Aku terjaga pada jam 6 pagi.Aku mengeliat sedikit lalu bangun menuju ke tandas untuk membersihkan diri.Selesai mandi,aku menunaikan solat subuh.Selesai solat,aku bersiap-siap untuk ke hospital.Aku memakai Baju Kurung Pahang yang bewarna merah hati dan selendang hitam yang dililit mengikut trend terkini.Setelah itu,aku mengenakan solekan yang tipis.Aku seorang yang simple,memakai bedak dan lip balm sudah memadai.Sedang aku sibuk membetulkan tudung aku.Kedengaran suara mama dari tingkat bawah.
"Yana,kamu dah siap ke belum tu?"jerit mama dari bawah.
"Dah mama,kejap lagi yana turunlah."sahutku juga menjerit.
Selesai mengemaskan diri,aku mencapai beg tangan dan kot doctor yang terdapat di atas meja dan berjalan keluar dari bilik.Aku turun ke tingkat bawah,dan menghampiri mama,abah,angah dan along yang sedang bersarapan.Aku duduk berhadapan dengan along lalu memulakan sarapan.
"Along boleh tolong hantar yana pergi hospital tak?"soal aku pada along yang sedang sibuk membetulkan tali leher yang tidak kemas.Aku membantu along mengemaskan tali lehernya.Aku sudah terbiasa menguruskan semua ini.memandangkan aku anak perempuan tunggal dalam keluarga ni.Aku akan memakaikan tali leher untuk abah dan along jika mama sibuk memasak atau mengemas rumah.
"Sorry adik,along ada urgent meeting pagi ni.Adik minta tolong angah okey."kata along seusai aku habis membetulkan tali lehernya.Dia mengusap kepala aku dan terus memasuki keretanya selepas aku menyalam tangannya.Dia kelihatan tergesa-gesa.
Aku mendekati pula angah yang sedang berjalan mendekati aku.
"Angah Adik nak minta to...."bicara aku terhenti apabila angah berkata,"hah adik kau menung apa lagi tu,kata nak pergi hospital,jom lah angah hantarkan."kata angah.
Aku terkedu.uishh angah ni macam tau2 je aku nak suruh dia hantar aku.Memang terbaiklah angah.Aku menyarung kasut dan menaiki kereta angah.Selepas 30 minit memandu,kereta angah tiba di hadapan hospital.Aku menyalami tangan angah dan berkata"hah angah adik x confirm balik pukul berapa,tapi nanti adik kol angah ok."kataku.Angah hanya mengangguk dan mengusap kepalaku sambil berkata"buat kerja tu elok2 tau.Jangan bagi orang marah dengan adik okey."kata angah.Aku tersenyum lalu mengangguk.
Aku memasuki bangunan hospital yang berdiri gah dihadapan mata aku.Aku berjalan ke bilik pengarah hospital dan memberitahunya tentang kemasukan aku pada hari ini.Dia membawa aku ke bilikku dan memperkenalkan aku kepada semua doktor yang ada di jabatan yang sama dengan aku.Doktor yang lain dia cakap aku akan kenal perlahan-lahan.ye lah doktor dekat sini kan ramai,takkan semua dia nak kena kenalkan dekat aku.Aku merupakan doktor kanak-kanak.Aku memulakan pekerjaan aku hari ini dengan penuh semangat.aku diajar bagaimana mahu memulakan kerja aku.Alhamdulillah semua doktor senior disini tidak garang seperti yang aku bayangkan.Mereka semua baik dan lawak.Aku mempelajari semua benda dengan baik sekali.mereka cakap besok baru aku mulakan kerja merawat.hari ini aku membaca semua profile pesakit yang diletakkan di bawahku dan profile mengenai hospital ini.
Bersambung....
P/s:maaflah kalau novel sis ni tak menarik,dan maaf jugak kalau ada typo.harapa korang sudi vote dan comment novel sis ni okey.that's all thank you.
YOU ARE READING
Akankah Dia Menjadi Milikku.[OG]
RomanceDia lelaki yang luar biasa, tingkah lakunya menambat hatiku, walaupun sikapnya agak menjengkelkan,' mampukah aku bertahan untuk meraih sedikit cinta darinya? # Jemputlah baca story yg tak seberapa ni.. Maaflah sis tak pandai sangat tulis sinop...