" good morning ma,abah." ucapku. Aku mendekati abah dan mamanya dicium mesra. dah menjadi rutin harian sejak kecil. Kerusi disisi mama diduduki. " good morning too sayang. sha kerja tak harini? ". soal Puan Aspahanim kepada Adriyana. " kerja la ma. tapi harini sha kena singgah rumah tengku akmal dulu untuk buat check up dekat amilia. lepas tu baru sha pergi hospital. lagipun sha dah maklumkan kepada pihak hospital. lagipun sha tak sampai hati nak tolak permintaan milia tu mama. kesian kecil-kecil dah ada penyakit kronik. comel budaknya mama. nanti kalau ada masa sha minta izin nenek dia bawak dia kerumah kita." bicara aku panjang lebar.
selepas sarapan pagi. aku memandu kereta menuju ke rumah tengku akmal. Selepas 30 minit memandu aku tiba di hadapan semua rumah banglo 3 tingkat. " masyaallah ini rumah ke istana. besar ya amat. uishh macam mana la pembantu rumah mereka kemas rumah ni. taubat penat. " aku membebel perlahan. aku menyapa pengawal keselamatan yang sedang bertugas. " Assalamualaikum pak cik. maaf ganggu . boleh saya berjumpa dengan puan hani? " soalku. Pak cik tersebut memandang aku atas bawah sebelum bersuara. " cik ni siapa ya? " soalnya. aku tersenyum. " saya doktor peribadi amilia. nama saya Nur Adriyana Natasha. " balasku lalu memperkenalkan diri. Pak cik tersebut kemudian berlalu ke pondok pengawal. kelihatan dia menelefon seseorang. setelah beberapa minit menunggu pak cik itu mendekati aku. " baiklah cik. puan besar izinkan cik masuk. cik boleh bawa kereta cik masuk ke dalam ye." katanya. " terima kasih pak cik. " kataku. " cik boleh panggil pakcik pak din . " balasnya sambil tersenyum.
Aku melangkahkan kaki masuk kedalam banglo milik tengku akmal. mata aku meliar memandang reka bentuk dalaman banglo tersebut. " cantik dan elegent." bisik hatiku. sedang aku asyik memerhati sekeliling rumah tersebut. tiba-tiba ada sepasang tangan kecil memeluk pinggang aku. aku terkejut seketika sebelum tersenyum . wajah ceria milik amilia membuatkan aku tersenyum . " kasihan sekali anak sekecil ini diberikan dugaan yang amat berat. Sepatutnya diusia sebegini dia bebas bergerak kesana-kesini.bebas bermain apa sahaja yang dia kehendaki. Namun akibat sakit yang dihidapinya membuatkan kebebasannya tersekat. ditambah pula bergelar anak yatim piatu diusia sekecil ini. ya allah berkatilah hidup anak kecil ini." bisik hati kecilku. air mata yang berlinangan dihapus.Aku memeluk tubuh kecil amilia dengan erat. tubuhnya aku angkat ke riba aku.Rambutnya aku usap perlahan.
Setelah selesai melakukan check up kepada amilia. aku memandu ke hospital untuk memulakan tugasan aku sebagai doktor. setibanya aku di ruangan kerja aku. aku mencapai kot doktor lalu aku pakai. kaki melangkah menuju ke wad pesakit. aku memulakan rondaan. sejujurnya aku amat menyukai kanak-kanak. semua kanak-kanak disini aku anggap seperti ahli keluarga aku. aku akan cuba sedaya upaya untuk merawat mereka. Dikalangan adik beradik aku, hanya aku yang mengikut jejak langkah mama. mama dahulu merupakan seorang doktor pakar dalam bidang cardiologist. Bertemu dengan abah yang merupakan seorang businessman. Abah berkenalan dengan mama yang merupakan doktor peribadi atuk. aku tersengih sendiri apabila mengenangkan kisah percintaan abah dan mama yang sering abah ceritakan ketika aku kanak-kanak. aku seringkali berangan-angan menginginkan seorang suami yang seperti abah. abah, along dan angah merupakan hero aku. yang selalu ada disaat aku perlu.
Mama pula merupakan inspirasi aku. dia merupakan insan yang paling kuat memberi sokongan kepada aku dalam menceburi bidang ini. kata mama kita akan merasa gembira dan bangga jika pesakit yang kita rawat dengan tangan ini sembuh. mama kata bidang perubatan ini memerlukan kita untuk menjadi seorang yang kuat. sebagai seorang doktor kita harus kelihatan kuat dihadapan para pesakit. memberi mereka semangat untuk melawan sakit mereka. Aku melangkah mendekati katil pesakit yang bernama hana. anak kecil yang berusia 6 tahun ini menghidapi penyakit asma yang agak teruk. " hai hana sayang. macam mana hana rasa harini? ada rasa sesak nafas lagi tak sayang. " soalku sambil memeriksa hana. " hana dah rasa sihat aunty doktor. aunty doktor bila hana boleh balik ? " soal hana dengan wajah comelnya. aku tersenyum. Rambut hana aku usap lembut. " okey aunty doktor dah periksa hana. hana dah sihat dah ni. insyaallah hari ni hana boleh balik. nanti nurse akan beritahu parents hana eh. lepastu hana dah boleh balik." kataku. Hana menepuk tangannya tanda gembira. aku meneruskan rondaan. selesai melakukan rondaan aku melangkah kembali ke ruangan pejabat aku. aku duduk dikerusi. nafas lelah dilepaskan. hari ini shif aku sampai jam 9 malam. jam di tangan dilihat. jarum jam bergerak menghampiri nombor 1. aku mengemas meja yang agak bersepah. sedang aku asyik mengemas muncul wajah tehah. " beb jom lunch sekali. tapi kita lunch dekat cafe dah la ye. aku malas la nak drive jauh-jauh. ' kata tehah. " ermm ye la jom. aku pon memang malas nak drive. " kataku lalu menanggalkan kot doktor dari badan. purse dicapai. aku dan tehah melangkah beriringan menuju ke kafeteria hospital. kami membuat keputusan untuk makan nasi ayam. selesai membeli makanan dan minuman, kami duduk di salah sebuah meja yang kosong.
" beb kau ada jumpa anis tak? " soal tehah. Aku mengunyah sopan nasi . " ermm ada. minggu lepas aku ada lepak jap dengan dia. dia ajak aku teman dia pusing klcc. aku pun dah alang-alang cuti kan. aku on je la. " balas aku. tehah mengangguk. " shift kau sampai pukul berapa harini ? " aku menyoal tehah. " aku shift sampai 5 je harini. " balas tehah. aku hanya mengangguk. selesai makan tengahari kami bergerak ke surau pula untuk solat. selesai solat kami meneruskan tugas kami masing-masing. Tehah bekerja di aras lain. dia bertugas sebagai doktor dalam bidang hepatologist. doktor dalam bidang ini bertugas untuk mencegah, mengenalpasti dan merawat penyakit yang berkaitan dengan hati,pundi hempedu dan sebagainya.
setelah tamat shif. aku mengemas barangan aku. handbag dicapai. kaki melangkah keluar dari bilik pejabat. " hai doktor yana dah nak balik ke. dah habis dah ke shif doktor ? " soal kak liza yang merupakan nurse bertugas. " ye kak liza. nak balik la ni. shif saya pon dah tamat. saya mintak diri dulu ye kak liza. " kataku. kak liza mengangguk. kunci kereta dikeluarkan dari handbag. aku masuk ke dalam kereta. pintu kereta ditarik perlahan. kereta yang dipandu mula bergerak keluar dari perkarangan hospital. sedang aku memandu, tiba-tiba enjin kereta aku mati. aku cuba menghidupkannya kembali namun gagal. " aduh time-time macam ni la kau nak buat hal kan. aduhaiii. " bentakku geram.
bersambung...
P/S : hai gaiss...this is my new update..hope you gais enjoy reading it.
# please vote and comment.
# sorry if tak best..
# happy reading...
YOU ARE READING
Akankah Dia Menjadi Milikku.[OG]
RomantikDia lelaki yang luar biasa, tingkah lakunya menambat hatiku, walaupun sikapnya agak menjengkelkan,' mampukah aku bertahan untuk meraih sedikit cinta darinya? # Jemputlah baca story yg tak seberapa ni.. Maaflah sis tak pandai sangat tulis sinop...