🔥ELEVEN🔥

53 10 11
                                        

"Annyeong chingu ya~~" Terpacul Eunwoo dan Jungkook di hadapan Jinyoung dan Jhope. Mesra sahaja senyuman yang diberikan oleh mereka berdua. Tetapi, sapaan dari Eunwoo dan Jungkook tidak disambut baik.

Mata Jinyoung tajam memandang Eunwoo dan Jungkook yang sudah berasa ketar lutut.

"Kena rakam 'moment' nanti nih". Sengih Jhope sendirian. Di dalam fikirannya sudah bermain bermacam-macam scene yang manakutkan.

Eunwoo dan Jungkook masih tercegat, kaki mereka tidak berani mahu melangkah masuk ke dalam khemah. Mata mereka saling berpandang, membuat telepathy.

'Jinyoung-dah-tahu-ke?'

'Mati-kita-nanti'

"Ehemm!" Jinyoung berdehem memandang mereka berdua. "Korang dari mana?" Soalan Jinyoung ditujukan kepada mereka yang tidak berganjak dari pintu(?) khemah.

Jinyoung memberi masa kepada mereka untuk menjelaskan apa-apa pun, sebelum mulut diorang dah tak boleh bercakap.

Otak Jungkook sedang ligat berfikir untuk memberi alasan yang kukuh pada Jinyoung. Kalau tak, kegiatan 'haram' mereka dapat dihidu dengan senang oleh Jinyoung.

"Tengok pokok?" Jungkook mentally slapping his face. 'Kenapa ayat tu yang keluar?!' Jungkook menggenggam tangannya di belakang badannya kerana berasa bodoh yang amat.

Eunwoo memberi pandangan otot-je-besar,-akal-ciput! kepada Jungkook.

"Tak-tak! Kitorang pergi memancing kat sungai tadi. Tu yang lama sangat tu." Eunwoo berkata dengan terburu-buru dek kerana jawapan Jungkook yang tak munasabah itu.

Jinyoung tidak berkata apa. Hanya memberikan senyuman palsu. Jhope pula membuat muka gangster kerana dia tidak perlu berasa takut akan Jinyoung. Semestinya.

"YA!! BYUNG-SHIN!!" Jinyoung menjerit lalu bingkas bangun dan meluru ke Eunwoo dan Jungkook. Leher mereka dipaut dengan kasar dan dibawa masuk ke dalam khemah. Jungkook dapat melihat taring Jinyoung keluar ketika mereka diseret.

Maka, meraunglah Jungkook dan Eunwoo kesakitan kerana dibelasah oleh Jinyoung, di dalam khemah.

Pelajar-pelajar yang berdekatan dengan khemah diorang, memberi pandangan pelik. Khemah bergoyang ditambah pula dengan jeritan meminta tolong. Jhope pun berdiri di luar khemah, "Tak ada apa-apa. Kitorang okay je. Annyeong!" Zip khemah ditutup rapat oleh Jhope dari dalam.

Jhope mengeluarkan telefonnya dan ingin merakam persembahan WWE yang lintas langsung dari khemah diorang. Baru sahaja Jhope melihat lintas langsung itu, terus dia menyimpan balik telefonnya.

"Takpelah. Terlalu 18++ untuk dirakam."

🌚🌚🌚

(Keesokannya )

"Semua dah siap kemas beg?!" Cikgu Sunghee menjerit di luar khemah masing-masing. Pagi itu, mereka akan bertolak pulang ke sekolah.

Terkocoh-kocoh pelajar-pelajar keluar dari khemah dengan beg di kiri dan kanan tangan masing-masing. Nasib tak terlingkup khemah di saat mereka berebut keluar.

"Bagus! Sekarang, simpan balik khemah kumpulan masing-masing dan bawa bersama sehingga ke tempat parkir bas." Para pelajar akur sahaja pada arahan cikgu mereka.

Semua beg Jinyoung diangkut oleh Eunwoo yang ditambah sama dengan begnya sendiri. Jungkook pula membawa begnya bersama beg khemah di bahunya.

"Tengoklah tu. Bukan main berkepit Jhope ngan Jinyoung tu. Kita pulak ditinggalkan." Eunwoo mencebik sambil matanya tak lepas memandang Jhope yang sedang bergelak ketawa dengan Jinyoung.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 21, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Fire 🔥& Water💧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang