PROLOG

996 76 22
                                    

"lompat si katak lompat"

"lompatlah tinggi-tinggi "

nyanyian sekumpulan kanak-kanak memecah kesunyian malam. daun serta dahan-dahan pokok turut bergerak ditiup angin dingin malam. Hadi memeluk tubuh apabila terasa sejuk , dia menongak ke atas memandang langit gayanya malam itu seperti ingin hujan.

" kita batal la rancangan kita boleh " cadang Daniel.

" mana boleh.. kan kita dah sepakat nak tinjau rumah tu. " bantah Hadi berasa geram. tajam anak matanya merenung bebola mata kawannya yang bertubuh gempal itu.pandangan kemudian beralih ke arah rakannya yang memakai cermin mata. rakannya akur, langkah mereka disusun mengikut satu lorong jalan sempit.Mereka masuk melalui pintu pagar besi utama sebuah rumah yang terkuak lebar.Bunyi pagar tua berdecit ditiup angin cukup menaikkan bulu roma mereka ditambahkan lagi dengan suasana gelap dan bunyi cengkerik.

Mereka meneguk air liur dengan laju menahan seram.Mereka berdua dapat melihat cat bangunan itu sudah pudar dan retak.Manakala tumbuhan menjalar dan lumut melekat pada dinding rumah. " betul ke hadi? aku takut la kan tok daus pesan jangan dekat rumah ini. rumah keras " bisik daniel. wajahnya seperti ketakutan.

" kita dah sampai sini. kau jangan terhegeh-hegeh nak patah balik. dah cepat undi " marah hadi kesal sikap daniel.

" Lat talilat tali tam plom! "

" hafiz kau kalah. kau kena masuk dulu rumah tu. aku bagi masa 20 minit.. kau duduk kat situ. ingat kau jangan lari " hadi memberi amaran keras kepada hafiz sambil menghulur lampu suluh. terketar ketar tangan hafiz menerima lampu suluh itu, namun akibat takut dengan hadi budak nakal kampung memukulnya, dia memberanikan diri mengatur langkah masuk ke dalam rumah itu.

bunyi lantai kayu seperti mahu patah kedengaran apabila dipijak oleh Hafiz. sempat lagi dia menoleh belakang memandang hadi dan daniel sedang memerhati dia dari jauh. dari jauh hafiz sudah lihat hadi membuat isyarat mata supaya dia masuk ke dalam rumah. sekali dengan sebelah tangan simbol tumbuk diangkat tinggi kepada hafiz jika dia tidak masuk ke dalam rumah.

" 20 minit je hafiz.. " kata hafiz cuba menenangkan jantung yang berdegup kencang dari tadi akibat takut. terketar-ketar tangannya memulas tombol pintu yang berkarat. dia menolak kuat sedikit pintu rumah seperti dihalang sesuatu dari dalam sebelum menguak pintu tersebut pelahan-lahan.

dia menyuluh lampu suluh yang berpadu dengan kegelapan sambil melihat segenap sudut keadaan rumah itu, beberapa perabot ditutupi oleh kain putih. manakala atapnya dipenuhi dengan sarang labah-labah. bau tidak enak menusuk masuk ke salur penafasan hafiz. dia melangkah ke arah bilik dimana dia dapat merasakan punca bau datang tanpa berfikir panjang.

" do not enter "

tulisan seakan-akan memberi amaran kepadanya untuk tidak berani cuba memasuki bilik itu. namun dia nekad untuk mengetahui punca bunyi itu, dengan hati berdebar dia menguak pintu bilik. usai membuka pintu, peluh dingin merinik didahinnya. bebola matanya membulat luas terkejut dengan apa yang dilihat sekarang. kakinya yang berdiri terasa lemah dan terjatuh terjelepok atas lantai. lampu suluh yang dipegangnya turut terlepas dari genggamannya terlampau tertakutan.

" apa yang si lurus bendul tu buat? " rungut hadi apabila berasa lama menunggu hafiz keluar dari rumah. daniel sekadar mengangkat sedikit bahu tidak tahu. angin sejuk tiba-tiba meniup lembut tubuhnya membuat bulu roma menaik. daniel menadah tapak tangan apabila terasa air hujan. setitik air hujan jatuh pada tapak tanganya. selang beberapa minit air hujan renyai-renyai setitik demi setitik membasahi bumi.

" weh hujan" kata daniel, mereka berlari-lari anak ke arah rumah untuk berteduh.

meow~

hafiz menghembus nafas panjang, sesekali dia mengurut dada kerana terkejut. " macam mana kucing ini boleh ada dekat sini " hairan seekor kucing berwarna putih boleh melintas secara mengejut dihadapanya. hafiz membetulkan cermin mata yang senget apabila terjelepok sebentar tadi. matanya segera melingas mencari lampu suluh entah tercampak kemana. dengan kakinya yang terasa lemah untuk berdiri, dia terpaksa merangkak mencari dalam keadaan gelap gelita. bunyi burung hantu jelas kedengaran dari luar tingkap membangkit bulu romanya.

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now