Bab 11

9 1 0
                                    


Amilia berjalan terjengket-jengket menuju ke bilik kerja walidnya. Dia menolak perlahan pintu bilik tersebut. Kelihatan adam yang tekun membuat kerja sehingga langsung tidak sedar akan kehadiran si kecil itu. Amilia berjalan kearah walidnya. Seluar track suit walidnya ditarik perlahan. Adam yang terasa seluarnya ditarik memandang ke bawah. " eh eh sayang walid buat apa datang sini. Kenapa tak tidur lagi ni sayang?." soal adam sambil mengangkat tubuh kecil amilia keatas ribaannya. Wajah sikecil itu dicium geram. Comel sangat.

" walid boleh tak lia nak tanya walid sesuatu. Tapi janji dulu jangan marah."kata amilia. Adam mengerutkan dahinya seketika. " haa, yelah walid tak marah. Kenapa ni sayang nak tanya apa?"soal adam lembut. " boleh tak kalau lia nak panggil aunty doctor umi.?"soal amilia perlahan. Matanya dibulatkan agar kelihatan comel. Adam terpaku seketika. Dia agak terkejut mendengar permintaan gadis kecil itu. Adam berdeham perlahan. " erm, lia dah cakap dengan aunty ke belum? Aunty kata apa dekat lia?."soal adam. " lia dah tanya aunty. Aunty cakap tanya walid dulu kalau walid bagi barulah boleh panggil aunty umi."balas amilia. Adam sekali lagi terdiam. Setelah berfikir selama beberapa minit akhirnya adam mengangguk.

Amilia yang melihat isyarat walidnya terus menjerit kecil. Dia teruja akhirnya dia akan mendapat seorang umi. Amilia sangat menyayangi adriyana. Bagi dia adriyana pandai melayan karenahnya serta memahami dirinya. Dia kalau boleh ingin walidnya bersatu dengan adriyana. Namun didiamkan sahaja hasratnya itu. Risau andai dia memberitahu walidnya, adam bakal marah. Biarlah perlahan-lahan dia berusaha untuk merapatkan kedua-dua mereka. Otak kecil amilia ligat berfikir cara untuk menyatukan walid dan uminya. Haihh pandai sungguh sikecil ini.

Sudah hampir sebulan adriyana tidak berkesempatan untuk menjenguk amilia. Dia agak sibuk di hospital. Hari ini dia akan menjenguk sikecil itu sekaligus membuat check up. Baju kurung moden bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah dipakai. Tudung bawal dipin kemas. Jubah doctor serta beg tangannya dicapai. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama keluarga tercinta. Tubuh mamanya yang asyik memasak ditepuk perlahan. " oh mak kau terpeleot."latah puan aspahanim. Adriyana ketawa terbahak-bahak. Lucu mendengar latahan ibunda tercinta. Puan as yang mendengar gelak ketawa anak gadisnya pantas saja mencubit lengan adriyana. " ish.. kamu ni yana. Suka sangat tau kacau mama. Sekali mama hempuk pakai senduk ni baru tahu rasa." Marah puan as. Adriyana pantas memeluk lengan mamanya. " alah.. sorry la mama. Yana niat nak bergurau je. Sorry eh mama ku sayang." balas adriyana sambil mencium pipi mamanya. Puan as tersenyum. Dirinya mudah terpujuk dengan ciuman dari anak-anaknya. Melihat wajah ibunya yang kembali tersenyum membuatkan adriyana lega. Dia pantas menbantu mamanya. Cawan serta beberapa biji pinggan nasi dicapai lalu dibawa ke ruang makan. Air juga turut dibancuh. Dirinya sudah terbiasa untuk membantu ibunda tercinta.

Mama tidak ingin mengambil pembantu rumah walaupun abah lebih dari mampu. Mama cakap biarlah mama yang mengurus sendiri suami serta anak-anak tercintanya. Setelah semua berkumpul di meja makan kami pun mula bersarapan. " mama yana ingatkan untuk majlis pertunangan along nanti tu kan. Yana nak jemput aunty hani satu family boleh tak mama? Alang-alang tu boleh la mama jemput dengan amilia tu. Mesti ma akan jatuh sayang dengan dia ma. Comel gila budak tu."kata Adriana kepada puan as. Puan as mengangguk tanda bersetuju. Selesai sarapan kami bergerak ke tempat kerja masing-masing. Along dan abah ke office. Angah dirumah je la maklumlah masih belum ada flight kemana-mana.

Adriyana memandu kereta axia kesayangannya menuju ke rumah agam milik tengku akmal. Hon dibunyikan. Seketika kemudian, seorang pengawal keselamatan datang dan membuka pagar. Adriyana memandu masuk ke dalam. Amilia yang tahu akan kehadiran adriyana terus berlari anak kearah adriyana. Tubuh adriyana dipeluk erat. " umi, lia rindu sangat dengan umi. Kenapa umi lama tak jenguk lia. Lia ingat umi dah lupakan lia." Soal amilia dengan wajah cemberutnya. Adriyana tersenyum. " sayang kenapa lia lari-lari ni. Kan umi dah pesan lia tak boleh lari. Nanti lia sakit. Sorry la sayang bukannya umi sengaja tak datang tapi umi sibuk sangat. Banyak pesakit dekat hospital tu. Sampai umi taka da masa nak tidur tau." Kata adriyana bersama riak sedih. Ingin menarik simpati anak kecil itu. Amilia yang mendengar luahan hati uminya terus memeluk uminya erat. Belakang badan adriyana diusap lembut. Adriyana ketawa melihat tingkah amilia. Hilang segala rasa tertekannya selama ini. Sesungguhnya anak ini benar-benar boleh mendamaikan hati sesiapa sahaja.

Selepas melakukan check up keatas amilia adriyana meminta diri untuk ke hospital. " aunty, hujung minggu ni, abang sulung yana nak bernikah jadi yana nak jemput aunty sekeluarga ke rumah yana ye." Kata adriyana kepada puan hani. " ye baiklah yana. Insyaallah hujung minggu ni aunty sampai." Balas puan hani. Adriyana mengangguk. " kalau boleh yana nak minta izin nak bawa amilia ke shopping mall petang nanti aunty. Yana nak beli baju untuk kenduri nanti."kata adriyana meminta izin kepada puan hani. Puan hani mengangguk tanda dia mengizinkan. Setelah itu adriyana pun bergerak ke hospital.

Selesai sahaja shifnya pada petang itu adriyana terus mengambil yana di rumah tengku akmal. Kebetulan pula tengku adam baru sahaja pulang dari pejabatnya. Dahi adam berkerut melihat anak saudaranya yang bersiap cantik dipimpin oleh adriyana. " eh eh.. awak nak bawak amilia kemana ni?."soal adam. Langkah adriyana dan amilia terhenti. " maafkan saya tengku. Saya minta izin nak bawak amilia ke shopping mall kejap boleh?"soal adriyana. Adam mengangguk. " boleh tapi saya nak ikut sekali. Bukannya apa saya dah banyak kali janji dengan lia nak bawak jalan-jalan tapi tak berkesempatan. Kita naik kereta saya." Kata adam. Adriyana mengangguk tanda bersetuju. Mereka menaiki kereta adam menuju ke pusat membeli belah pavilion. Amilia berjalan ditengah diantara adriyana dan adam. Tangan kecilnya memegang sebelah tangan adam manakala sebelah tangan lagi memegang tangan adriyana. Jika dilihat sekali imbas pasti orang kata keluarga bahagia. Pandai benar sikecil tu. Mereka masuk ke sebuah butik pakaian wanita. Adriyana memilih sepasang baju kurung moden berwarna ungu violet dan sepasang lagi berwarna pink pastel. Dia mencuba pakaian tersebut dan menanyakan pendapat amilia. " cantik tak baju ini sayang." soal adriyana kepada amilia. " wah cantiknya umi." Kata amilia. Adriyana yang mendengar terasa bangga. " cantikkan umi walid." Soal adriyana pada adam. Adam yang terkaku seketika tadi hanya mengangguk. Wajah adriyana memerah. Agak malu melihat adam mengangguk. Adriyana juga memilih baju kanak-kanak senada dengan bajunya. Amilia pula mengajak adam ke butik sebelah yang merupakan butik pakaian lelaki. Baju melayu yang senada dengan baju uminya dicapai. Ditolak walidnya ke dalam bilik persalinan. Setelah berpuas hati dengan pilihannya amilia menyuruh adam membayar baju yang diambil. Adam menggeleng kecil. Ada sahaja anak saudaranya ini.

Selesai membeli pakaian mereka pun pulang ke rumah. Adriyana pulang ke rumahnya diiringi kereta adam dari belakang. Itupun puan hani yang menyuruh. Risau jika adriyana pulang sendirian. Adriyana memarkirkan kereta di dalam garaj. Dia berjalan ke kereta adam. " terima kasih tengku sebab iring saya balik. Maaflah kalau menyusahkan." Kata adriyana. " sama-sama. Tak apa lagipun bahaya kalau awak balik sendiri. By the way panggil adam je lah. Tak payah tengku-tengku. Saya minta diri dulu." Kata adam. Kereta adam bergerak meninggalkan kawasan perumahan adriyana.

Adriyana melangkah masuk kedalam rumahnya sambil mengucapkan salam. Kelihatan ma dan abahnya sedang menonton televisyen. Angahnya juga ada. Dia mendekati mereka lalu tunduk mencium setiap tangan disitu. Setelah itu, dia melangkah naik ke tingkat atas. Encik nazarane dan puan as hanya memandang langkah anak gadis mereka. Mereka tidak terlalu risau kerana mereka tahu dengan siapa adriyana keluar. Tengku adam ada menghubungi mereka dan meminta izin untuk membawa adriyana keluar. Mereka berkenan dengan sikap sopan santun adam. Namun mereka tidak ingin memaksa. Biarlah anak-anak mereka menentukan pasangan hidup masing-masing. Selesai membersihkan badan, adriyana membaringkan diri diatas katil queennya. Dia termenung seketika sebelum terlelap. Haihh asyik termenung saja cik adriyana kita nih. Entah apalah yang dimenungkan itu. Malam itu berlalu dengan pantas.

TBC...

Akankah Dia Menjadi Milikku.[OG]Where stories live. Discover now