Bab 1

36.8K 844 10
                                    

"Angah, jom."

"Pergi mana dik?"

Pertanyaan Fakhrul itu menyebalkan adiknya, Fasha.

"Lupa ke, kan mama suruh hantar adik pergi klinik. Hari ini adik ada braces appointment."

"5 minutes."



Sepanjang perjalanan ke Klinik Pergigian Dell dipenuhi dengan celoteh Fasha yang sememangnya terkenal dengan banyak mulut diantara mereka adik-beradik.

"Dah dik, angah tunggu dalam kereta eh. Malas nak keluar."

"Alaaa, ,masuklah sekali. Teman adik, untung nasib dapat kenal doktor cantik" pujuk Fasha.

Dalam hatinya berdoa agar abangnya ingin menemaninya. Memang dari awal mamanya sudah berkenan dengan Doktor Dell yang merupakan doktor gigi yang merawat giginya. Tidak macam doktor gigi yang lain, Doktor Dell sangat peramah dan menghargai pelanggan tetap kliniknya sehingga di luar pun dia tidak segan bertegur sapa dengan pelanggannya.

Fakhrul akhirnya mengikuti Fasha kerana dia paling rajin melayan manja Fasha berbanding alongnya. Fasha pula mengambil peluang menarik Fakhrul hingga masuk ke bilik rawatan. Selalunya dia masuk sendiri sahaja, tetapi hari ini sengaja dia membawa angahnya masuk. Konon-konon nak kenenkan dengan doktor Dell lah.


"Hi, how are you today?" sapa Dell ramah apabila melihat Fasha masuk ke bilik rawatannya.

"Very fine doktor." Balas Fasha dengan sengihan yang melebar.

"Abang Fasha ye? Duduklah. Takkan nak berdiri je." ramah Dell mempelawa Fakhrul untuk duduk di kerusi yang disediakan.

"Ada bracket tanggal tak?" soal Dell mula fokus dengan kerjanya.

"Tak ada doktor."

"Hari ini saya tukar getah dengan cuci gigi ye. Nanti mungkin sakit sedikitlah sebab getah tu yang akan tarik gigi awak jadi rapat." Fasha mengangguk mendengar penerangan doktor giginya.

Fakhrul hanya memerhati proses yang dilakukan doktor gigi itu terhadap gigi adiknya. Ada sesekali Fakhrul mengetap gigi akibat bunyi mencuci gigi yang menyilukan. Ada masanya pula matanya memerhati doktor gigi yang hanya terlihat mata dan rambut saja kerana separuh daripada mukanya sudah ditutup dengan face mask.

Dell yang sedang fokus secara tidak sengaja melihat reaksi lelaki itu yang seolah ngilu melihat adiknya mencuci gigi sehingga tidak sedar sesi itu sudah pun berakhir.

"Encik nak cuci gigi?" tanya Dell ramah.

Fakhrul geleng kepala tapi tangan Fasha yang menariknya ke kerusi rawatan tidak ditolak. Seperti di pukau, akhirnya Fakhrul duduk di kerusi rawatan itu sebelum pembantu Doktor Dell memasang sejenis kain seperti napkin di lehernya. Fasha hanya mengangkat ibu jari melihat angahnya yang tidak menolak tindakannya.

Melihat Doktor Dell yang mengarahkannya membuka mulut, Fakhrul membuka mulutnya perlahan. Baru sahaja alat mencuci gigi mahu menyentuh giginya, pantas tangannya menahan tangan doktor muda itu daripada meneruskan kerjanya.

Terkejut.

Tindakan Fakhrul memaksa Dell memandang tepat ke dalam mata lelaki yang sedang separuh terbaring di kerusi. Renungan mata hazel itu buat pergerakannya membeku. Jantungnya juga mula berdegup lebih pantas dari biasa.

"Angah!" jeritan Fasha yang masih dalam keadaan terkawal itu buat Fakhrul mengalih pandangan ke arah adiknya.

"Tahulah takut. Tapi janganlah main pegang tangan anak dara orang ikut suka hati angah." Selamba Fasha berkata sambil meleraikan pegangan Fakhrul pada tangan Dell.

"Sorry doktor. Angah saya memang macam ni. Dia trauma yang amat bila jumpa doktor gigi. Nasib baik Doktor Dell ni cantik. Itu yang tak meracau." Selamba Fasha mengenakan Fakhrul.

"Adikkk...." Fakhrul menegur Fasha. Kalau dibiarkan takut makin banyak keburukannya dibongkar adiknya.

"It's okay. I'll do it gently. I promise." Dell mengangkat sebelah tangannya seakan berikrar.

Melihat kesungguhan doktor gigi itu buat Fakhrul akhirnya mengangguk setuju.

Aneh.

Sepanjang sesi mencuci gigi itu, Fakhrul tidak mengalihkan langsung pandangannya daripada meneliti wajah Doktor Dell yang hanya kelihatan mata itu.

Dell cuba untuk fokus dengan kerja mencuci gigi Fakhrul apabila fokusnya terganggu dengan mata hazel itu yang terlalu asyik merenungnya. Terasa menyesal mempelawa khidmat untuk mencuci gigi sebentar tadi.

Dell melepaskan nafas lega apabila sesi mencuci gigi itu sudah habis hingga ke proses akhir. Terasa aneh mencuci gigi manusia apabila manusia itu adalah Fakhrul walhal sudah berapa banyak gigi yang telah di cuci sepanjang dia bergelar seorang doktor gigi.

"Angah. Tunjuk gigi sikit." Pinta Fasha terhadap Fakhrul sambil tangan sudah bersedia mahu mengambil selfie. Fakhrul hanya melayan sikap adiknya dengan tersenyum manis.

"Doktor kiri sikit, tak nampak full." Pinta Fasha lagi.

Spontan Dell mengeluarkan dua jari menunjukkan simbol peace, melayan kerenah Fasha. Memang begitu sikap Dell, sempoi melayan semua perangai pelanggan yang datang di klinik pergigiannya.

"Terima kasih doktor." Ucap Fasha sebelum keluar.

"Ehem. Thanks doktor." Ucap Fakhrul malu.

"Welcome. Hope that won't traumatized you." ramah Dell mengusik.

Fakhrul hanya tersenyum segan sebelum turut keluar dari bilik rawatan.



Fasha sengaja menayang gambar selfienya tadi di depan Fakhrul bagi menarik perhatian angahnya itu.

Selepas membuat pembayaran, mereka terus pulang. Sepanjang perjalanan Fakhrul galak diusik adiknya.

"Cantikkan Doktor Dell angah?"

"Doktor Dell?" soal Fakhrul kembali.

"Doktor gigi adik tadilah. Apa angah ni."

"Oh, nama doktor tu Dell ke? Kenapa Dell? Dia keturunan Michael Saul Dell ke?"

"Aduh, siapa tu ngah?" soal Fasha mula keliru.

"Orang yang buat computer tu lah. Jenama DELL tu. Takkan tak tahu?"

"Ohhh.. Komputer jenama DELL. Aduh. Susahlah cakap dengan orang komputer ni." Fasha mula malas melayan bila Fakhrul sudah mula berbicara tentang komputer. Dia bukan minat pun nak ambil tahu pasal komputer, dia mengaku dia termasuk dalam golongan yang tahu pakai saja.

"Tu lah adik. Tahu pakai je komputer tu." Fakhrul sudah mula mahu membebel dengan sikap adiknya yang tidak mahu ambil tahu langsung perihal berkaitan dengan computer.

"Eleh angah. Nanti adik bagitahu Doktor Dell, angah ejek nama dia." Ugut Fasha sebagai langkah mematikan bebelan angahnya.

"Mana ada angah ejek. Kan angah tanya tadi tu. Apalah adik ni."

"Nama Doktor Dell sedaplah. Tapi adik tak ingat. Nanti angah tanyalah."

"Nak buat apa angah tanya nama dia?"

"Nak buat jadi makmum." Semakin galak Fasha mengusik angahnya.

Fakhrul hanya menggeleng dengan sikap adiknya yang kuat mengusik.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now