JODOH YANG TIDAK MENGERTI - 7

73 0 0
                                    


"Abang nak kopi?"

"Boleh juga. Ha, Abang ada beli kek pisang semalam. Abang letak atas rak tepi dinding. Cuba Dira tengok. Bolehlah potong sekali."

"Oh ya? Ok, nanti Dira sediakan."

Semenjak berpindah ke rumah Rahman, suaminya, Dira cuba membiasakan diri. Meskipun ada banyak yang tidak selesa, kekok di sini sana, Dira menjalankan hidup barunya dengan penuh harapan.

Tiba-tiba Rahman teringatkan sesuatu. "Dira, Sabtu ini ada program?"

"Tidak. Kenapa, Abang?"

"Ni, ada jemputan makan malam syarikat. Dira ikut sama ya."

"Abang ni. Bulan ini saja, sudah tiga kali Dira ikut majlis makan-makan. Macam ini, gemuklah Dira!"

Rahman ketawa. Sepeti biasa, tiga orang anaknya masing-masing keluar bermain di padang. Maklumlah. Anak lelaki meningkat remaja. Ada saja alasan mahu keluar berjumpa dengan kawan-kawan.

Rahman dari awal sudah buat perjanjian. Rahman sudah bilang. Urusan anaknya, biar dia saja yang menguruskan sepenuhnya. Dira menurut saja. Meskipun sesekali dia masuk campur, hanya apabila diminta oleh anak-anaknya.

*********

"Saya ini sudah tua. Kami berdua, hanya mahu yang baik untuk anak kami. Beginilah. Dira itu anak saya yang bongsu. Dia ini ada banyak kelemahan. Antaranya, dia tak pandai masak. Dia kuat makan.

Tapi Dira juga bercita-cita tinggi. Berjanjilah dengan kami. Selagi Dira mahu bekerja, memenuhi cita-citanya, izinkanlah. Selagi dia tidak melanggar batas agama, batas-batas sebagai seorang isteri, sokonglah dia sebagaimana saya dan ibunya menyokongnya.

Paling penting, pastikan Dira 'cukup makan'."

Rahman senyum sendiri. Perjanjian itu tersemat dalam diri. Terpahat dalam memori. Umpama perjanjian yang ditulis di azali. 

Tiada bukti. 

Tiada rujukan. 

Hanya janji yang dipegang sampai mati.

DUNIA Yang Aku TahuWhere stories live. Discover now