Dia membuka pintu bilik yang tertutup rapi, tombolnya sedikit sukar dipulas akibat berkarat.Pintu berjaya dibuka, dia mengamati setiap objek atas di situ. Bilik tetap sama seperti dahulu. Tiada apa yang aneh, dinding masih kekal dicat warna kegemaran Erina.
Puas meneliti bilik,dia bergerak ke arah meja solek mempunyai cermin besar dihadapan. Tiba tiba matanya tertarik sebuah bungkusan hitam terkeluar sedikit sebalik laci.
" plastik apa pula? "
Tanpa menunggu lama dia terus menyelongkar Laci bagi mengesan objek didalam plastik aneh itu. Hayriell memasukkan tangannya ke dalam laci. "Hmm,pita rakaman." Matanya tidak berkalih menatap pita rakaman lama berharap dapat melihat rakaman terakam di situ.
Di atas pita rakaman itu dilekatkan dengan satu nota kecil.
I want this back. Give me back my Hayriell.
Dia berasa tidak sedap hati, entah mengapa bulu roma merinding secara tiba tiba. Namun dia cuba tidak mahu mempengaruh dengan fikiran negatif. Dia melihat disekelilingnya mencari televisyen. Kaki terus dihayun ke bilik hujung.
Di bilik itu terdapat sebuah peti televisyen yang ditutup dengan kain putih. Kain itu diangkat letak bawah. Pita rakaman itu dimasukkan perlahan-lahan , Skrin televisyen menyala. Sepasang suami isteri sedang bergelak ketawa dihadapan sebuah rumah agam yang besar.
"This big house for you,dear."
"Woah,really?I love it!."
Tuuuttt skherghh skherghhh
Bunyi daripada rakaman itu seperti sudah rosak menganggu fokus Hayriell pada tayangan, lekas dia menutup televisyen. Kain tadi diletakkan semula.
***
Bing.. Bing.. Bing..
Ringtone telefon bernada nyaring tersadai di atas meja. Namun dihiraukan oleh pemilik gadjet tersebut. Telefon berbunyi berterusan supaya pemilik menjawab panggilan.Mungkin daripada seseorang yang ingin beritahu perkara penting.
" Kenapa telefon ini dibiarkan?Mana tuan muda?" Omel pembantu rumah dalam hati. Selalunya tuan muda tidak akan melenggahkan masa dan segera menjawab panggilan.
Dia mencapai telefon lantas memanggil tuan muda di bilik tidur. " Tuan! Ada orang call ni! " Laungnya.
Beberapa minit tiada jawapan daripada tuan muda. " Tidur lagi ke ? " dia mengerling jam dinding. Jarum panjang menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tidak mungkin tuannya masih tidur waktu begini.
" Tuan.." Kali ini dia memanggil dengan nada rendah takut telahan tadi salah mungkin tuan muda masih diulit mimpi atas katil. Pintu bilik dikuak perlahan.
" Hmm.. " Ringkas sekali lelaki yang duduk di kerusi menjawab.
" Tuan muda afnan,ini telefon berdering dari tadi.. " Kata pembantu rumah menunjuk telefon berdering ditangan.
" Awak letak situ nanti saya ambik" Dingin Afnan membalas.Dia berasa terganggu.
" Baiklah," pembantu rumah mengikut arahan .
Afnan tidak langsung menjawab panggilan malah matanya masih menatap skrin komputer.
Bing..Bing..Bing...
" Huh.." Keluhnya menggapai telefon menjawab panggilan dia mencebik sesaat nama tidak kenali tertera di skrin telefon.
" Hello.. Detektif Afnan ke? " Seseorang garau milik seseorang bersuara sebaik sahaja talian bersambung.
" Ye saya.. Kenapa ? " Dia bercakap lembut tetapi tegas. dia memang benci orang mengganggu semasa dia sibuk.
" awak pasti? okey jumpa dekat cafe. "
Tut tut tut..
Talian diputuskan , Dia bingkas bangun, kunci kereta dicapai lantas berlari menuju ke arah pintu. Belum sempat pembantu rumah menanya, dia terlebih dahulu berkata, " Saya nak keluar kalau ada sesiapa call minta dia tinggal pesanan. " Dia menyarung kasut dan membuka pintu kereta.
" Tapi mahu kemana? " Sempat lagi pembantu rumah bertanya, langkah afnan terhenti.
" Urusan kerja. " jawab afnan memberikan senyuman. Terus dia mahu kereta dan menekan pedal minyak tanpa menoleh lagi.Pembantu rumah hanya menganguk mengerti. Kereta dipecut laju ke dentinasi dia tidak gemar membuat klien berasa lama menunggu kehadirannya.
Setiba dicafe, kereta diparking berdekatan cafe. Dia keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam cafe. Kehadiran afnan disambut dengan senyuman. " Jemput duduk," dia mempersilakan lelaki yang selalu terpapar di dada akhbar setelah berjaya menyelesaikan kes kes mencabar.
" Maaf kerana menunggu lama," ujarnya seraya melabuh punggung. Di atas meja sudah terhidang dua gelas berisi air kopi panas
" Saya nak berjumpa dekat sini sebab tentang ini," briefcase yang tersandar di kerusi sebelah dicapai lalu dibuka dan mengeluarkan fail berwarna coklat.afnan mula tertanya tanya apa isi fail, tidak lama kemudian fail diserahkan kepada Afnan.
Dia menyambut huluran membaca kertas-kertas dalam fail. dahinya berkerut kemudian memandang kembali Encik Farhan
Banduan gila menjadi suspek utama.
"Jadi awak nak saya selesaikan kes ni? " Dia mengangkat kening sempat lagi dia senyum selapis kepada Encik Farhan.
" Ye .. saya nak awak selesaikan kes ni secepat mungkin." Dia menjawab dengan muka serius.Afnan tidak menjawab. Dia mencapai gelas air minuman lalu meneguk dengan satu nafas sebelum beredar dari cafe.
"Dia terima ke?"Encik Farhan terkebil-kebil mata.
***
" kamu dah jumpa dia? " tanya Encik Emir kepada pekerjanya, iaitu Encik Farhan . Pantas Encik Farhan menjungkit bahu . Dia tidak pasti sama ada detakif itu menerima atau tidak kes ini.
" Saya rasa tak pasti sebab dia pergi tanpa sepatah perkataan." kata Encik Farhan tatkala melonggarkan tali leher yang menjerut leher.
Muka Encik Emir berubah cuak. Dia berasa terkilan kerana mungkin sahaja lelaki itu tidak menerima kes ini. Dah bertahun tahun dia mengupah detektif lain namun masih tidak tiada jawapan. Dia berputus asa. " Nampaknya kita terpaksa tutup kes ni, " ucap Encik Emir memberi kata putus tanpa memandang Encik Farhan disebelah. Sesekali dia mendengus geram.
to be continue..
YOU ARE READING
𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀
Mystery / Thriller"I'm not ill " " Bunuh.. bunuh.. " Suara halus seperti membisik di telinga,Dia duduk dilantai sambil memeluk lutut, tubuhnya sedikit mengigil cuba mengawal emosi yang mula terganggu. " Aku takkan bunuh diri!! " dia mula naik rimas dengan suara itu...