Suasana di bilik mayat sunyi sepi, hanya tapak kasut setiap kali afnan melangkah kedengaran bergema kerana kawasan itu telah dikosongkan. Hanya tempat menyimpan mayat ditinggalkan.
"ummmphhh! " bunyi satu suara seakan akan menyahut, segera dia menoleh arah bilik mayat.afnan menendang pintu sekuat hati bagi membuka pintu terkunci
" Zureen.. " dia berhenti memanggil. langkahnya turut terhenti di depan pintu. pantas dia menutup mata tidak sanggup memandang keadaan Zureen . Badan Zureen dipenuhi lumpur dan luka. wanita setan seperti Erina menyeksa Zureen , dia sudah tidak layak dipanggil manusia lagi. cepat cepat dia menggeleng kepala menghalau fikiran buruk tentang kejadian berlaku terhadap Zureen.
" uhmmmp " Zureen bersuara, meminta pertolongan. dia tidak lagi menangis .
" Zureen awak okey? " prihatin afnan. Dia kemudian membuka ikatan pada mulut Zureen dengan berhati-hati.
"Siapa awak?Macam mana awak tahu nama saya?Awak buat apa dekat sini?"Zureen mengeluarkan soalan bertubi-tubi kepada Afnan.
Apabila ikatan itu berjaya dibuka, Dahi afnan berkerut dia bingung mahu menjelaskan satu persatu dari awal hingga akhir.
***
Tanpa melengahkan masa, Hayriell terus berlari mendaki tangga. Dia harus mencari Reqza sebelum diapa-apakan oleh Erina. Selang beberapa minit dia berlari menyusuri kaki lima, dia berhenti termengah mengah keletihan dan melepaskan keluhan. Baru sahaja dia mahu terus mencari anaknya, dia ternampak satu bayang bayang perempuan sedang bergegas menaiki sambil mendukung bayi. Hayriell senyum sinis, dia sudah dapat meneka kedudukan Erina sekarang.
" Erina! " tempiknya menyambung menaiki tangga batu berpusing yang mempunyai pemegang untuk mengejar Erina yang berusaha melarikan Reqza daripadanya. Peluh dingin mula memercik membasahi tubuh membuatkan baju yang disarung pada badan basah lencun. Sesekali Hayriell mengesat peluh yang laju mengalir di dahi.
Setelah menyedari yang jejak Erina itu tidak dapat dikesan, Dia mula berlari semula mencari Reqza tanpa berputus asa. Mungkin sekarang afnan sudah menemui Zureen dan menyelamatkan daripada bahaya. Dia kini berada dihadapan sebuah pintu rooftop bangunan. " dia mesti ada dekat sini. " ngomel Hayriell memandang pintu yang kelihatan sedikit renggang seakan akan baru dibuka oleh seseorang.
Tombol pintu dipulas pelahan. Pintu tadi sedikit terbuka , kini sudah terbuka luas olehnya. Sempat dia memandang langit tampak mendung, sesekali terdengar bunyi guruh di kaki langit. Awan kelabu mula berarak menanda hujan hanya menanti masa mencurahi air membasahi bumi. Hayriell terus melangkah , angin dingin mula bertiup laju menerbangkan rambutnya dan baju.
Dari jauh dia sudah melihat susuk tubuh kecil perempuan amat dia kenali mengenakan gaun labuh berwarna putih yang turut diusik oleh angin membelakangi. " Erina? " nada percakapan Hayriell berubah menjadi lembut ingin memujuk Erina mengembalikan anaknya. Terkejut Erina apabila dengar sahaja namanya dipanggil oleh suara yang amat dikenalinya, iaitu Hayriell.
" yes? " dia menyahut, nafas panjang dihembuskan. Reqza didalam dukungan dipegang erat takut akan Hayriell.
" Awak sayang Reqza kan? " Hayriell terus cuba memujuk Erina. Satu senyuman diberikan bagi menambat hati wanita itu.
" of course. " sepatah perkataan dijawab oleh Erina.
" Mari kita balik sama-sama tapi bagi Reqza dekat saya" ujar lagi Hayriell masih cuba memujuk. Dia kasihan bayi di dalam dukungan wanita itu pasti dalam kesejukan. Apatah lagi hari mahu hujan sudah tentu bayi itu bakal demam.
" promise? " tanya Erina mula tertarik dengan ucapan manis Hayriell. Pantas lelaki itu mengangguk kepala mengiakan sahaja. Langkah demi langkah lelaki itu menghampiri Erina ingin mengambil Reqza semula. Tanpa sedar, tersungging senyuman sinis di balik bibirnya Erina dan..
BANG!!!
satu das tembakan dari pistol digenggam Erina sendiri. Automatik Hayriell kelam kabut memegang kepalanya dan segera menunduk bagi terpaksa mengelak terkena butir peluru itu. Selang beberapa saat, Satu lagi tembakan dilepaskan membingitkan telinga.
Mengekek Erina itu mentertawakan Hayriell yang gelisah. Tidak cukup dengan itu sebilah kerambit dikeluarkan , dan tangannya menghayun senjata tajam itu ke arah Hayriell. Lelaki itu Pantas mengelak cuma pakaian sahaja sedikit terkoyak dan tangan menjadi penahan turut terluka. Tercungap cungap nafasnya cuma dikawal, matanya masih melirik kepada Erina. Dia tidak boleh melawan Erina sekarang kerana Reqza masih berada di Erina.
" Hayriell! " satu teriak dari belakang melaung namanya.
[ ♢ TO BE CONTINUE ♢ ]
vote and comment?
YOU ARE READING
𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀
Mystery / Thriller"I'm not ill " " Bunuh.. bunuh.. " Suara halus seperti membisik di telinga,Dia duduk dilantai sambil memeluk lutut, tubuhnya sedikit mengigil cuba mengawal emosi yang mula terganggu. " Aku takkan bunuh diri!! " dia mula naik rimas dengan suara itu...