💧TWO💧

107 11 9
                                    

Selepas perlawanan bola keranjang tamat, pemain-pemain menuju ke bilik persalinan.

"Memang hebat ah skills kau tu tadi, Jr."

"Kan!! Masa kau rebut balik bola yang free tu, woahh... Melopong diorang.."

"Lepastu, SHOOT..! Kau jaringkan bola. Daebak!!"

Kedengaran riuh dengan suara-suara kawannya Jinyoung. Siapa lagi kalau bukan Jungkook, Jhope dan Eunwoo.

Bukan main lagi mereka melakonkan kembali aksi Jinyoung tadi. Rocky yang sudah pun ada di dalam bilik itu terasa ingin keluar semula.

Nak cari tong sampah. Nak muntah.

Tapi, memang taklah. Sebab selepas perlawanan, mereka mesti berjumpa dengan jurulatih mereka. Coach Min.

Jhope, Jungkook, Jinyoung dan Eunwoo masuk ke dalam bilik persalinan dengan hilai tawa. Rocky yang sedang buat-buat sibuk melayan phone dilihat mereka.

Senyap.

Jinyoung teringat kembali masa dia menyuruh Rocky pass bola kat dia. Tapi, Rocky tak mengendah.

Jinyoung ingin menanya pada Rocky pasal tindakan dia yang tak sewajarnya itu. Kalau Coach Min tahu, memang kena tarbiah sentap lah jawabnya...

Jungkook menjuihkan bibirnya pada Rocky. Eunwoo yang melihat kelakuan Jungkook itu, menjongket bahu.

"Ahh, Coach Min."

Bunyi suara salah seorang pemain yang ada di situ menyebabkan mereka semua berpaling ke belakang.

Rocky menyimpan semula phonenya di dalam poket dan bangun tunduk hormat. Begitu juga yang lain.

"Wahh... Makan besar lah kita malam ni!"

Coach Min masuk dengan berita yang membuatkan mereka bersorak gembira.

Semua mata tertumpu pada coach mereka. Semua tak sabar-sabar menunggu dialog seterusnya.

"Tahniah buat kamu semua. Pasukan kita menang sekali lagi!! Yeah! Wohho!"

Coach Min menjerit dengan tumbukannya ke udara. (kalau boleh, dia nak rap sekali)

Bilik itu digegarkan dengan sorakan.

"Jadi, coach. Sambung lah part yang coach kata tadi."

Jhope menggosokkan tangannya dan mengangkat keningnya. Senyuman nakalnya dibuat. Yang lain mengangguk setuju.

"Aaa... Kita pergi serbu kedai lamb skewers coach malam ni!!"

"YEAHHH..!!!"

Selepas suasana kembali reda, Coach Min bersuara.

"Okay. Itu saja yang coach nak cakap."

Coach Min berjalan beberapa langkah untuk keluar sebelum dia berhenti. Sesuatu muncul di kepalanya.

"Ahh.. Rocky!"

Rocky mengangkat mukanya setelah namanya disebut. Timbul perasaan yang tak sedap hati pada dirinya.

Fire 🔥& Water💧Where stories live. Discover now