Hujung minggu itu rumah banglo 2 tingkat adriyana dipenuhi dengan sanak saudara terdekat. Riuh rumah tersebut dengan jenaka dan suara kanak-kanak. Adriyana ada ramai saudara mara. Abahnya anak sulung dari 4 adik beradik. Mamanya pula anak ketiga dari 5 adik beradik. Adriyana duduk bersama sepupu-sepupu perempuannya. Mereka sibuk menyiapkan bunga telur serta goodies. Keluarga adriyana lebih suka bergotong-royong jika ada apa-apa majlis.
" weh sha, macam mana dengan life kau sekarang. Dah ada mr right ke belum?"soal Asyiqin. Adriyana memandang wajah sepupunya seketika. " ish apa benda la kau ni. Aku ni siapa aja la yang nak. Muka pun tak seberapa."kata adriyana. " ek eleh minah ni. Cakap je lebih. Suka sangat rendah diri padahal dah berapa pinangan kau tolak sejak dari kau graduation hah."kata asyiqin sambil menolak bahu adriyana perlahan. Sepupu mereka yang lain hanya melihat dan menyampuk perbualan itu sekali sekala.
Sedang asyik adriyana membuat kerjanya, tiba-tiba kedengaran suara seseorang melaungkan salam. Adriyana bangkit dari duduk. Dia berjalan kearah pintu yang terbuka luas itu. Ternyata keluarga amilia dah tiba. Amilia yang melihat wajah adriyana terus sahaja menerpa kearahnya. Adriyana menyambut tubuh kecil amilia. " ya allah sayang jatuh nanti." Kata adriyana. Amilia tersengih. " jemput la masuk uncle aunty. Kenapa awal sangat datangnya ni. Kendurinya esok. Harini akad nikah ja. Malam selepas maghrib." Kata adriyana.
" eh tak apa. saja je aunty datang awal sebab nak tolong-tolong. Boleh juga kita eratkan silaturahim." Kata puan hani. Adriyana tersenyum. Dia menjemput puan hani dan tengku akmal untuk masuk. Tengku akmal memilih untuk pergi ke luar rumah. Tempat para lelaki sibuk membersihkan laman rumah serta mendirikan khemah. Puan hani, adriyana dan amilia melangkah masuk. Adriyana memanggil mamanya yang asyik memasak. Puan as berpaling apabila mendengar suara anak gadisnya. " mama ni la aunty hani. Nenek kepada patient yana yang yana cerita tu." Kata adriyana kepada puan as sekaligus memperkenalkan puan hani. Puan hani dan puan as berjabat tangan. Mereka tersenyum sesama sendiri. " yang comel ni pulak tengku amilia riyana." Kata adriyana memperkenalkan amilia pula. Puan as tunduk mencubit pipi gebu amilia. " ya allah comelnya lahai. Ee geramnya tok ma tengok ni. Lia panggil tok ma okey." Kata puan as kepada amilia. Amilia tersenyum comel.
Puan hani duduk menyertai para ibu yang sedang memasak didapur. Adriyana menarik amilia bersamanya. Amilia dibawa ke tempat mereka menyiapkan goodies tadi. Tubuh kecil amilia ditarik ke riba. Asyiqin serta sepupu-sepupu adriyana yang perasan kehadiran si comel amilia, mencuit-cuit pipinya.ye lah amilia memiliki sepasang mata biru cair. Kata puan hani tengku akmal merupakan kacukan. Tengku adam serta arwah abangnya menurun genetic dari tengku akmal manakala anak bongsu mereka mengikut puan hani yang bermata hazel. " ee...anak sapa kau sauk ni sha. Comelnya ya allah. Dengan blue eyesnya. Subhanallah... comel sangat ni.geram aku." Kata asyiqin. Amilia yang merasa semua orang memerhatikan dia tertunduk malu. Adriyana tergeleng-geleng melihat tingkah sepupunya itu. " haah... anak sapa ni sha?"soal kak fira serta kak fiqa.
Adriyana memeluk amilia. " ermm ini tengku amilia riyana, dia ni pesakit sha merangkap anak angkat sha. Dia anak yatim piatu. Menghidap masalah jantung sejak kecil." Cerita adriyana. Mereka yang lain terpaku seketika. " ya allah kasihannya. Kecil-kecil dah banyak dugaan." Kata sara pula. Adriyana mengangguk. " umi, boleh tak lia nak tolong?"soal amilia. Adriyana mengangguk. Amilia tersenyum ceria. Dia membantu memasukkan gula-gula kedalam bekas kecil. " lia, mana walid lia dia tak datang ke?"soal adriyana. Seketika kemudian dia menampar mulutnya perlahan. Dah kenapa pulak dia pergi tanya pasal mamat beku tu. Amilia memandang adriyana. " walid cakap dia datang tengahari sikit sebab gantikan atuk handle meeting di office kejap." Balas amilia. Adriyana mengangguk.
" eh siapa pula yang lia panggil walid tu. Kau cakap dia anak yatim piatu." Soal asyiqin hairan. " yang amilia panggil walid tu ayah saudara dia. Adik kepada arwah daddy dia. Walid dia tu la yang jaga dia lepas mummy dan daddy dia meninggal." Cerita adriyana. Mereka yang lain mengangguk. " erk ehem... jangan-jangan kau ada apa-apa tak dengan walid si lia ni. Tu pasal yang tiba-tiba panggil umi tu."kata asyiqin dengan nada mengusik. Adriyana menampar bahu asyiqin. Penumbuk diacu. Asyiqin ketawa mewah. " oittt anak-anak dara sekalian. Apasal gelak sakan sangat tu. Aku ketuk guna senduk ni karang." Jerit opah dari dapur. Asyiqin yang sedang ketawa terdiam. Kami yang lain ketawakan asyiqin pula. Wajah dia berubah cemberut.
" umi, boleh tak lia nak main dengan diorang?."soal amilia lantas menunjuk kearah anak-anak saudara adriyana. Adriyana mengangguk. " tapi ingat tau sayang jangan lari-lari. Nanti sayang sakit. Lepastu kalau rasa sakit ke apa ke suruh diorang panggil umi okey."pesan adriyana panjang lebar. Amilia mengangguk. Adriyana kembali menyambung pekerjaannya.
Petang itu keadaan di luar rumah semakin riuh. Adriyana jalan sambil menatang dulang yang berisa satu jug kopi ais dan teh ais. Beberapa biji gelas turut dibawa. Terdapat juga beberapa jenis kuih muih. Semuanya untuk kaum adam yang giat bekerja diluar. Setelah siap menghidang kaum adam dijemput untuk makan.
Adriyana terkejut tatkala ada satu tangan yang menghulurkan gelas kearahnya. Dia mengangkat wajah. Dia terpana tatkala wajah adam menghiasa kornea matanya. Encik nazarane yang melihat anak gadisnya termenung itu berkerut hairan. Seketika kemudian dia tersenyum. Fahamlah dia, dia juga biasa muda. Lengan anak gadisnya ditepuk lembut. Adriyana tersentak dari lamunannya. Dia memandang wajah abahnya. " kenapa abah?." Soal adriyana. " apa yang yana menungkan tu. Tuangkan air untuk adam. Kesian lenguh kawan pegang gelas tu." Kata encik nazarane. Adriyana tersipu malu. Gelas ditangan adam dicapai. Air dituang memenuhi gelas. Aqram yang melihat wajah adiknya memerah mula tersengih nakal. " abah ada orang tu kan dia blushing semacam je. Ada apa-apa yang kita tak tahu ke?."usik aqram. Adriyana menjegilkan matanya. Lengan angahnya dicubit kuat. Terjerit aqram dibuatnya. " ya allah abah ganasnya anak dara abah ni. Macam mana la kalau jadi bini orang nanti. Habis lebam badan laki dia abah kena cubit." Aqram semakin giat mengusik.
Adriyana menghentak kakinya ke tanah tanda protes. Wajah abahnya direnung meminta tolong. Encik nazarane ketawa. " sudahlah tu angah jangan diusik adik kamu tu."kata encik nazarane. Lengan anak lelaki keduanya itu diketuk perlahan. Adriyana menayang riak wajah padan muka apabila abahnya membela. Adam tersenyum dalam diam. Lucu melihat telatah manja adriyana. Tiba –tiba telefon pintar adriyana berbunyi. Adriyana membuka password telefonnya.
Jumpa saya kejap dekat kereta saya
~ tengku adam~
Dahi Adriana berkerut membaca mesej dari tengku adam itu.dia menekan keypad untuk membalas mesej tersebut.
Ada apa ye tengku?.
~ Adriyana~
Saya nak bagi barang amilia. Baju dan sebagainya.
~ tengku adam~
Baiklah tengku. Jumpa dekat kereta.
~ adriyana ~
Selesai berbalas mesej. Mereka beredar secara perlahan-lahan dari situ. Adriyana dan adam bertemu di kereta milik adam. Pintu belakang keretanya dibuka. Beg kecil bercorak Barbie dicapai. Beg tersebut diserahkan kepada adriyana. " terima kasih sebab tolong jagakan amilia hari ini!"kata adam dengan nada dinginnya. Adriyana hanya mengangguk. Seketika kemudian mereka beredar dari situ. Adriyana masuk ke dalam rumah. Tubuh kecil amilia dicari. Apabila ternampak susuk tubuh amilia yang sedang seronok bermain dengan anak saudara adriyana langkah kaki diatur laju menuju kesitu. " amboi seronoknya princess umi ni main dekat sini. Dah jom mandi. Lepas mandi kita makan petang okey. Lepas tu lia kena tidur sekejap. Sebab kena makan ubat. Okey sayang." Kata adriyana kepada amilia sambil mengusap rambut amilia. Amilia mengangguk. Adriyana menarik tangan amilia menuju ke biliknya. Sebelum itu sempat lagi dia menyuruh anak-anak saudaranya naik mandi. Dah berlengas badan masing-masing. Asyik sangat bermain.
Tubuh amilia yang basah dilap lembut. Beg Barbie amilia dibuka. Sehelai seluar 3 suku dikeluarkan berserta tshirt lengan pendek. Pakaian tersebut disarung ke tubuh comel amilia. Setelah itu mereka turun untuk makan petang. Amilia berjalan keluar rumah. Wajah walidnya dicari. Apabila terpandang wajah adam yang sedang berbual dengan aqram serta adriz terus dia menerpa kearah walidnya. Tubuh kecil amilia adam angkat lalu diriba. " eh eh anak walid dah mandi eh. Wanginya dia. Siapa yang mandi dan siapkan lia ni sayang." Soal adam. Pipi amilia dikucup geram. " umi yang mandikan dan siapkan lia."balas sicilik itu. Adam mengangguk. Adam menyuap kuih kemulut amilia. Air milo juga turut diberikan. Adriyana mendekati dengan membawa ubat ditangan. Ubat dihulurkan kepada adam. Adam menyambut lalu ubat itu disuap kepada amilia. Anak kecil itu hanya menerima. Mungkin sudah lali dengan rasa pahit ubat tersebut.
Setelah itu adriyana membawa amilia masuk untuk ditidurkan. " erk ehem. Lama nampak bro kau usya adik aku tu."usik aqram. Adam menumbuk perlahan bahu aqram. Geram dengan lelaki itu yang dari tadi tak habis-habis mengusik. Aqram tersengih. Kemudian mereka menyambung pekerjaan masing-masing.
TBC...
YOU ARE READING
Akankah Dia Menjadi Milikku.[OG]
RomanceDia lelaki yang luar biasa, tingkah lakunya menambat hatiku, walaupun sikapnya agak menjengkelkan,' mampukah aku bertahan untuk meraih sedikit cinta darinya? # Jemputlah baca story yg tak seberapa ni.. Maaflah sis tak pandai sangat tulis sinop...