Afnan menghempas punggung menyandarkan badan pada kerusi beroda. Nak hilang lelah penat. Lalu dia mengerling telefon bimbit atas meja dan mengalih pandangan ke arah meja dimana kertas surat khabar bersepah tentang 'dia'.
Frame gambar dia bersama seorang jejaka dipandang sepi, " saya pilih pekerjaan ni sebab Abang. " Dia berbicara kepada lelaki dalam gambar seolah-olah orang itu mendengar. Mereka kelihatan gembira sekali dalam gambar.
" Tapi sayang..Abang tak sempat nikmati hidup macam ni " Dia senyum kelat. Dia menggosok rambut beberapa kali. Dia bingkas bangun menuju ke tandas dan membasuh muka menghilang rasa serabut di kepala .
Dia mengambil kain tuala tersangkut di besi penyakut kain, lalu mengelap muka. Dia terpandang cermin dihadapannya tatkala tangan berhenti mengelap muka. Ditenung cermin muka dalam dalam.
" Kalaulah kita boleh hidup bersama lagi," gumam Afnan.
Flashback time
"Jaga diri Afnan," pesan Heykarl menghadiahkan senyuman lebar kepada adiknya Afnan. Hari ini merupakan hari bahagia buat Heykarl kerana Afnan bakal menyambung pelajaran ke luar negera.
" Abang.. Afnan tak nak pergi.. " Luah Afnan. Dia menunduk sedikit kepala. Afnan tidak mahu berjauhan dengan Heykarl. Hanya Heykarl sahaja keluarga dia ada di dunia ini.
" Haish mengada! " Heykarl terus menyekeh kepala Afnan berasa geram.
" Penat Abang cari duit bayar tiket. Kau tak nak pergi," sengaja dia mengungkit supaya dapat mengubah niat buruk afnan.
" Siapa suruh beli," sindir Afnan.Dia memeluk tubuh tanda protes. Hati Heykarl mula tercuit mendengar ayat afnan terus ketawa.
" Okey, Afnan belajar bersungguh lepas tu bawak Abang melancong dekat luar negara tau " Heykarl menyenangkan hati afnan.
Tanpa berbual banyak,dia memusingkan badan ke belakang. Air mata mengalir tanpa sedar terus dikesat menghilangkan kesan. Dia tidak mahu tampak sedih pada hari itu.
" Abang memang dah tak sayang afnan eh? " teka afnan sedikit pilu. Lekas dia menoleh mengadap adik kesayang semula , pelahan lahan dia memeluk tubuh afnan dengan penuh kasih sayang.
Tambahan pula afnan satu satu harta bagi hidupnya. Dia terpaksa menyara hidup sendiri demi masa depan keluarga setelah Mak dan Appa terkorban dalam kemalangan ngeri .
" Pergi sana belajar ubah kehidupan kita," ujar Heykarl meleraikan pelukan. Dia senyum sumbing, hidung sudah kemerahan menahan rasa sebak.
" Nae,Afnan janji. " Afnan mengukir senyuman di bibir. Dia mengheret bagasi pakaian mara tempat penumpang menunggu pesawat tiba .
Heykarl melambai lambai tangan pemergian afnan.
Dia yakin hanya afnan sahaja boleh mengubah taraf hidup mereka sekarang. Dia memerhati afnan jauh hadapan dan semakin lama kelibatnya hilang dari pandangan.
Dia sudah melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
Flashback end
***
" Abang.. " sebut afnan dengan nada lembut.Dia memandang sesuatu Di atas meja. satu sampul surat berwarna coklat belum dibuka .
" afnan akan tuntut maruah Abang! " dendamnya belum hilang bahkan dia berasa makin dekat dengan ' dia '. kemudian sebatang pen di ambil lalu mencoret sesuatu.
________________________________________________________________________________
10 jun 2xxx
Pembunuh itu akan mendapat balasannya.Namun aku belum menemui lagi pembunuh.Tapi aku merasakan pembunuh semakin dekat denganku.Dendam aku pasti terbalas
________________________________________________________________________________
terasa puas bila segala perasan diluahan pada diari. tidak lama kemudian dia mengapai iphone mendail nombor seseorang. " saya terima kes itu." matanya tertancap pada frame gambar.
" aku akan heret kau terima hukuman. " usai memutuskan talian panggilan , afnan mula termenung memikirkan tindakan yang akan memuaskan dendam yang lama terpendam.
***
" Woi!! wake up! " pekik kuat Erina mengejutkan Zureen yang terlelap di kerusi.Zureen tiada respon untuk bangun. Mukanya sedikit pucat kerana tidak diberi makanan dan minuman sedikit pun.Dia seperti berada dalam neraka dunia. Sesekali dia menelan air liur menghilangkan rasa haus. Sungguh syaitan betina bertopeng manusia memang tidak berhati perut!
" Kau nak apa? Syaitan?! " tengking Zureen kini dia berbahasa ' kau, aku' . sepatutnya dari awal dia memanggil Erina ular berbisa bertanduk syaitan .
" If you shout again, I swear I'll kill you. " ugut Erina tidak semena mena dia menarik kasar rambut gadis malang itu.Dia akan menyeksa perempuan yang berani merebut hati Hayriell atau dia lebih sanggup membunuh walaupun nyawanya berada dihujung tanduk!
Itulah prinsip hidup baru Erina tiada siapa. lebih hebat melainkan dia. Manusia jahil akan mudah melupakan tuhan sedangkan dia hanya manusia biasa. Muka elok Zureen kini berparut akibat torehan pisau. Dia hanya menahan pedih dan mampu menghilang cecair pekat keluar meleleh sekitar wajah. Sumpah Erina membuatnya seperti anak patung. Sesuka hati mencederakannya.
***
Seperti dirancang, afnan berbincang dengan Encik Farhan di cafe sama.Tempat pertama kali mereka bertemu. afnan lebih senang hati apabila mengenakan pakaian biasa di luar tempat kerja. Beberapa fail mengandungi kertas jenayah dan biodata jenayah sudah tersusun rapi atas meja. afnan senyum sinis, bergitu mudah sekali orang memberi kepercayaan untuk menyelesaikan kes.
"Saya gembira sebab Encik Afnan terima kes ni," ucap Encik Farhan senyum lebar. afnan hanya mengangguk kepala seraya membalas senyuman nipis. afnan mula membelek satu persatu kertas kes pembunuhan bersiri yang belum diselesaikan.
" boleh awak jelaskan lebih lanjut tentang suspek. " Suara afnan serius sahaja, sengaja dia meminta pertolongan dari Encik Shah. dia sudah naik muak membaca isi kertas.Pantas lelaki berkumis itu mengangguk kepala tanda faham. Dia berbesar hati memberi kerjasama.
"Okey yang pertama adalah.. Erina " sebut lelaki itu , dicapai fail mempunyai gambar suspek yang disyaki terlibat sekali.
NAME : ERINA JASMINE
AGE : 23
CRIME : KILL HER DAUGHTER
STATUS : WIDOW
HISTORY : HAVE 2 CHILDREN RIZQIE AND REQZA
" Next ialah Hayriell.. " Kata kata Encik Farhan. Kali ini berjaya menarik perhatian afnan.
NAME : HAYRIELL
AGE : 24
CRIME : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
STATUS : HAVE ONE WIFE.
HISTORY : 2 CHILDREN RIZQIE AND REQZA
: EX HUSBAND ERINA
" Wait.. So kiranya dia pernah berkahwin dengan Erina? " afnan membuat kesimpulan.
" Yep." spontan dia memetik jari setuju akan afnan.
" mereka pernah berkahwin, tapi Sayang perkahwinan mereka hanya bertahan beberapa tahun sahaja setelah satu peristiwa malang berlaku. " Sambung Encik Farhan matanya tertumpu pada rekod jenayah.
" peristiwa malang? " afnan semakin berminat.
" salah seorang ahli keluarga mereka menghidap penyakit gila. " balas Encik Farhan nada pelahan, air jus lemon ditenguk sedikit. perkataan gila ditekan sedikit.
To be continue..
YOU ARE READING
𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀
Mystery / Thriller"I'm not ill " " Bunuh.. bunuh.. " Suara halus seperti membisik di telinga,Dia duduk dilantai sambil memeluk lutut, tubuhnya sedikit mengigil cuba mengawal emosi yang mula terganggu. " Aku takkan bunuh diri!! " dia mula naik rimas dengan suara itu...