tidak menghiraukan Jinyoung yang sudah bersiap sedia untuk menerima bola. Langkahnya laju mencelah di antara pemain lawannya dan dia melompat untuk menjaringkan bola ke dalam tiang gol.

'PANGG!'

Bola terkena penghadang tiang gol. Rocky mengeraskan rahangnya.

'Tak guna!!'

Hatinya menjerit sakit apabila shootnya yang tidak mengena. Tapi, yang lebih sakit lagi bila bola itu tadi melantun ke arah Jinyoung dan cepat disambar olehnya.

Kenapalah dia tidak ikut saja arahan Jinyoung tadi? Aishh!

Jinyoung melantun bola dengan penuh skills yang sememangnya mengalir dalam darahnya sejak dulu lagi. Pemain lawan yang menghalang jalannya sempat dielak dan bola masih berada di tangannya.

Rocky memerhati Jinyoung dengan penuh rasa meluat + poyo.

Sedikit lagi...

Sorakan semakin hangat dan bergema di dalam dewan.

Nama Jinyoung tidak henti-henti disebut di bibir-bibir penonton.

Dengan lompatan yang tinggi itu, Jinyoung berpaut pada basketball hoop dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi menjaringkan bola ke dalam jaring.

"YEAAAHHHH!!"

Penonton bangun dari kerusi dan melompat gembira kerana jaringan yang tak tumpah hebatnya oleh Jinyoung, ahli pasukan bola keranjang yang sudah berkali-kali menjulang piala kemenangan.

Fire 🔥& Water💧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang