【12】

126 20 3
                                    

"Arrrghh!"Buku di tangan Afnan tiba tiba dirampas .dia kebingungan. Dia terpinga pinga kepalanya berat dipegang kedua dua tangan.Kini Afnan sedar bahawa dia dari tadi hanya membaca buku itu." apa dah berlaku?" tanya Afnan. Dia seakan-akan tersedar daripada mimpi.

" kau! "

Bukk

Belum empat dia mengelak, Spontan satu tumbukan singgah ke mukanya. Afnan jatuh meniarap tanpa menunggu lama lelaki itu menghampiri afnan lalu mencekak kolar leher.

"Kau siapa? Buat apa kat sini?!!"Jerkah Hayriell marah, geram, benci semuanya berpaksi di hati. Terasa darah menyirap seluruh muka dan badannya. Mukanya merah padam menahan marah. Dadanya berombak kencang turun naik menahan perasaan marah yang berkobar kobar.

" Aku detektif afnan datang cari kau. sepatutnya aku tanya soalan tu, kau buat apa dekat sini? " jawab afnan dengan berang muka menyeringai apabila luka di bibirnya terasa pedih.

"Afnan? Aku tak pernah kenal kau pun." kedua dua belah kening bertaut satu sama lain. Bergetar bibirnya menahan marah, matanya juga mencerlung memandang Afnan.Afnan menyeluk poket mengeluarkan dompet nya lalu menunjukkan kad pengenalanya sebagai detektif. " puas? " kata afnan nada tidak puas hati.

Kolar leher baju pelahan lahan dilongarkan Hayriell dan dilepaskan. " sorry " ujar Hayriell anak matanya beralih kepada diari.Afnan hanya mengangguk mengiakan sahaja. Tidak mahu masalah berpanjangan, darah pada bibir kesan luka dikesat dengan ibu jari.

"AAARRGH"Suara jeritan mengejutkan mereka sebelum mereka berdua berpaling sesama sendiri.Tertanya-tanya akan punca jeritan itu.Afnan mengangkat bahunya seraya berlalu pergi meninggalkan Hayriell. "Tunggu aku nak ikut."Mereka berdua mengangkat kaki mencari punca suara jeritan tadi secepat mungkin.

***

" aku rasa kita patut berehat dulu " cadang afnan memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.

" Lupakan jeritan tadi? " kata Hayriell dengan muka serius, sepasang mata merenung tajam anak mata afnan.

" tapi kita dah cari merata tempat better kita berehat dulu. " kata afnan masih menahan sabar dengan Hayriell.kata kata Hayriell sebentar tadi kedengaran sinis membuat hati afnan panas.

" hmm " kata Hayriell mengalah mula melabuh punggung sambil bersandar pada dinding diikuti afnan di sebelah.

" ini abang kau ke? " soal Hayriell menghulurkan sekeping gambar yang terjatuh sewaktu mereka berebut buku diari milik Erina.

serta merta afnan berpaling memandang Hayriell dengan riak terkejut " ye " sedaya upaya cuba dikawal air mukanya daripada berubah. dia memang sensitif apabila ditanya sebegitu apatah lagi berkaitan abangnya.

" oh , stay dekat mana? "

" kubur. " jawab afnan dengan dingin. Riak air muka Hayriell berubah.

" sebab " tanya lagi Hayriell, wajahnya tampak serius sangat berminat Heykarl. afnan senyum sinis menyindir Hayriell.

" dibunuh " Anak matanya tertancap pada gambar Heykarl kemudian beralih ke hadapan hanya dinding kosong.

***

Someone pov

'dia ' dapat rasakan suasana sekeliling, suara angin dari luar seakan akan menyuruh dia bangun. Matanya terbuka luas lantas bingkas bangkit bagaikan bermimpi ngeri.

matanya tertancap pada tingkap yang telah dibiarkan terbuka, mulut diukir senyuman nipis kemudian pelahan lahan berdiri mendekati tingkap merasai udara sejuk waktu malam.

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now