Bab 12

20.6K 590 43
                                    


"How could you do this to me?"

"I'm sorry Pica, but.."

"I'm so in love with you. How could you do this to me? I was never.. not even once.. try to push you to be serious in our relationship cause I let you to get the spaces, so that I won't be such a burden for you. But you? You know what the worst part is? You just take your bff's girlfriend Yul! Don't you even think about us?"

"It's not like what you think! You're not even in my shoes."

"I hate you Yul! Both of you akan dapat balasannya sebab mainkan perasaan I dengan Zack!" Farisha bergerak meninggalkan mereka berdua.



Dell membelek muka Fakhrul yang terkena penampar Farisha tadi.

Merah.

Tangannya mengusap pipi Fakhrul.

"It's okay Dell." Tangan Dell di pipinya ditarik.

"Angah. Sini, along nak cakap sikit."

"Sini Dell pegang baby along." Sampuk Dell.

"Baby apanya. Dah 2 tahun pun dah si Imran ni. Dah boleh dapat adik pun." gurau Fakhri menghulur Imran kepada Dell.

"Kenapa long?"

"Along nak kau settle baik-baik dengan Pica and Zack. Along nampak what happened between you two just now. Along tak nak sebab macam ni terus kau dapat musuh ngah. Along percaya kat kau ngah. Congrats by the way. May Allah grant both of you happiness till Jannah."

"Thanks long" Fakhrul memeluk abang sulungnya. Faham kerisauan abangnya itu. Walaupun sudah berkeluarga alongnya tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.



Selesai majlis, Fakhrul berkeras mahu memandu sendiri tidak mahu menyusahkan Azim dan Rina yang sudah menjadi pengapit mereka. Faham mereka juga pasti penat. Pakaian Dell sudah ditukar kepada long dress yang lebih santai dan Fakhrul yang hanya tinggal kemeja saja. Usai sahaja majlis mereka segera menukar pakaian.

Fakhrul menggenggam tangan Dell, ketika menuju ke kereta Subaru miliknya,   gembira dengan statusnya denggan Dell. Tiba-tiba terasa bahunya ditarik kuat. Keadaannya yang tidak bersedia buat Fakhrul hampir jatuh.

"Sial kau! Aku tak sangka busuk macam ni sekali perangai kau!" Zack mencekak kolar kemeja Fakhrul.

"Kau yang tinggalkan Dell Zack! Aku dah cuba nak explain everything. You're the one that refused to listen to my explanation! Kau tengok tangan aku. Takkan aku make out dengan Dell sampai berjahit tangan aku!" marah Fakhrul menarik kembali kolar baju Zack.

"Fuck you Yul!" tumbukan dilayangkan ke muka Fakhrul. Tidak mahu mengalah, Fakhrul turut membalas tumbukan Zack.

"Guys. Stop it." Jeritan Dell tidak diendahkan oleh Fakhrul mahupun Zack.

Kemeja putih Fakhrul sudah ternoda dengan titisan darah yang mula mengalir dari bibir dan hidungnya. Malahan t-shirt Zack juga turut di nodai dengan darah yang mengalir dari hidung dan dahinya yang sedikit terkoyak akibat terkena cincin yang di pakai Fakhrul. Badan Fakhrul yang sudah terbaring, Zack tarik memaksanya berdiri.

"Kau tak layak ganti tempat aku sial!" tumbukan dilayangkan sekali lagi ke muka Fakhrul.

"Aku tak ganti tempat kau! Aku ada di tempat mana aku patut berada. Sebab kau memang tak layak untuk Dell!" seiring dengan kemarahannya, tumbukan dilayangkan kembali ke muka Zack hingga Zack terdorong ke belakang. Langkah Zack mara kembali mahu membalas perbuatan Fakhrul.

"Jangan!"

Pergerakan tangan Zack terhenti mendengar jeritan Dell, lebih-lebih dengan tindakan Dell yang memeluk tubuh Fakhrul.

"Move away Dell. Or else I'll punch you instead." Marah Zack semakin membara apabila melihat Fakhrul memeluk tubuh Dell di hadapannya walau hanya dengan sebelah tangan, cukup buat baran Zack meledak apatah lagi dengan senyuman sinis yang diberikan oleh Fakhrul.

"I warned you Dell!"

Nekad.

Tumbukan di lepas. Namun, tersasar apabila tangannya ditahan oleh sebelah lagi tangan Fakhrul yang sudah terbuka jahitannya.

"Don't you dare touching my wife." Perlahan nada Fakhrul namun cukup meninggalkan kesan.

Zack terkedu. Hanya sekali dia pernah melihat Fakhrul begini iaitu ketika dia dibuli waktu di asrama dahulu. Walaupun Fakhrul bukanlah seorang kaki pukul mahupun gangster di sekolah. Namun, sikapnya yang tak banyak mampu menggerunkan orang lain cukup sekali dia bersuara cukup buat semua orang terdiam. Sepertinya. Sekarang.

Langkahnya digerakkan meninggalkan Fakhrul dan Dell.



"Kita tidur sini." Dell menarik Fakhrul kembali ke lobi hotel. Fakhrul didudukkan sementara Dell menyelesaikan urusan check in. Sementara itu, sempat dia memberitahu Encik Helmi dia tidak jadi pulang ke rumah atas alasan terlalu penat.

Dell memapah Fakhrul menuju ke bilik mereka sebelum suara Fakhrul menghentikan langkah Dell.

"I'm okay. No need to do this." Fakhrul menarik tangannya dari dipapah Dell. Jahitan yang sudah terbuka buat tangannya mula berdenyut.

Perasaan kecil hatinya, Dell tepis menjauh. Langkahnya dilajukan kembali, tangan Fakhrul diambil lalu di letak kembali di atas bahunya. Tangannya erat menarik tangan Fakhrul tidak membenarkan tangan itu ditarik kembali. Sengaja menunjukkan degilnya.

Tali leher Fakhrul di buka sebelum kemejanya turut dibuka, meninggalkan singlet sahaja. Fakhrul pula hanya diam membiarkan segala tindakan isterinya cuma sesekali dia berdesis apabila luka di wajahnya di bersihkan oleh Dell biarpun hanya menggunakan air dan tisu. Jahitan yang sudah terbuka di balut dengan serpihan kain dress yang dikoyakkannya tadi.

"I nak mandi. Tak selesa." Fakhrul mengalihkan tangan Dell yang masih galak membersihkan lukanya.

"Boleh ke mandi ni?" soal Dell ragu-ragu.

"I okaylah. FYI, your husband is really strong." Gurau Fakhrul sambil menunjukkan biceps miliknya sebelum menggantikan seluarnya dengan tuala sahaja. Belum sempat pintu bilik air di tutup, ada satu tangan yang menahan.

"I mandikan you."

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now