🔥NINE🔥

55 9 16
                                    

Mesej yang baru diterima itu Jisoo baca berulang kali dan menatap gambarnya betul-betul. Terasa seperti ada api di belakangnya sedang marak. Menjulang-julang tinggi api itu.

"Macam mana batu yang aku kutip tu boleh ada kat dia?!! PENCURI!!" Jisoo menjerit di dalam khemah.

Lisa hampir saja terjaga. Mujurlah dia jauh dibawa berlayar dalam mimpinya. Tidurlah.. have a sweet dream~

Jisoo menggigit bibir bawahnya dengan marah. Sebelah tangannya lagi masih menggenggam kuat batu biru.
Kalau ada punching bag kat situ, memang dah berpeluh Jisoo tumbuk sepak terajang benda tu. Lebih-lebih lagi kalau digantikan punching bag dengan Jinyoung, biar hancus.

Jisoo pun menaip-

Jisoo

This bastard! Kau curi dari aku kan?! MENGAKU!

Jinyoung

Sorry, wrong number.

Jisoo

Aku bakar khemah kau!

Jinyoung

Kau pekak ke? Tak dengar hujan kat luar tu?

Jisoo

Aku nak batu merah aku tu ada ngan aku esok. GOT IT?!!

Jinyoung blocked you

Terus telefonnya dilepaskan ke bawah. Kedua belah tangannya digenggam kuat. Walaupun sebelah tangannya masih memegang batu, Jisoo tidak peduli rasa sakit itu.

Hatinya lebih rasa sakit!

"Aku yang jumpa dulu batu ni semua. Kalau nak, pergilah cari sendiri kat hutan sana tu. Dahlah cantik batu ni." Jisoo merengus sambil menyapu peluh di dahinya dengan kasar. Penat bertengkar dengan Jinyoung, walaupun secara online.

Perasaan Jisoo sukar dikawal sekarang. Sekejap dia berasa ada suara hati yang memujuknya, menyuruhnya bertenang.

Sekejap ada suara hati yang lain menyuruhnya semakin membencikan Jinyoung. Bukannya sedikit je yang Jinyoung buat hatinya sakit. Banyak kali.

Jisoo teringat kembali ketika Jinyoung memasukkan sesuatu ubat ke dalam botol minumannya. Pada hari tersebut, Jisoo diminta untuk menggantikan ketua pelajar yang sepatutnya membaca ikrar pelajar.

Ketika Jisoo berdiri di hadapan semua pelajar dan bersedia untuk berikrar, tiba-tiba Jisoo dijadikan bahan ketawa pula.

Suaranya bertukar menjadi suara minion. Walaupun comel dan ditambah pula dengan muka comel Jisoo, guru-guru mengarahkannya supaya berhenti. Katanya, Jisoo sengaja membuat suara begitu kerana ingin bermain-main.

Selama 2 hari Jisoo didenda balik lewat untuk membersihkan bilik-bilik darjah.

Jinyoung? Apa lagi... Sepahkan kelaslah budak tu. Habis ditaburkan cebisan-cebisan kertas di dalam kelasnya.

Termasuklah peristiwa di kantin pada tempoh hari. Semuanya tak kena dengan Jisoo.

Tangannya melepas perlahan batu biru yang digenggam kuat tadi. Terasa seperti Jisoo melepaskan geramnya pada batu itu.

Fire 🔥& Water💧Where stories live. Discover now