Bab 36

16.9K 440 22
                                    

Jam di perhati lagi sekali. Hari ini Dell bercadang untuk keluar makan tengah hari lebih awal memandangkan klinik yang tidak mempunyai ramai pesakit waktu ini. Appointment dengan pesakit selepas waktu makan juga telah di batalkan oleh pesakitnya buat jadualnya pada hari ini sedikit lapang.

Setelah memberitahu pembantu kliniknya, Dell melangkah keluar, mahu menuju ke kedai makan yang menjadi tempat makan biasa baginya.

Langkahnya terhenti apabila seseorang berhenti betul-betul dihadapannya buat Dell mendongakkan kepala mencari wajah manusia yang berhenti di depannya sebelum matanya di paling ke arah lain.

"Hai, how are you?"

"Hmm. Fine. Thanks. What are you doing here by the way?"

"To see you."

Dell menoleh perlahan ke arah pemilik suara itu sebelum melarikan pandangan ke hadapan semula. Melihat lelaki ini hanya bikin kepalanya bertambah kusut. Langkah diteruskan, tidak mahu melayan lelaki bermulut manis itu.

"You nak pergi lunch ke?"

"Jom." Ajak lelaki itu lagi walaupun tidak di balas oleh Dell.

Melihat langkah Dell yang menuju ke kereta buat si lelaki terpinga-pinga.

"You nak lunch mana ni sampai naik kereta?"

"I nak lunch dengan my husband. Nak join ke?" balas Dell sengaja.

"Oh, so betullah you dah kahwin. I thought it was a rumour."

"Yes, I'm married and I have no doubt to spent the rest of my life with him."

"Can we be a friend, again Dell?"

"I am sorry Bani. I'm afraid we can't."

"Why? Can't we back to what we used to be?"

"Sorry, I need to go."


Sampai di hadapan pejabat Fakhrul, Dell jadi teragak-agak sama ada mahu meneruskan niatnya untuk makan tengah hari bersama suaminya atau kembali ke klinik saja. Dalam berkira-kira dalam membuat keputusan, tidak sedar kakinya sudah melangkah ke arah pintu masuk syarikat tempat suaminya bekerja. Sebelah tangannya sudah penuh dengan beberapa kotak Pizza Hut yang telah dibungkus ketika dalam perjalanan ke pejabat Fakhrul tadi.

Kaki dihalakan ke jabatan IT sebelum berhenti di meja Maya. Kebetulan Maya masih belum keluar, kelihatan Maya sudah mengemas meja kerjanya untuk keluar.

"Assalamualaikum Maya."

"Walaikumsalam. Eh, Dell. Nak lunch date dengan boss ye? Dia ada dalam office, tapi tadi masih meeting dengan boss besar. Rasanya dah habis, you masuklah. Just knock the door, then masuk. Okay? I nak pergi lunch date juga ni. Bye Dell, see you." jelas Maya sambil mengangkat jari isyarat okay.

"Okay Maya, thanks."


Pintu pejabat Fakhrul diketuk perlahan, setelah mendengar arahan masuk barulah Dell masuk. Kepala di jenguk ke dalam, kelihatan Fakhrul hanya bersendirian, leka meneliti helaian kertas di atas meja. Masih tidak sedar kehadiran isterinya di pejabat.

Melihat beberapa plastik di letakkan di atas meja buat Fakhrul angkat kepala.

"Sayang!"

Spontan kertas di tangan di kemas dan simpan kemas sebelum bangun mendapatkan Dell. Tubuh itu dipeluk erat seakan sudah lama tidak bertemu sebelum menghujani dahi Dell dengan kucupannya.

"Kenapa datang tak cakap? Nasib baik abang ada dekat office, kalau abang meeting kat luar macam mana? Ksesian sayang."

Dell hanya senyum membalas bebelan suaminya itu.

"Jom makan?" ajak Dell menarik tangan Fakhrul ke sofa di dalam pejabatnya itu,

"Sayang, nasib baik sayang datang awal sikit. Tapi ini pun, abang tak boleh lama-lama tau, lepas lunch ini abang ada meeting dengan supplier barang hardware. So, abang nak kena siap-siap. Tak proper lah kalau supplier datang abang masih tak ready kan." Ujar Fakhrul serba-salah.

"It's okay abang, Dell faham. Lagipun, I yang tetiba datang kan. Abang pergilah solat dulu. Dell tolong abang kemas meja ini."

"Okay, tapi sayang jangan balik dulu tau. Tunggu abang masuk baru boleh balik. Nanti abang rindu." Pesan Fakhrul sambil mengenyit sebelah mata sebelum melirik nakal ke arah Dell.

"Okay boss." Tangan dinaikkan tanda tabik hormat kepada Fakhrul sebelum ketawanya meletus sendiri melayan sikap suaminya yang satu itu.

Tidak sampai 10 minit, pintu sudah di buka kembali. Dell yang sedang mengelap meja tidak menoleh malah meneruskan kerja mengemas meja yang menjadi tempat makan mereka tadi.

"Cepatnya abang dah siap. Supplier abang sampai pukul berapa?"

"He's here."

Terkejut Dell mendengar suara yang membalas pertanyaannya, segera badan diangkat berhadapan dengan si pemilik suara.

"You?"

"You?"

Serentak mereka bersuara.

"Eh, Encik Nizam dah sampai. Maaf." Sapa Fakhrul dari pintu sebelum menghulur salam kepada suppliernya.

"Eh, it's okay. I yang terawal sangat."

"Oh, kebetulan dia ada kat sini. Kenalkan. Ini isteri saya, Delisha. Sayang, ini Encik Bazli Nizam. Big bos company hardware yang baru balik dari oversea."

"Eh, mana ada big bos, saya masih belajar lagi, belum layak di panggil big bos." Ujarnya merendah diri.

"By the way, saya dah kenal isteri encik Fakhrul."

"Oh, seriously? Kawan lama ke?"

"Dulu satu sekolah menengah."

Fakhrul hanya mengangguk kepala mendengar

"Abang, Dell balik dulu?" celah Dell diantara perbualan mereka.

"Tunggu sekejap boleh encik Nizam? Lima minit?" pinta Fakhrul.

"It's okay. Saya yang awal sangat, ada lagi 15 minit dari waktu yang kita dah janji." Balasnya mengizinkan.

"Sayang, hati-hati drive. Abang tak dapat hantar sampai kereta. Encik Nizam dah sampai pulak."

"It's okay abang, Dell yang kacau abang."

"Heyy, mana ada kacau, there is no such thing. Tapi kan sayang, kenapa you macam tak teruja pun jumpa schoolmate you?"

"Oh, Dell lagi teruja kalau jumpa abang." Balas Dell nakal.

Fakhrul tersenyum mendengar balasan Dell. Ada saja balasan nakal dari isterinya itu yang sentiasa buat hatinya lapang dan bahagia.

"Abang, tak perlu hantar sampai pintu. Kesian abang, nak meeting lagi. I baik klinik dulu." Putus Dell apabila lif sudah sampai ke tingkat dua, faham suaminya serba salah kerana menahannya dari balik tadi tetapi terikat dengan mesyuarat yang perlu diwakili.

"Betul ini?"

"Don't worry baby."

"Okay. Take care okay?" lengan Dell di tarik berhadapan dengannya. Sekali lagi dahi itu menjadi tempat kucupannya mendarat.

"Jangan risau. Assalamualaikum." Pipi Fakhrul di kucup sekilas sebelum melangkah keluar dari lif setelah lif terbuka.


Baru sahaja keretanya mahu di belokkan ke kiri untuk diparkir ke tempat khas untuk doktor di kliniknya, kereta dari belakang telah memotongnya dengan laju menyebabkan Dell mengubah arah di saat akhir sebelum brek di tekan kuat menyebabkan dirinya tersembam ke steering kereta.

Kepala di angkat mencari kereta yang memandu dalam keadaan membahayakan tadi. Namun, hanya kereta berwarna silver sahaja kelihatan, nombor pendaftarannya tidak kelihatan disebabkan jaraknya yang sudah jauh ke depan.

Kereta diparkir semula sebelum Dell masuk ke biliknya di dalam klinik. Tangannya yang menggigil diperhatikan. Sukar mahu memberhentikan perasaan takutnya ketika ini.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now