HATI NAN SATU - 2

68 1 0
                                    

Hashim memandang wajah Sarah yang ketawa riang. "Abah, tadi Mak belikan aiskrim. Sedap!" Sebaris gigi putih jelas kelihatan apabila Hashim senyum.

"Iya? Mana ais krimnya?" balas Hashim sengaja mengusik anak kecil itu.

Sambil memusing-musingkan kedua-dua belah tangannya dengan laju, Sarah menjerit, "Dah habis!" Waktu itu juga dia melompat dan duduk di riba ayahnya.

Hashim mengelus-elus kepala Sarah. Anak seusia 5 tahun itu, adalah antara perkara paling membahagiakan dalam hidup.

Sekejap sahaja, Sarah sudah melompat semula. Berlari anak dia menuju ke bucu ruang tamu. Beberapa buah buku yang ada di rak kecil itu, mula dibeleknya satu-persatu. Hashim mencapai remote control TV. Ditekannya butang berwarna merah.

Perlahan Jariah duduk di sebelah suaminya. Sambil memandang ke kaca TV, dia berkata, "Abang, macam mana hari ini? OK?"

Hisham menarik nafas dalam. Bibirnya diketap rapat. "Entahlah, Yang. Susah juga." Hisham menekan butang 'sound' dan menurunkan kadar bunyi TV.

Perlahan, Hisham menyambung, "Abang fikir, Abang kena juga buat keputusan." Hisham masih menimbang tentang perkara yang sudah difikirkannya sejak dua minggu lalu.

"Saya ikut saja, Abang. Lagipun, Abang kena jaga kesihatan." Jariah memandang wajah suaminya. Wajah lelaki yang memberikannya harapan dan kehidupan. Perlahan Jariah menyambung, "Kak Sabariah macam mana?"

Hisham diam. Dia sudah banyak berfikir tentang hal ini. Sabariah, isteri pertamanya bukanlah perempuan yang perlu bergantung kepada lelaki sepruh abad macam dia. Sudah banyak kali Sabariah menyatakan pendiriannya untuk hidup berdikari sahaja.

"Sayang macam mana? Sanggup hidup dengan Abang seadanya?" Hisham menduga. Dia tahu. Jariah bukanlah anak orang berada. Kehidupannya juga biasa sahaja. Sejak kecil, Jariah dibesarkan dengan cara hidup penuh sederhana.

Sesekali, Hashim rasa bersalah kerana menjadikan Jariah sebahagiand aripada jurnal hidupnya yang rumit itu. Tenang sahaja Jariah berkata, "Abang, saya ini, punya seorang suami pun sudah memadai."

"Abang tahu. Cuma, permintaan Kak Sabariah kamu itu, Abang bingung." Hisham diam.

Jariah menyandarkan kepalanya. Tiba-tiba, berat pula rasanya. "Saya yakin, Kak Sabariah tahu apa yang dibuatnya, Abang. Dia orang terpelajar. Bukan macam saya." Perlahan sahaja Jariah menyahut.

Hisham berpaling. Dipandangnya wajah isterinya itu. Jariah memicit kepalanya beberapa kali. Hisham menarik nafas panjang.

"Habis macam mana? Sayang setuju kalau Kak Sabariah buat keputusan macam tu?" Hisham perlu tahu apa yang Jariah fikirkan.

Jariah membetulkan duduknya. Bulat matanya memandang wajah Hisham. Tenang sahaja dia menjawab, "Biarlah Abang sahaja yang berbincang dengan dia."

Malam itu, Jariah bermimpi, dengan mimpi yang tidak pernah dia alami.

DUNIA Yang Aku TahuWhere stories live. Discover now