"It's a wrap. Thank you for the cooperation." Ujar Nick menutup meeting mereka.
"Thanks for choosing us too." Balas Fakhrul berbasa-basi.
Fakhrul memerhatikan langkah Fazrin dan Nick yang keluar dari bilik mesyuarat itu sebelum memangil perlahan nama Farisha yang turut melangkah keluar.
"Farisha."
"Yes?"
"What do you think you have done?"
"Huhh? What do you mean?"
"I know what you did back then."
"What have I done Yul?"
"7E"
"Ahah. What's wrong with 7E?"
"Tak perlu berlakon bodoh Pica. I knew it already. I warn you, you better stay away from my wife, I tak akan benarkan you sentuh dia lagi. And don't you dare threat her again"
Farisha tayang muka senada. Melihat Farisha yang menunjuk muka tidak bersalah buat Fakhrul semakin sakit hati. Langkah di dahulukan mendahului Farisha sebelum langkahnya berhenti di depan pintu.
"I tak main-main Farisha. That was a warning from me. Try to ruin my marriage, you'll realized that you are messing with the wrong guy."
Fakhrul pelik melihat tiga buah kenderaan asing yang di parkir di halaman rumahnya. Diperhatikan satu persatu.
'Mini Cooper, Hyundai Sonata, new Mercedez Benz?' diperhatikan pula nombor pendaftaran kereta tersebut. Semua tidak di kenali. Sudahnya, Fakhrul melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah sebelum berhenti memerhati dan mendengar perbualan sekumpulan manusia yang sedang asyik berbual.
"Kesian kau babe, baru je nak happy."
"Aku teringin nak tengok husband kau, handsome tak? Kalau dengan Bani siapa lagi handsome? Yela, kitorang semua tak dapat datang time kau kahwin." sampuk seorang yang lain pula.
"Heih kau Min, apasal kau sebut-sebut lagi nama jantan tak guna tu. Aku kalau jumpa dia depan mata, memang aku pukul sampai lunyai." Kata satu-satunya lelaki yang berada di situ. Fakhrul yang memerhati mengira bilangan tetamu yang kelihatan seperti teman Dell. Lima orang semua sekali.
"Relaxlah Kay, kau ini sejak kena reject dengan Dell emo semacam kan." Balas seorang yang lain lagi sekaligus mencetus tawa kesemua mereka.
"Dell, kau tahu tak Bani dah divorced? Aku dengar dia dah balik Malaysia."
"Dah tak ada kena mengena dengan akulah guys. Aku dah bahagia sangat apa yang aku ada sangat. And aku sayang sangat husband aku. He means the world to me." Ucap Dell sambil tersenyum manis.
"Hish, ni yang aku tak boleh. Kau buat aku rasa nak kahwin hari ini jugak. Menyampah tahu."
"Kahwinlah Pia. Seronok kahwin ini. Kau akan rasa hidupkan dilengkapi." Sambung Dell lagi.
"Ahhh. Dah dah. Geli pulak aku dengar. Topik lain please."
Fakhrul hanya tersengih di sudut sebelum mengetuk pintu menyedarkan kesemua yang berada di ruang tamu.
"Assalamualaikum." Sapa Fakhrul sambil tersenyum.
"Siapa itu Dell?"
Melihat Fakhrul yang baru masuk, Dell bangun menyambut kepulangan suaminya. Tangan Fakhrul disalam sebelum menarik perlahan lengan si suami.
"Guys, kenalkan. Fakhrul Hadi. Husband aku. Abang, dari kiri ni Min, Pia, Naddy, Kay and Jenny. Ini semua kawan rapat Dell masa belajar dulu. Masa wedding kita diorang semua tak dapat datang." Fakhrul hanya tayang senyum sebelum menghulur tangan kepada Kay yang merupakan satu-satunya lelaki di situ.
"Berbuallah dulu. I naik atas sekejap." Sopan Fakhrul meminta diri.
"Sekejap eh guys." Dell pula meminta diri mengekori langkah Fakhrul yang sudah ke hadapan.
"Eh, sayang. Kenapa? Berbuallah. Abang nak mandi kejap. Tak selesa. Kawan-kawan sayang dah makan belum?"
"Belum. Dell tak masak lagi diorang dah sampai. Dahlah datang tak beritahu, itu yang tak sempat nak buat apa-apa. Dell nak masak, tapi diorang tak bagi." Balas Dell sambil menolong membuka tie Fakhrul.
"Sayang pergi berbual dulu. Kesian kawan-kawan you tunggu. Jangan bagi diorang balik dulu. Abang order pizza. Okay ke? Sebab macam tak sempat nak beli yang lain. Lainlah sayang bagitahu abang dari tadi."
"Boleh je. Sayang turun bawah dulu tau." Tie dan kemeja Fakhrul yang sudah dibuka dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor sebelum melangkah keluar. Pantas, Fakhrul memesan delivery dari Pizza Hut untuk teman-teman isterinya, rasa tidak seronook pula tetamu datang tidak di jamu apa-apa.
Pakaian sudah bertukar kepada pakaian yang lebih santai dengan jersi bola Germany dikenakan dengan seluar sukan panjang setelah menyegarkan badan sebentar tadi. Baru sahaja mahu turun, telefon bimbitnya berbunyi memberitahu pesanannya sudah sampai.
Seronok Fakhrul melihat isterinya bergelak ketawa dengan kawan-kawannya sambil makan pizza yang dipesan. Sangat mengingatkan kembali ketika zaman belajarnya dahulu. Selama ini dia fikir Dell memang jenis tidak mempunyai kawan memandangkan hidupnya yang sentiasa sibuk.
'Yang kau tengok gambar dia pakai bikini dengan kawan-kawan dia itu apa?' bisik hati Fakhrul buat dia menggeleng kepala sendiri.
Fakhrul lebih banyak mendiamkan diri, memberi peluang kepada Dell sepenuhnya untuk bersosial. Dia hanya menjawab apabila di tanya sahaja.
Sebelum mereka beredar, sempat telinga Fakhrul menangkap usikan Pia terhadap Kay.
"Patutlah Dell reject kau Kay. Husband dia handsome gila kot." Usikan itu dibalas dengan tolakan kecil di kepala Pia. Mereka meminta diri, risau waktu Maghrib yang pendek itu akan berakhir.
"Abang ingat sayang jenis yang tak ada kawan."
Ayat Fakhrul buat Dell memukul manja lengan suaminya.
"Hish jahatnya. Ingat I teruk sangat ke sampai tak ada orang nak kawan? Tak baik tau." Balas Dell masih belum menghentikan pukulannya di lengan Fakhrul. Makin sakit hatinya melihat Fakhrul makin galak ketawa.
"Okay. Okay. Sorry sayang. Bukan itu maksud abang. Abang ingat sayang jenis belajar je memanjang. Kerja pun kerja je, tak fikir benda lain dah."
"Mana ada. Mana boleh assume macam itu just sebab abang tak pernah dengar Dell cerita pasal diorang."
"Sorry. Sorry." Pujuk Fakhrul lagi menyudahkan tawanya.
"Aik, kenapa macam sensitif semacam ini? Pregnant eh?" gurau Fakhrul lagi.
"Ish dia ni. Malaslah layan." Dell angkat kaki menuju ke tangga mahu naik ke bilik tidur. Belum sempat kakinya mencecah ke anak tangga terasa badannya sudah diawangan.
"Apa ni? I dah boleh jalanlah. Nak turun." Dell buat muka beku.
"Sayang merajuk eh. Okay, okay. Malam sikit abang pujuk." Nakal Fakhrul mengusik sambil mengenyit sebelah mata. Dell hanya menggeleng perlahan dengan sikap suaminya sebelum turut sama tersenyum.
'You really means the world to me'