Pagi itu, seperti biasa Jariah bersiap. Sarah yang sudah biasa dengan rutin harian, menurut sahaja arahan ibunya. Hisham masih duduk di tikar sejadah selepas tamat solat subuh. Jariah menghampiri suaminya.
"Abang, hari ni, Abang kerja tak?"
"Kerja. Abang keluar lambat sikit."
"Ok, saya pergi ya. Macam biasa."
Hisham senyum. "Sayang, Abang nanti singgah rumah Kak Sabariah. Abang nak berbincang. Abang kena buat keputusan." Jariah mengangguk. Dia menarik tangan suaminya, dan terus menciumnya."Saya doakan Abang yang baik-baik."
Jariah memeluk erat suaminya.
**********
Hisham termenung panjang lagi itu. Selepas Subuh, dia masih duduk atas sejadah hijau itu. Jariah yang sudah bersiap seperti biasa, menyalami tangannya. Sebaik sahaja dia memberitahu tentang rancangannya ke rumah Sabariah, Jariah terus memeluknya.
Hashim tahu. Jariah seorang perempuan yang membuat keputusan dengan mengambil risiko yang dia boleh tanggung.
Meskipun Sabariah berpendidikan tinggi, Jariah juga tidak jauh beza. Meskipun hanya belajar dalam negara dan dibesarkan dalam keluarga di kampung, Jariah merupakan seorang isteri yang bijak. Dia banyak berdikari.
Sabariah datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Hisham masih ingat bagaimana perkahwinannya dengan Sabariah yang menjadi sebuah perkahwinan pertama yang dirancang oleh kedua-dua belah pihak. Tidak pernah dalam sejarah keluarga mereka, ada yang dinikahkan dengan dirancang oleh orang tua.
Hanya mereka berdua. Hisham dan Sabariah. Walhal, pada waktu itu, bukanlah menjadi satu adat biasa untuk sepasang anak mudah dinikahkan oleh orang tua secara terancang. Tanpa banyak tahu tentang satu dengan yang lain, mereka hidup bahagia juga dengan 4 orang cahaya mata.
Namun, hidup Hisham jalannya berbeza. Entah bagaimana hidupnya ditemukan dengan Jariah, yang banyak memberinya peluang menjadi lelaki sebenar. Baginya, Sabariah tetap wanita pertama dalam hidup.
Jariah pula, datang dalam hidup Hisham, seolah sebuah kisah cinta tanpa pendahuluan. Malah, penghujunganya juga tiada siapa yang tahu.
YOU ARE READING
DUNIA Yang Aku Tahu
Short StoryIni ialah kompilasi kisah-kisah pendek yang saya tulis berdasarkan kehidupan dan situasi sekeliling dengan 2 tajuk JODOH YANG TIDAK MENGERTI HATI NAN SATU Kehidupan dan situasi yang berlegar seharian banyak menyentuh tentang kasih sayang dan k...