💧FOUR💧

114 15 15
                                    


Kipas di ruang tv berpusing laju. Tv pula dipasang, menayangkan iklan-iklan yang tak putus-putus.

Terlihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas sofa yang bewarna maroon. Matanya dipejam. Remote tv dipegang longgar.

"Knock..!"

"Knock..!"

"Knock..!

Pintu diketuk lembut dari luar.

"Urmm... Hurmm.. Noona..?"

Matanya digosok perlahan. Masih mamai lagi. Dengan posisi duduknya, dia meregangkan badannya.

"Huarghh...."

Dia menguap dan cuba membuka luas matanya. Cuba...

Kakinya diatur dengan longlai ke arah pintu yang masih lagi diketuk. Engsel pintu dicapai dan ditarik ke bawah.

"DBAM!"

Kepalanya terhantuk dengan pintu yang dibuka dari luar secara tergesa-gesa.

"Argh... Appo...! Huwaa..."

"Ehh... Sanha?! Mian..mian... Noona tak sengaja."

Kepala Sanha diusap oleh Jisoo dengan cemas.

"Kamu ngantuk eaa.. Hahaha... Mianeayo.."

Sanha mengagguk dengan matanya yang masih terpejam. Mulutnya pout.

"Saeng tunggu noona ke? Mian. Noona keluar dengan Jimin hyung tadi."

Jisoo membawa Sanha yang mengantuk itu ke sofa kembali. Walaupun Sanha mengantuk, dia masih boleh dengar lagi.

"Oww... Noona keluar dengan Jimin hyung rupanya. Jimin hyung mana? Dah balik ke?"

Sanha mencari kelibat Jimin dengan mata yang hampir tertutup.

"Dah balik dah... Kamu tu. Tak nak masuk bilik ke? Dah lewat malam ni."

Jisoo mengusap kepala Sanha sambil mengambil remote tv. Lalu, di off kan tv yang sudah tiada siaran.

"Sanha tunggu Noona lah... Kalau noona balik lewat malam, siapa yang... siapa yang nak tolong bukakan pintu pintu?"

Sanha masih bercakap walaupun kepalanya sudah beberapa kali tersengguk ke bawah.

Jisoo hanya ketawa kecil melihat saengnya yang muda 5 tahun darinya .

"Dah lah tu mengigau. Jom! Noona bawakan kamu ke bilik."

Bahu Sanha dipegang dan menolongnya untuk bangun. Mata Sanha sudah pun rapat sepenuhnya. Dia mengikuti sahaja arah yang Noonanya bawa.

Mereka melangkah mendekati tangga.

"Elok-elok tu, ada tangga."

Jisoo memberi amaran. Kalau tak, kedua-duanya jatuh tersembam atas tangga beralaskan kayu itu.

Sanha hanya mengagguk mamai.

"Saeng...saeng... Kalau kamu kecik macam dulu, bolehlah noona dukungkan. Ni, nak sama tinggi dengan noona dah. Aigoo..."

Jisoo memimpin Sanha ke dalam biliknya yang berdindingkan wallpaper bercorak urban.

Selepas menyelimutkan Sanha, Jisoo menutup suis lampu dan membiarkan sedikit pintu biliknya terbuka.

Dibiarkan sidikit cahaya melalui celah pintu itu.

Sanha tidak suka kalau tidur dalam gelap gelita. Dia akan membiarkan pintu biliknya terbuka sedikit. Kalau dia mengalami mimpi buruk, cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik noonanya.

Fire 🔥& Water💧Where stories live. Discover now