JODOH YANG TIDAK MENGERTI - 6

61 0 0
                                    


Malam itu agak sejuk. Habis sahaja kerja menyediakan bahan masak untuk esok, Mak Siti dan Pak Ya minta diri dari tuan rumah dan ketua rewang. Masing-masing sudah letih. Kepala pula penuh dengan pelbagai perkara yang bercampur-aduk. Hal kenduri dan hal anak sendiri.

Selesai solat isya', Mak Siti duduk dibirai katil. "Macam mana Abang?"

"Macam mana apa?" Pak Ya bingkas berdiri sambil mengibaskan kain sejadah yang disangkutkan ditepi dinding bilik.

"Yalah. Dengan gaya hidup macam itu, Dira nanti macam mana?"

"Gaya hidup apa?"

"Ish, Abang ini kan!"

Mak Siti mula marah. Sesekali, Pak Ya memang menjengkelkan. "Saya ni bercakap pasal tetamu kita petang tadilah. Abang ini, sengaja buat tak tahu."

Pak Ya senyum. Dia tahu. Mak Siti penat. Penat yang diiringi dengan bimbang dan takut. Jika diusik, merajuknya panjang pula nanti. Pak Ya duduk sama dibirai katil. Dipandang wajah isterinya itu.

Pak Ya berkata perlahan. "Beginilah. Kita rehat dulu. Malam ini, saya kejutkan awak bangun sembahyang sama-sama."

Mak Siti menarik nafas panjang. "Abang, kalau memang kita dah ada keputusan, keputusan itulah yang kita nampak nanti Abang."

Pak Ya angguk-angguk. "Tak apa. Yang penting, kita rehat dulu. Awak janganlah bimbang sangat. Adalah jalan penyelesaiannya nanti." Malam itu, Mak Siti dan Pak Ya sama-sama tahu. Mereka tahu. Malam ini, pasti tidur mereka nanti lenanya tidak pasti.

Hujung minggu itu, Pak Ya dan Mak Siti nekad dengan keputusan yang dibuat. "Dira balik KL esok?"

Dira memandang wajah ayahnya. "Ya, Abah."

"Dira, Abah dengan Mak dah buat keputusan. Dira macam mana?"

"Dira ikut apa yang Mak dan Abah putuskan. Apa yang Mak dengan Abah cakap itu, betul. Dalam hal macam ini, Dira serahkan sepenuhnya pada Abahlah."

Pak Ya dan Mak Siti saling berpandangan. Rupa-rupanya, anak bongsu mereka juga senekad kedua ibu bapanya. "Kalau macam itu, nanti Abah sajalah yang terus cakap dengan dia. Dira dah bagi nombor telefon Abah."

Pak Ya dan Mak Siti terdiam. Petang itu, padangan dan bayangan Dira masih jelas dalam ingatan mereka berdua.

*********

"Assalamualaikum. Dira ya?" Jelas sekali suara di talian.

"Waalaikumsalam. Ya Dira ni, Abah. Ada apa?"

"Dira, minggu depan boleh balik?"

"Eh, tak boleh Abah. Dira kerja hujung minggu depan. Kan Dira baru balik? Ada apa?"

"Ni, Rahman nak datang sekali lagi?"

"Nak datang lagi? Nak buat apa?"

"Dia nak juga datang meminang. Katanya, kalau kamu tak ada, dia datang juga."

"Kalau macam tu, biarlah dia datang. Dira dah cakap dah dengan Rahman keputusan Dira."

"Betul? Tak apa dia datang kalau kamu taka da?"

"Tak apa. Abah buat keputusan. Dira ikut saja."

Dira mengeluh panjang. Nampaknya, Rahman bersungguh betul. Sudah dua kali Dira berjumpa Rahman di KL. Diterangkan akan duduk perkara. Ini bukan soal cinta semata-mata. Soal hidup, maruah dan apa yang baik untuk semua orang.

Sebodoh-bodoh Dira, dia tidaklah hanya mengikut rasa cinta dan hawa nafsu. Rahman memang baik. Anak-anaknya juga baik. Tiada apa yang cacatnya. Tetapi, dalam hal membina keluarga, Dira sudah cukup matang untuk menimbang banyak perkara.

Kali ini, hanya redha kedua ibu bapa sajalah yang diharapkan sebagai pergantungan utama. Dira masih ingat kata orang tua. "Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa."

DUNIA Yang Aku TahuWhere stories live. Discover now