💧SIX💧

101 13 37
                                    


Sape ship Eunwoo & Jungkook?

Ok, just kidding😹😹

-----------------

"Papp!"

Sekali lagi nyamuk yang hinggap di lengan putih Lisa dilibas dengan snapback hitamnya. Sudah berpuluh-puluh kali Lisa mengibas lengannya yang dikerumuni nyamuk.

Perjalanan mereka semua untuk sampai ke campsite mengambil masa selama 30 minit. Dengan bagasi lagi, backpack lagi, semua merungut penat. Laluan yang dilalui mereka semuanya rumput yang sudah bertukar kepada kuning.

Pekerja villa yang mengetuai mereka berpesan supaya sentiasa berjalan berpimpin tangan ataupun secara rapat-rapat. Apa yang mereka lihat sepanjang perjalanan itu, hanya batang-batang pokok yang menjalar tinggi dan keratan-keratan dahan yang dijadikan sebagai penanda jalan. Sedikit sahaja cahaya matahari yang memancar ke wajah mereka dari celah-celah daun pokok yang menebal.

"Ermm.. tuan, lambat lagi ke kita nak sampai?" Tanya Rocky yang tidak jauh dari belakang pekerja itu.

Pekerja itu tidak bersuara. Soalan Rocky tadi dibiarkan bergantung sahaja. Cikgu Sunghee berasa pelik. Lalu, diangkat tangannya untuk memegang bahu pekerja itu.

Tiba-tiba, mukanya tersembam pada bahagian belakang pekerja itu. Dia berhenti berjalan, begitu juga dengan yang lain.

"Kita dah sampai!" Jerit pekerja itu lalu memusingkan badannya.

Cikgu Sunghee membetulkan bajunya dan meletakkan begnya ke bawah. "Okey, semua! Kita dah sampai di campsite." Cikgu Sunghee menjerit gembira.

"Yeay!!" Beberapa orang sahaja pelajar yang menjerit. Yang lain dah pun lemah longlai. Rumput-rumput kering di atas tanah dah pun dijadikan sebagai alas punggung masing-masing.

"Kalau macam tu, saya balik dulu ke villa ya, cikgu?" Tanya pekerja itu dan tunduk hormat. Setelah cikgu Sunghee membenarkan, terus sahaja dia berpatah balik pulang ke villa.

"Dia tu, macam pelik je aku tengok. Dah puas bekerja kat sini ke?" Tanya Jhope pada Jungkook yang sedang meneguk botol minumannya.

Jhope tujukan kepada pekerja tadi yang membuatkannya berasa musykil dengannya. Jungkook yang masih lagi meneguk air, menggeleng kepalanya. Apabila sudah minum, Jungkook bersuara. "Jangan sibuk hal orang."

Mendengar sahaja jawapan kawan baiknya itu, Jhope pun mengembangkan lubang hidungnya pada Jungkook.

"Semua! Dengar sini. Letak beg-beg kamu semua di tepi pokok-pokok tu. Lepas tu, kita pasang khemah instant(?)😂 yang cikgu sediakan."

( apa? kau ingat tidung je boleh instant? )

Pelajar akur dengan perintah cikgu mereka dan mula memasang khemah mereka. Jhope dah pun baring sambil mendepakan tangannya dan meluaskan kakinya ke atas tanah. "Ni kawasan aku!".

Rocky yang kebetulan lalu di situ, bersuara apabila melihat Jhope sebegitu rupa. "Ye ke? Bukan kat bawah tanah tu ke kawasan kau?".

Jinyoung yang pergi mengambil khemah tadi dah pun menghampiri Jhope yang masih terbaring setia. Eunwoo dan Jungkook pun bersama Jinyoung.

Fire 🔥& Water💧Where stories live. Discover now