"Eo-eomma... eomma.. nak balik rumah~" Jisoo merengek di dalam selimut. Hingusnya disedut balik. "Sanha~~ BOGOSHIPOYEO!! SALEOJUSEYEO!! Bawak noona balik~~" Nada percakapannya naik turun. Kepalanya masih di dalam selimut.
Jisoo langsung tidak sedar apa yang keluar dari bibir pucatnya. Semuanya di luar kawalannya. Apa yang terjadi, bunyi di sekelilingnya, semuanya seakan-akan mimpi baginya. Dari pagi tadi lagi dirinya lemah dan tidak berdaya.
Di sudut dalam khemah Jisoo, ada susuk tubuh yang sedang 'membeku'. Lisa.
"K-kau dengar t-tak? Museowo... Eung..." Lisa masih lagi berhubung dengan seseorang melalui telefonnya. Semua yang Jisoo meracau tadi diperhatikan dengan kejutan, dari jauh.
"Weih! Jangan lah off lagi. Teruskan jelah berbual dengan ak-" Lisa bisu setelah mendengar bunyi 'tuut' di hujung taliannya.
"KUDA..!!" Lisa meraung memandang telefon di tangannya.
🌚🌚🌚
"KUDA..!!" Jinyoung menjerit memanggil Jhope. Padahal cuma setapak sahaja jauh kedudukan Jhope darinya.
Habis melayang telefon Jhope kerana terkejut dengan jeritan kawannya itu. "Kamchagiya!" bahu Jhope terhincut(?) sedikit.
"Kibas lah kuat lagi! Mentang-mentanglah aku sakit, korang semua tinggalkan aku..." Suaranya memanah hati Jhope.
Cepat saja tangan Jhope menyiku kepala Jinyoung dengan kuat. "KALAU SEMUA KAWAN KAU TINGGALKAN KAU, DAH AKU NI SIAPA?!! TENUK?!!" Surat khabar di tangan Jhope dihembaskan di sebelah Jinyoung. Mulutnya mencebik lalu badannya membelakangi Jinyoung.
Tersentak Jinyoung setelah mendengar suara Jhope sebegitu rupa. Matanya berkedip-kedip memandang belakang Jhope.
'Kat mana salahnya ayat aku?' Jinyoung berfikir dengan mendalam.
Tangannya menghampiri pinggang Jhope. Jari telunjuknya mencucuk pinggang Jhope dua kali.
Jhope tidak menunjukkan sebarang reaksi. Merajuk tahap gaban budak ni.
"Hobie-ya~ Pusinglah sini." Pujuk Jinyoung lembut. Jarinya masih lagi mencucuk pinggang Jhope berkali-kali.
"Apa!" Respon Jhope. Kepalanya berpusing ke kanan. Dilihatnya muka Jinyoung yang mahu memujuknya.
"Rilek aa. Aku takleh kawal mulut aku tadi. Mulut aku memang ah macam ni bila sakit." Jinyoung menunduk.
"Kalau kau sihat walafiat pun macam tu jgak mulut kau." Perlahan ayat itu keluar dari mulut Jhope.
"Apa?! Tak dengar!" kepala Jinyoung laju mendongak memandang Jhope.
"Takde pape." Laju Jhope menjawab. Badannya pun dipusing menghadap Jinyoung. Surat khabar yang dihembasnya tadi dikutip balik dari berterabur.
Jinyoung membaiki kedudukannya di atas selimut. Surat khabar di tangan Jhope dirampasnya lalu mengibas badannya yang tak kering lagi dari berpeluh.
Dahi Jhope berkerut. "Kau dah tak nak aku kibaskan ke?" Tanya Jhope sambil memerhati Jinyoung mengibas dirinya.
"Kau ingat tangan aku sorang ni cukup nak sejukkan badan aku?! Ambiklah lagi surat khabar kat khemah luar sana tu! Tu pun nak kena cakap!" Jinyoung menjerit ke arah Jhope dengan muka marahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fire 🔥& Water💧
Fantasy" Kau tau tak susah jadi manusia yang ada kuasa api ni. " " Wae? " " Setiap kali aku sentuh sesuatu bila aku gembira atau marah, ia akan terbakar. " " Aku faham perasaan kau. " Start: 29 November 2016