Bab 9

9 1 0
                                    


Adriyana cuba untuk menghidupkan enjin keretanya sekali lagi. Aduh masa-masa macam inilah kau nak buat hal pon keretaku sayang. Sudahlah kawasan ini suram gila. Beg tangan diselongkar. Telefon pintarnya dikeluarkan. Nombor telefon along didail. " Assalamualaikum along, boleh tak tolong ambil yana dekat bus stand dekat dengan hospital tempat kerja yana. Kereta ni tiba-tiba meragam pulak. Sudahlah kawasan ini sunyi." Kata Adriana pada alongnya setelah panggilan dijawab. " okey boleh. Tapi along lambat sikit tau. Sebab along dekat office lagi ni. Adik duduk dalam kereta diam-diam. Kunci pintu kereta tu. Jangan bukak walau siapa pun yang ketuk. Kecuali kalau adik kenal orang tu." Pesan Adriz pada adik bongsunya.

Adriyana menekan butang lock pada pintu keretanya. Telefon pintar dicapai. IG discroll bagi menghilangkan bosan. Sedang asyik dia bermain telefon tiba-tiba ada seseorang mengetuk cermin keretanya. Terhinjut bahu adriyana akibat terkejut. Muka diangkat. Ternyata Tengku Adam yang mengetuk cermin keretanya. Eh apa yang walid si Amilia ni buat kat sini malam-malam ni. Pintu kereta dibuka sedikit. " Ya ada apa yang boleh saya bantu?" soal adriyana pada tengku adam. " Apa yang awak buat malam-malam macam ni dekat sini. Awak tu perempuan. Berhenti tempat-tempat sunyi macam ni tak takut ke?" soal tengku adam dengan wajah dinginnya. Sedikit pun dia tidak tersenyum. Adriyana mencebikkan bibirnya. Ek eleh mamat ni kerek gila. Dah la muka tu ketat je. Apa la salahnya kalau senyum sikit. Senyum tu kan sedekah. Adriyana mengutuk didalam hati. " Maaf ye tengku, saya pun belum gila lagi nak berhenti saja-saja tepi jalan macam ni. Masalahnya sekarang ni enjin kereta saya ni tiba-tiba je mati. Saya dah call abang saya kejap lagi sampai la kut. Dia dekat office lagi waktu saya call tadi." Kata adriyana. Tengku adam mengangguk sedikit. " macam ni lah awak call abang awak dan bagitahu dia yang awak ikut saya. Lagipun bahaya kalau saya tinggal awak dekat sini . esok pagi saya hantarkan awak balik. Sekarang ni awak ikut saya balik rumah mama saya dulu" kata tengku adam.

Adriyana berfikir seketika. Akhirnya dia bersetuju. Takut juga dia nak tinggal seorang diri disini. Beg tangan dicapai. Mesej ditaip lalu dihantar kepada alongnya. Semoga sahaja along tak mengamuk.Adriyana berdoa didalam hati. Along seorang yang agak protective. Terutamanya dengan adriyana. Satu-satunya adik perempuannya. Kereta adam mula bergerak meninggalkan bus stand tersebut.

Setelah hampir 30 minit memandu akhirnya kereta adam memasuki sebuah rumah banglo 3 tingkat. Kereta diparkir di dalam garaj. Beg bimbitnya dicapai. Adriyana digamit agar mengikutinya. Kedatangan adriyana sudah dimaklumkan kepada mamanya semasa didalam kereta lagi. Risau juga andai mamanya berfikir yang tidak-tidak jika melihat dia membawa pulang anak dara orang ke rumah.

Puan hani dan tengku akmal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bingkas bangun apabila menyedari kedatangan adriyana dan adam. Puan hani menarik tubuh adriyana kedalam pelukannya setelah adriyana mencium tangannya. Adriyana ditarik untuk duduk di sofa. Mereka berborak seketika. Sedang puan hani berborak dengan adriyana kelihatan amilia sedang menuruni anak tangga sambil menggosok matanya. Mungkin terjaga dari tidurnya. Tubuh Adam didekatinya. Amilia memanjat riba adam. Leher adam dipeluk. " walid kenapa walid balik lambat sangat ni. Lama lia tunggu walid." Soal amilia pada adam. Wajahnya dimasamkan sedikit. Adam tersenyum nipis. Rambut amilia dibelainya. " Sorry sayang, tadi walid tolong aunty tu. Kereta dia rosak sayang."kata adam sambil menunjuk kearah adriyana. Amilia berpaling melihat kearah yang ditunjuk oleh adam. " eh2 aunty doctor la. Assalamualaikum aunty." Kata amilia lalu meluru kearah adriyana. Pinggang adriyana dipeluk erat. Adriyana tersenyum. Dia mengusap kepala amilia lalu mencium kedua-dua belah pipi tembam amilia.

Setelah puas berborak, akhirnya puan hani mengajak adriyana untuk berehat. Mereka melangkah beriringan ke tingkat atas. Sebuah bilik dimasuki mereka. " ini bilik tetamu. Yana boleh tidur disini malam ni. Ni pulak baju anak perempuan aunty." Kata puan hani lalu menghulur sehelai t-shirt lengan panjang dan track suit. Adriyana menyambut huluran tersebut. " terima kasih aunty."kata adriyana.

" nenek boleh tak kalau lia nak tidur dengan aunty malam ni."soal Amilia kepada puan hani. " eh mana boleh kacau aunty nak rehat. Lia kan selalu tidur dengan walid." Kata puan hani. Wajah ceria amilia berubah muram. Adriyana yang melihat jatuh kasihan. " eh tak apa aunty saya tak kisah pun kalau amilia nak tidur dengan saya." Kata adriyana. Puan hani memandang wajah adriyana. " betul ni yana tak kisah. Kalau macam itu tak apalah. Aunty cuma risau kalau amilia ganggu kamu nak rehat." Kata puan hani.Adriyana menggeleng tanda amilia langsung tidak menganggu. Setelah itu, puan hani pun meminta diri untuk masuk tidur.

Tangan amilia dipimpin masuk ke bilik tetamu tersebut. Selepas membersihkan diri adriyana membaringkan diri disebelah amilia. Selimut ditarik menutupi tubuh kecil amilia. Seketika kemudian tubuh kecil itu berpaling menghadap adriyana lalu memeluk adriyana erat. Adriyana tersenyum. Tubuh kecil amilia dipeluk kembali. Beberapa surah pendek dibaca.setelah beberapa minit adriyana pun terlelap.

Adam menolak perlahan pintu bilik tetamu yang didiami oleh adriyana. Pada mulanya dia berniat untuk mengambil amilia. Namun apabila melihat amilia yang nyenyak tidur didalam pelukan adriyana membuatkan dia membatalkan hasratnya. Nasib sahaja adriyana tidak menanggalkan tudungnya. Adam terpaku melihat permandangan indah itu. Hatinya sedikit terusik. Dia tahu amilia rindukan dan dambakan belaian kasih seorang ibu. Namun apakan daya adam juga harus berhati-hati dalam memilih teman hidup agar amilia tidak terseksa dikemudian hari. Pintu bilik tersebut ditutup perlahan.

Puan asphanim gagal melelapkan matanya. Dia risaukan anak gadisnya. Walaupun sudah diberitahu oleh anak sulungnya bahawa adriyana menginap dirumah keluarga pesakitnya. Hatinya masih tidak tenteram. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya. Tambahan pula anak gadis satu-satunya. Belakang tubuh suaminya dipandang. Setelah penat berfikir akhirnya dia terlelap jua.

Adriyana mencelikkan matanya perlahan apabila alarm telefonnya berbunyi. Dia bangun dan duduk menyandar di kepala katil. Amilia yang masih nyenyak tidur dikejut perlahan. " lia sayang, bangun sayang. Bangun cuci muka lepas kita solat eh." Kata adriyana sambil tangannya menepuk bahu amilia lembut. Amilia mulai terjaga. Tangannya tergapai-gapai ingin memeluk adriyana. Adriyana mengangkat tubuh kecil amilia lalu diletak di atas ribaannya. " aunty lia nak mandi dulu baru solat." Kata amilia. Adriyana tersenyum nampaknya amilia memang telah dididik untuk solat dari kecil. Tubuh kecil amilia turun perlahan-lahan dari katil.

Selesai solat subuh berjemaah berimamkan adam. Adriyana melangkah masuk ke bilik tetamu kembali. sejujurnya dia agak terpaku tatkala mendengar suara adam yang begitu merdu ketika mambaca surah. Dia meminjam baju kurung kepunyaan anak perempuan puan hani. Tudung semalam dipakai kembali. Nasib baik saiz badan kami tidak jauh beza. Selesai sarapan aku menaiki kereta tengku adam untuk pergi ke hospital.

Setelah sampai di hospital adriyana turun dari kereta adam. " terima kasih tengku. Tolong sampaikan pada aunty baju ni nanti saya pulangkan hari check up amilia yer." Kata adriyana pada adam. Adam hanya mengangguk. Setelah itu kereta adam pun berlalu dari perkarangan hospital tersebut.

Jubah doctor disangkut pada kerusi pejabatnya. Dia mencapai purse dan mendekati tehah yang sedang menanti dihadapan pintu. Kami melangkah beriringan menuju ke café. Selesai lunch, kami lepak seketika. " beb, kau pergi mana semalam. Mama kau call aku tanya tentang kau. Aku cakap la yang shif aku habis awal. So aku tak tahu kau dah balik ke belum." Kata tehah. Adriyana hanya mengangguk. " ala malam semalam habis je shif aku terus balik tapi kereta aku buat hal pulak. Tiba-tiba je rosak. Gelabah la aku. Aku call along tapi dia lambat sikit. Tup-tup muncul bos anis. Tengku adam. Dia tumpangkan aku tapi balik rumah mama dia la sebab dah lewat waktu tu. Aku pun ikut ja la lagipun aku kenal keluarga dia. Budak kecik yang aku rawat secara peribadi tu anak saudara dia. " cerita adriyana panjang lebar.tehah mengangguk tanda mengerti. " by the way hensem tak beb tengku adam tu?"soal tehah dengan riak gatal.

Adriyana menampar bahu tehah perlahan. " gatal kau kan. Hensem je tak guna beb kalau tak pandai senyum." Kata Adriyana. Mereka ketawa bersama.

TBC....

Akankah Dia Menjadi Milikku.[OG]Where stories live. Discover now