💧EIGHT💧

68 10 58
                                    

Semua pelajar dah berkumpul di campsite setelah cukup masa yang diberikan untuk permainan Lost n Found.

Langit yang mendung memberi sangkaan kepada guru-guru mereka yang hujan akan turun. Jadi, cikgu Jaehee meminta semua pelajar menyimpan dahulu barang-barang yang dijumpai mereka tadi.

Pada hari esok pula pertandingan akan disambung semula dengan mengira bilangan barang yang dijumpai oleh setiap kumpulan dan mengumumkan pemenangnya.

Setelah semuanya berlindung di dalam khemah, masing-masing membuat kerja sendiri. Biasalah kalau masa hujan ni, tak lain dan tak bukan membuta.

( Khemah Jinyoung )

Kepala Jhope landing atas perut Jungkook sambil melayan lagu di phone. Kaki Jhope pula seinci je dari muka Eunwoo yang sedang tidur.

Komik di tangan Jungkook diselak dengan perlahan-lahan. Nak tahu komik apa?

Jungkook ni penggemar cerita hantu dan seram. So, komik hantulah yang dibacanya. Di kalangan dia, Jhope, Jinyoung dan Eunwoo, dialah yang paling berani sekali.

Jungkook sorang je yang boleh layan movie hantu secara sorang-sorang. Uii... tak seram ke, biskut chipsmore?

Jhope: Wei, Kookie!

Jungkook: Apa...!

Jhope: Kau workout eaa?

Jungkook: .....

Jhope: Kepala aku ni rasa macam landing atas washboard jer.

Jungkook: Dah tu? Tak suke blah ah. Terbantut pernafasan aku menampung kepala batu kau ni.

Jhope: Ehehheh... Jangan marah, nanti cepat tua. Kookie kalau rapuh, dah tak laku nak jual. Ka-  ARGHHHH!!

Rambut Jhope ditarik kasar oleh Jungkook. Bang Sihyuk Pd-nim, kalau lepas ni kepala Jhope botak pandai-pandailah cari Jungkook.

Mendengar sahaja high note Jhope, Eunwoo tersentak dan terjaga dari tidurnya. Mata Eunwoo yang bulat itu dibesarkan setelah penampakkan tapak kaki Jhope yang betul-betul di hadapan matanya.

"WOI UNICORN!! Jauhkan kaki binatang kau dari muka manusia aku nyh!" Jerit Eunwoo dan bingkas bangun dari pembaringannya.

Seusai Jungkook menarik rambut Jhope, Jhope berasa lega sedikit. Tapi, kelegaan itu menyinggah sebentar sahaja lalu pergi dengan sekelip mata.

Jhope menjerit lagi apabila rambutnya ditarik lagi sekali oleh Eunwoo yang tidurnya terganggu tadi. Yang paling geram, kaki Jhope di hadapan mukanya tadi. Fuh!!

"Jinyoung-ah~! Juseyo..!" Adu Jhope dengan tangisan palsunya. R.I.P rambut Hoseok.

Bang Sihyuk Pd-nim, cari sorang lagi nyh, Eunwoo.

Jinyoung yang sedang baring di paling hujung khemah hanya menggeleng sahaja. Memang sudah kebiasaan diorang berkelakuan sedemikian rupa.

Eunwoo pun melepaskan rambut Jhope yang boleh diumpamakan dengan penyapu kelas author.

Jhope mengusap lembut kepalanya yang berasa pedih. Rambutnya dibetulkan kembali.

"Kalau aku kena kanser botak, aku amik rambut korang buat penanaman semula rambut! Jaga korang!"

Jungkook dan Eunwoo tidak mengendahkan ugutan Jhope. Malah, Jungkook menunjukkan midle finggernya pada Jhope.

Sambil Jinyoung memerhati sahaja pergaduhan mereka,fikirannya teringatkan sesuatu. Batu tu!

Fire 🔥& Water💧Where stories live. Discover now