Masih terngiang-ngiang ayat Fakhrul di telinganya.
'Apa maksud dia?'
Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan whatsapp masuk.
'Delisha Zulfa. I'm so sorry. I tak boleh teruskan lagi. You tahu I ni kuat cemburu. I takut kalau I teruskan jugak, takut mulut jahat I akan mengungkit. I love you so much, and I minta maaf. About... the wedding.
Let's call it off.'
Whatsapp yang diterima dari Zack buat air mata Dell mengalir laju. Lantas nombor Zack didail semula. Namun talian sudah pun dimatikan. Mahu menelefon family Zack, dia pun tidak tahu nombor telefon ahli keluarga Zack. Ibu dan ayah Zack pun hanya sekali ditemuinya iaitu pada hari keluarga mereka datang merisik sekaligus membincangkan tentang persiapan perkahwinan.
"Princess, kenapa mata bengkak ni? Pakai macam ni, tak kerja ke?" pelik Encik Helmi melihat Dell yang seakan tidak bermaya dengan mata yang bengkak.
"Zack cancel our wedding."
"What?" terkejut Encik Helmi mendengar kata-kata Dell.
"Zack batalkan our wedding pa. And it just next week pa. What should I do pa?" air matanya kembali mengalir. Tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku kepadanya. Yang lebih dikesali adalah sikap Zack yang langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Namun, jauh disudut hati, Dell mengakui silapnya yang membiarkan dirinya dipeluk oleh Fakhrul malah dia yang mengeratkan pelukan mereka.
Encik Helmi mengusap lembut kepala Dell.
"It's okay princess. InsyaAllah, everything is gonna be fine." Lembut Encik Helmi memujuk anaknya. Belum lama memujuk Dell. Loceng pintu rumah berbunyi menandakan ada tetamu,
"Sekejap papa pergi tengok."
'Lama pulak papa ni'
"Dell, Yul datang." Encik Helmi memberi ruang untuk mereka berdua berbincang dengan berganjak menunggu di ruang tamu. Membiarkan Dell dan Fakhrul di ruang makan.
"Makan Yul." Dell mempelawa Fakhrul walaupun dia langsung tiada mood untuk beramah mesra pada waktu ini.
"Let's get married"
Terjatuh garfu yang sedang di pegang oleh Dell. Matanya mencari keikhlasan dari wajah Fakhrul.
"Tak perlu simpati kat I. I okay." Balas Dell tanpa riak. Sudu diambil mahu menyambung makan.
"I am serious Delisha."
"Kenapa you nak kahwin dengan I?"
"I know this sound silly. But yes, I like you. Since I met you at the clinic. I didn't know you're Zack's girlfriend until we met at the restaurant. I think I can just let you go. But, the truth is. I can't. I dah terlanjur suka dekat you. Lagipun I punca semua ni. Izinkan I bertanggungjawab?"
"Papa restu Dell kahwin dengan Fakhrul."
Suara Encik Helmi yang menyampuk mengejutkan Dell.
"Pa..." meleret Dell memanggil papanya.
"Fakhrul dah cakap dengan papa tadi. Papa setuju." Pantas Encik Helmi memotong ayat Dell.
"Sudi tak you jadi yang halal untuk I?"
'Is he proposing right now?'
Dell menoleh ke arah Encik Helmi. Encik Helmi hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Dell jadi serba salah. Hubungannya dengan Zack baru saja berakhir malam tadi.
'Pagi ini sudah dapat pengganti? The best part is, he's Zack's bff.'
"It's okay. Take your time. Here's my number. Call me anytime soon." Fakhrul meninggalkan bisnes kadnya di atas meja sebelum menyalam Encik Helmi. Sempat di perhatikan Fakhrul dan papanya yang berbual seketika. Dalam diam dia membandingkan cara Fakhrul berbual dengan Encik Helmi dan cara Zack yang tidak begitu berusaha untuk berbual dengan Encik Helmi.