【10】

147 21 0
                                    

" saya dah hampir sampai rumah tu. " kata afnan bercakap melalui telefon tatkala dia membelok ke kanan lalu masuk ke dalam perkarangan rumah agam lama terbiar.Kelajuan kereta dipelahankan apabila meredah laluan kecil menuju ke situ, dalam kereta dia memerhati rumah agam yang kelihatan semakin hampir.Enjin kereta dimatikan, kelihatan barisan pokok bunga ros yang layu tidak terjaga ditepi kiri dan kanan menghala ke sebuah rumah usang.

" HARRY'S HOUSE "

Jelas tertulis nama rumah pada pintu utama bercat putih berukiran unik dan cantik. " mana dia ni.. " Rungut afnan. Persoalan itu bermain dibenak kepala menjerut perasaan bimbang.Telefon pintar dikeluarkan dari poket dan tanganya menekan nekan nombor telefon seseorang. " Kau dekat mana?? Datang cepat sikit lah. " kata afnan yang kini berdiri dihadapan sebuah rumah agam yang binaan berkonsep inggeris.

" Weh aku tak dapat datang"Afnan mengeluh berat.

"Kenapa pulak.Huh!"Afnan malas mahu mendengar jawapan rakannya lagi. Talian terus dimatikan.Tanpa sempat rakan setugasnya berkata apa-apa.

Kreekk~

Terus dia memandang pintu kayu bercat putih itu yang tiba-tiba terbuka dengan sendiri dari dalam kemudian bergerak pelahan bersama bunyi keriut ensel menimbulkan rasa seram. Tanpa berfikir panjang terus kaki melangkah laju masuk melalui pintu yang kini separuh terdedah, seperti menunggu kehadirannya.

TUMM!!!!

Sebaik sahaja dia masuk, pintu utama tiba tiba dihempas kuat. Afnan hanya membuat andaian itu adalah angin.Afnan melihat disekeliling, sawang dan sarang lelabah memenuhi di setiap siling rumah. Sesetengah perabot dan cermin besar ditutupi kain putih. tingkap juga telah dihalang oleh beberapa kayu menampakkan suasana suram.

" kena ambil lampu suluh ni. "dia berlari arah pintu semula dan cuba memulas tombol pintu beberapa ingin membuka pintu namun.

Klick. klick.

" aik tak boleh buka? " hairannya. Dia cuba merempuh pintu juga tidak berhasil sepertinya ditahan oleh sesuatu berat dari luar.

Afnan memegang kedua dua kepalanya sudah kusut dia benar benar sudah terkunci dari luar. " ada orang tak? tolong buka pintu ni!! " Dia sedar dirinya sudah terperangkap. Perasaan resah mula membebankan." semua ni perangkap! " dengus afnan mengundur kebelakang.

prak, terasa kakinya memijak sesuatu. matanya segera beralih ke lantai, sebuah telefon pintar masih baharu ditinggalkan bergitu sahaja. "Telefon?"Afnan mengambil telefon yang berada di atas lantai. Dia membuka screenlock telefon dan terpapar gambar wallpaper seorang lelaki mencium pipi seorang bayi dalam dukungnya.

" dia mesti ada disini " kata afnan.Ganggang telefon segera diletakkan di corong telinga dengan pantas.Puas dia menelefon rakannya beberapa kali namun panggilannya tidak dijawab.Akhirnya dia tekad masuk mencari sendiri dahulu. matanya melilau tercari sesuatu, dan terpandang tangga ke tingkat atas. " tingkat atas." terus dia mendaki tangga tersebut mengikut gerak hatinya.

***

Baru beberapa langkah kakinya menapak mendaki tangga, telefon di tangan kanannya bergetar dan alunan lagu yang menyentuh gegendang telinga meminta dia menjawab panggilan itu.

" tolong aku.. " suara perempuan seperti baru habis menangis teresak esak menelefonnya.

" Hayriell? Kau ke tu? " tanya afnan ingin kepastian.

" bi....lik..uta...ma.." kedengaran suara tersekat sekat sepertinya signal disini tidak elok.

Tuuuttt

Talian ditamatkan dalam masa beberapa saat. Skrin telefon juga yang tadi berubah menjadi gelap. Sudahlah tidak berfungsi membawa kemarahan, Afnan mencampakkan telefon tidak berguna itu jatuh kebawah berderai skrin telefon pecah.Cepat cepat Afnan mengangkat kaki mencari-cari pintu masuk ke bilik utama. Dia menghiraukan lagi bilik kosong yang lain.

Bukk!

Afnan tergaman Teddy bear yang ada di atas sofa itu jatuh apabila dia menghampiri sofa. Tangan dan kaki teddy bear itu sudah tercabut dan kapas di dalam terburai. Tangan teddy bear tergolek-golek hingga ke sebuah pintu warnanya sedikit luntur berbanding bilik lain.Afnan menolak pintu,sepasang matanya melihat kelibat seorang wanita membelakanginya. Serta merta bulu romanya meremang. Dadanya dilanda debaran laju memikirkan benda bukan bukan sebaik sahaja sampai dimuka pintu

" Hello?" sapa afnan terhenti apabila dia dengar Satu helaian dan demi satu helaian, Bunyi selakan kertas itu ingin menakutkan afnan dan seperti mahu bermain dengannya

" sakit.. kematian.. sakit.. kematian.. " telinganya sempat menangkap bunyi orang menghalang niatnya untuk menegur membuatkan afnan cemas.Afnan menghela nafas berat mengusir perasan takut. Sebaik sahaja jiwanya yang berkecamuk kembali tenang pelahan lahan tanganya yang sedikit mengeletar cuba dikawal.

Afnan memberanikan diri mendekati Wanita tadi yang terjegil mata menimbulkan urat merah. " help me. " ujarnya sambil menghadiahkan senyuman manis lama-kelamaan senyuman dan juga kelibat makhluk itu pudar menembusi dinding Dan ghaib dari pandangan bergitu saja.

" Diari? "

Dia membuka helaian pertama ingin mengetahui rahsia disebaliknya.

" I'm not ILL "

Ayat pertama muncul sekali gus membuat afnan tertarik ingin membacanya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 February 20xx

I did not mean to spill the hot water to my baby.Why everyone think me INSANE?That is my baby.How dare I do this to her.

3 March 20xx

No one wants to hear my explanation. I'm lonely and frightened. Please believe me i am not sick. My Rizqie ! How dare Hayriell said i am the killer.

I'm not a killer!I'm not a killer!I'm not a killer!

4March 20xx

Hayriell hurt me! Help me!

I'm not a killer!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"i'm not ill! I'm not ill! I'm not ill! I'm not ill!"Satu suara bergema disegenap bilik besar itu. Lantas Afnan menekup kedua-dua telinganya. Suara itu disambut dengan tangisan seorang perempuan yang membingitkan. Dahi Afnan semakin berkerut.

" ARH "

Satu cahaya menerpa dirinya sehingga dia tidak sanggup mencelikkan mata. Sinaran Cahaya yang terlalu kuat menusuk masuk ke dalam anak mata membuatkan dia pantas memejam mata.

f

to be continued...

Vote and comment

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now