EPILOG

169 11 2
                                    

" nak beli bunga untuk siapa? " sapa mesra seorang makcik, sejambak bunga ros yang harum mekar dihulurkan kepada afnan.

Afnan hanya mempamerkan senyuman subing lalu menjawab pertanyaan. " hadiah untuk orang istimewa. " Makcik tersebut mengangguk kepala mengerti yang dikatakan afnan.Afnan melangkah keluar dari kedai, jaket kulit berwarna hitam dizip naik keatas. Angin sejuk bertiup agak kuat disitu.

Mujur jaket hitam yang tersarung dibadan hangat menghilangkan rasa sejuk, cuaca kini tidak menentu.

" Abang.. "

Belum sempat dia beredar, bajunya terasa ditarik tarik dari bawah. Pantas dia menoleh ke arah suara itu.
" ye. " balasnya menghadiahkan senyuman manis kepada seorang budak lelaki berusia lingkungan 6 tahun berpakaian lusuh dan terkoyak sedikit tidak berbasuh.

" abang nak beli tak surat khabar ni? " tawarnya serba salah menunjuk surat khabar dalam beg buruknya.

" abang ambil satu. " dompet duit diseluk poket kemudian diserahkan 50 ringgit kepada kanak kecil itu.

" Terima kasih " ucap kanak itu berlari keringaan ke kedai makan lalu membeli sesuatu. Manakala afnan terpaku membaca tajuk utama didada surat khabar.

Pisiko mati bunuh diri.

------------------------------------------------------------------------
Seorang lelaki ditemui mati oleh jururawat setelah semalaman menghembus nafas terakhir. Pihak polis menjangka bahawa pesakit itu telah membunuh diri menelan pil ubat tidur sehingga melebihi dos.

" Saya ternampak psiko ini menggelupur bawah katil tetapi saya tidak memanggil jururawat kerana menyangka perkara biasa. Hanya beberapa minit dia terbaring diam saya hanya membuat andaian dia sudah tertidur disitu. " Kata saksi yang bernama Yana memberi keterangan pihak wartawan.

------------------------------------------------------------------------

" mati dengan tangan sendiri.. " gumam afnan pelahan lahan menghembus nafas lembut menenangkan hatinya. Namun raut wajah afnan kelihatan serba salah perasaan sebak datang kembali tidak boleh dibuang jauh-jauh.

Nama ' Heykarl'masih tersemat di dalam ingatannya. Terlalu susah untuk dilupakan.Begitu banyak kenangan-kenangan manis bersama abangnya itu.Angin dingin terus menusuk badannya membuatkan dia mengigil sedikit terus dia beredar dari situ.

Skip//

Kini dia berada di taman yang selalu mereka singgah.Tempat inilah yang mudah membuat air matanya gugur setelah kehilangan Heykarl. Burung yang berkicauan seperti mahu menenangkannya.

Suara keriangan kanak kanak leka bermain bola sepak disitu seperti menguatkan semangatnya.
Bunyi loceng pak cik ais krim mengimbaukan kembali memori semasa kecilnya.Dia merenung awan pada langit.

Dia berimaginasi. Awan itu membentuk wajah yang disayanginya.

Flashback time

" Encik Hayriell,tak nak jalan-jalan dekat taman ke? Dah lama encik tak bersenam. Nanti tak sihat asyik duduk dalam wad je." Heykarl memujuk Hayriell.

" Hm." Hayriell bangun.

Telefonnya berdetar, nama afnan terpapar di skirn telefon.

" Encik,kejap ye.Adik saya call." Heykarl mengangkat panggilan.

" Ha? Yeke! Afnan pergi kat taman belakang hospital ni.Kita jumpa sana." Heykarl mematikan talian. Satu senyuman lebar hingga ke telinga.

Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan adiknya. Adiknya balik tanpa memberitahu kerana mahu memberi kejutan. "Encik nak pergi mana tu?Taman dekat arah ni." kata Heykarl sedar Hayriell mula menghampiri pintu pagar hospital. Terus dia menarik tangan Hayriell.

Tangan putih lelaki itu terus ditempis kasar " Aku nak keluar lah! " Hayriell lari sepantas-pantasnya. Semua orang yang menghalang lalunya ditempis dan ditolak.Ada yang ditolak sehingga jatuh dan ada yang terlanggar barang disitu. Hayriell tidak menghiraukan semua itu.

Baru sahaja dia hendak keluar dari pagar besar hospital itu, tangannya sempat disambar oleh jururawat tadi. " jangan halang aku! " spontan Hayriell mengeluarkan pisau lipat yang disimpan di dalam poket lalu menikam dada Heykarl. Heykarl tidak sempat berbuat apa-apa terus rebah ke tanah sambil menekup darah keluar dari dada, namun dia tidak mengalah lalu memegang sebelah kaki Hayriell.

" tempah maut larh!" tanpa rasa ragu ragu terus Hayriell menikam buat kali terdua ditempat sama . Heykarl cuak, dia terbaring lemah berlumuran darah. Di dadanya ditikam sekali lagi tidak henti henti keluar.

" padan muka. " Dia tersenyum puas bila melihat lelaki itu sudah berlumuran darah. Lekas Hayriell meninggalkan jururawat yang sering menjaganya dan berlari menghilangkan diri dari tempat seksa itu. Dari jauh Heykarl melihat adiknya berlari mendapatkannya. Heykarl tersenyum kerana dapat melihat muka Afnan buat kali terakhir dan pandangannya mula menjadi kabur kemudian beransur ansur menjadi gelap.

dia sudah berada di tempat lain dan ruangan gelap.

Flashback end

Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut membelai pipinya, kawasan itu berasa damai. Rambutnya turut terusik oleh angin terpaksalah dia menguak beberapa kali rambut sedikit kusut. Pandangan mula dilemparkan pada sungai mengalir mengikut alurnya. Pemandangan senja seakan akan menyentuh hati yg keras miliknya.

kubur bertulis nama Heykarl disebelahnya dipandang sekilas lalu bersama bunga ros tadi.
" Heykarl. " ucap afnan seakan akan abangnya masih hidup serta memandangnya sambil menghadiahkan senyuman manis.

Dia tahu dia perlu tabah dan redha atas kematian Heykarl. Belon yang dibeli tadi dilepaskan. Membiarkan ia menikmati alam sebelum dirinya pecah. Afnan mendepakan tangannya dengan riang sambil memejam mata merasai sejuknya suhu angin disitu.

Semuanya telah berakhiFr..

THE END

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now