【19】

94 10 0
                                    

flashback time.

kapal terbang milik Malaysia selamat mencecah landasan. beratus ratus penumpang turun berjalan melalui jambatan yang telah disediakan, disamping itu bunyi beg bagasi sarat ditarik menjadi suasana lapangan terbang ketika itu.

nafas ditarik pelahan sebelum dihembus keluar, dia senyum bahagia. sekian lama dia menuntut ilmu dia negara united kindom akhirnya dia kembali pulang setelah 4 tahun disana. iphone diseluk keluar dari poket.

dia mahu menelefon abangnya iaitu  Heykarl.dia ingin bertemu untuk melepaskan rindu.

" hello Abang... afnan dah sampai sini.. Abang dekat mana? afnan nak jumpa. " katanya senyum lebar bahagia, terasa beban berat didada hilang terus mendengar suara  Heykarl.

***

dia memutuskan panggilan sambil menyusun langkah ke arah teksi yang berderet di depan pintu keluar lapangan terbang.

" encik nak pergi mana? " seraya pemandu teksi itu mengambil bagasi diletakkan dalam bonet belakang.

" Hospital Perdana. " jawab afnan membuka pintu kereta lalu melabuh pungung dikusyen kereta. tidak pernah terlintas difikirannya hari itu bakal memberi parut luka mendalam dalam hidup

***

Mentari pagi terik telah menampakkan wajahnya di kaki langit. langit biru bersama gumpalan awan memberikan suatu perasaan yang menenangkan. tapi hanya untuk sementara.

" mana pulak Abang ni.." ngomel afnan, disana sini pandangan melilau mencari kelibat Abangnya sehinggalah matanya tertancap pada sebuah taman berdekatan. hatinya terdetik untuk singgah sebentar disitu.

" arghh!! " bunyi orang menjerit marah menjadi tumpuan afnan menontonya. seorang jururawat lelaki sedang menenangkan hati pesakit mental ditanganya memegang kemas pisau lipat. tidak lama kemudian jururawat terbaring lemah, terus dia berlari ingin menolong jururawat itu.

" encik.. "

bagai satu renjatan elektrik sebaik sahaja melihat wajah pucat jururawat itu. Seluruh tubuhnya menggeletar .kenapa harus  Heykarl berlumuran darah?! " Abang.." panggilnya mengharapkan respon daripada  Heykarl namun malang tiada jawapan diberikan air mata menitis tanpa dipinta.

" Abang!! " jerit afnan menerpa tubuh  Heykarl dipeluk erat.

" jahanam! " dia berlari mengejar pesakit itu .sambil berlari dia sempat menyambar sebatang kayu dan mengenggam kemas.Dikejar pesakit lelaki itu hingga ke jalan mati.

Kayu yang diayun itu tepat menghentam belakang kepala pesakit itu. hingga mengeluarkan cecair merah pekat.

" tepi!! " Hayriell geram. pantas ditendang celah kangkang Afnan dengan kaki menyebabkan afnan terbongkong menahan sakit. tanpa disuruh satu lagi sepakkan mengena kepala afnan hingga hilang imbangan dan tersadung batu jatuh terlentar kebelakang.

Hayriell belum mengalah bahkan dia memajat pagar hospital untuk larikan diri. " Abang.. " Afnan tidak sedarkan diri

Flashback end

***

" setan!! " dia tiada pilihan lain selain menarik kasar rambut Hayriell membolehkan dia meloloskan diri dari cengkaman Hayriell.Tombol pintu dipulas.Dia keluar dari wad mengunci pintu.

"Afnan!! " teriak Hayriell memanggil dari dalam bilik.Urusan mereka berdua belum selesai lagi. nafas cuba dikawal. jujur sememangnya afnan ada sedikit gentar berjumpa Hayriell. peluh jantan membasahi anak anak rambut. Nafas cuba dikawal teratur.

" encik.. "

spontan dia menoleh kebelakang, makin tambah debaran jantung apatah lagi disergah tiba tiba.

" encik okey? " jururawat perempuan bersama fail menegurnya setelah melihatnya ketakutan baru ternampak hantu.

" saya okey.. awak to..long jaga dia. " pesan afnan beredar ingin menstabilkan emosi . Jururawat itu hanya memandang Hayriell penuh kehairanan.

***

Jam ditangan kanan masih menunjukkan pukul 7.00 pagi walaupun masih awal pagi , afnan kelihatan tergesa gesa masuk ke hospital. langkah kakinya disusun lebih pantas dari biasa. Mujur nasib menyebelahi dia kerana masih dapat menyelit masuk ke dalam lif. Jari lurus menekan butang nombor 5. Sejurus pintu terbuka, terus dia mengatur langkah menuju wad.

" keadaan dia semakin teruk. " lapor seorang bertubuh gempal berpakaian seragam lengkap polis bersuara sebaik sahaja terlihat afnan.

" bawa dia segera berjumpa saya. " ucapan dia berbaur arahan. Kegelisahan jelas terpacar melalui nada. Polis tersebut mengangguk kepala, tanda faham. Wad Hayriell dipenuhi deretan manusia yang tidak mahu ketinggalan dengan sesuatu menarik mereka. Beberapa pihak polis juga hadir menyiasat disitu.

Afnan menarik nafas panjang, ingin mengikuti sekali perkembangan Hayriell.
" tsk tsk.. " telinganya sempat menangkap bunyi seseorang sedang menangis teresak esak Afnan terpandang sudut wad. seorang gadis sedang menangis teresak esak dengan tubuh mengigil ketakutan ditemani sahabat disebelah.
" Saya takut " katanya terhinjut hinjut bahu menangis seperti kanak kanak.

" dia takkan ganggu awak lagi. " sedaya upaya seorang lagi jururawat itu cuba mengstabilkan emosi kawannya. Afnan hanya menjadi pemerhati dari jauh mula tidak senang hati.

" dia dah melampau! " getus afnan dalam hati lalu dia mengatur langkah beredar dari situ.


to be countinued.

vote and comment.

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now