🔥FIVE🔥

90 12 28
                                        

Jisoo menanggalkan kasut sekolahnya dengan kasar sekali. Kasut yang terpelanting itu dibiarkan sahaja berselerak di hadapan pintu rumahnya. Beg sekolahnya masih tergalas di sebelah bahunya.

"Arghh!! Tak guna kau, Jinyoung..!"

Kakinya dihentakkan dengan kuat ketika berjalan ke arah tangga. Bergema satu rumah dengan hentakan kakinya pada tangga kayu itu ketika menaiki tangga menuju ke biliknya.

Jisoo pun menghempas pintu biliknya. Habis berterbangan habuk-habuk yang bersidaian di hadapan pintu itu.

'Kreek...'

Sanha membuka pintu biliknya dengan perlahan. Kepalanya dijengukkan di celah daun pintu. Matanya memandang ke arah bilik Jisoo. Takut juga Sanha bila emosi noona nya 'meribut'.

"Noona... datang bulan ke?"

🌚🌚🌚

Jinyoung meluru masuk ke dalam biliknya. Beg dihempas ke lantai. Butang uniform ditanggalkan dengan mulut yang tak henti-henti menyumpah Jisoo.

"Ee..! Si itik tu! Memang selalu nak menang ke?"

( kalau ada yang lupa, jisoo perenang kat sekolah )

Bunyi air mencurah-curah ke lantai bilik air. Buih-buih sabun juga mengalir bersama. Jinyoung berasa sedikit tenang bila air panas mengalir ke atas badannya. Nafasnya kembali teratur.

"Jinyoung-ah~ Mari turun makan..!"

Bunyi suara dari luar bilik bersama ketukan yang bertalu-talu. Jinyoung tidak membalas kerana berada di dalam bilik air. Dia tidak mendengar bunyi bising itu kerana bunyi air yang mencurah ke lantai.

"Jinyoung-ah!"

Kali ini, jeritan itu sampai di telinga Jinyoung. Dia meraup wajahnya yang dibasahi air. Lalu, dia bersuara.

"Jinyoung dalam bilik air ni..!"

"Ahh! Arasso!"

Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga kedengaran setelah Jinyoung menyahut. Ditinggalkan sahaja Jinyoung yang masih mandi.

Selepas Jinyoung selesai bersiap, dia turun ke bawah. Hidungnya mencium bau makanan yang membuatkan perutnya agresif. Lebih-lebih lagi perutnya yang dibiarkan kosong sebelum mandi tadi.

Langkahnya dipercepatkan ke arah dapur. Masuk sahaja, hidungnya terikut arah dari mana datangnya bau itu.

"Bow..Wow..Wow..! Sedapnya bau, hyung!"

Kerusi ditarik dan menilik setiap masakan yang terhidang di atas meja. Matanya melilau memilih makanan mana yang patut dirasa dahulu.

"Takyah nak puji sangat lah. Bukannya selalu kau puji pakcik kau ni. Nah! Ambik nasi ni."

Pakcik Haejin menghulurkan mangkuk yang berisi nasi kepada Jr. Cepat-cepat Jinyoung mengambilnya dan meletakkan lauk ke dalamnya.

Pakcik Haejin pun mengambil tempat dan mengisi lauk ke dalam mangkuk. Mereka makan dengan berselera. Jinyoung tak puas-puas memuji masakan pakciknya.

Fire 🔥& Water💧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang