Bab 30

17.6K 466 16
                                    

Tidur Fakhrul terganggu apabila terasa bahunya digoncang sedikit kasar. Matanya dibuka melihat pemilik tangan yang mengejutnya tidur.

Kelihatan wajah Dell yang sudah dibasahi peluh buat Fakhrul terkejut.

"Sayang. Kenapa ni?" cemas.

Tangan dilekapkan pada dahi dan leher Dell. Melihat dahi isterinya yang mula berkerut buat Fakhrul semakin risau. Lantas dia bertindak bangun dari katil sebelum mencapai baju t-shirt untuk disarung ke badannya.

"Abang. Sakit."

Rintihan Dell yang mula disertakan dengan air mata buat Fakhrul semakin tidak keruan.

"Sakit kat mana sayang? Abang bawa pergi hospital." Terus Fakhrul bertindak mencempung badan isterinya. Namun tindakannya terhenti apabila seluar tidur isterinya yang basah terkena pada tangannya.

"Sayang. Kenapa ada darah ni?" tanya Fakhrul pelik. Dell hanya menggeleng sebelum kedengaran tangisannya yang semakin kuat akibat tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.

Fakhrul tidak mahu mengambil pusing lagi. Lantas dia mengambil kain pelikat miliknya untuk menutup kesan darah yang membasahi seluar tidur isterinya. Tubuh Dell diangkat dan di bawa masuk ke dalam kereta dan di baringkan di kerusi bahagian sebelah pemandu yang telah diturunkan.

Kereta Subaru XV miliknya dipecut laju. Mulutnya pula tidak henti menenangkan isterinya. Sampai di hospital Fakhrul segera mencempung Dell dan kakinya mengorak langkah besar dan laju ke arah bahagian kecemasan. Fakhrul diarahkan untuk tunggu diluar sebelum isterinya di bawa masuk ke dalam wad kecemasan.

Fakhrul tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya ketika ini. Tangannya yang sudah terkena darah diperhatikan, perlahan langkahnya menuju ke tandas berhampiran untuk membersihkan kesan darah yang terkena pada tangannya. Otaknya tidak habis memikirkan segala kemungkinan yang berlaku terhadap isterinya.

Kembali ke wad kecemasan yang merawat Dell, Fakhrul masih blur. Belum sempat otaknya memikirkan lebih jauh pintu bilik kecemasan dibuka. Doktor wanita yang keluar dari bilik itu digamit.

"Isteri saya macam mana doktor?" tanya Fakhrul cemas.

"Isteri awak selamat. Tapi maaf, kandungannya tidak dapat diselamatkan." Kata-kata doktor wanita itu buat Fakhrul terduduk.

Segalanya terlalu pantas untuknya. Baru sahaja dia dan Dell gembira dengan hasil ujian kehamilan yang menyatakan bahawa mereka bakal menjadi ibu dan ayah. Namun begitu, belum puas mereka bergembira dengan berita itu, mereka diuji pula dengan kehilangan permata yang bernilai dalam bahtera rumah tangga mereka. Tidak sedar air mata jantannya sudah bergenang memenuhi kelopak matanya.

Hampir subuh, barulah Fakhrul memberitahu berita sedih itu kepada keluarganya dan juga bapa mertuanya.



Fakhrul menyarankan isterinya untuk berpantang dirumah keluarganya memandangkan bapa Dell merupakan bapa tunggal malahan bapa mertuanya pasti sangat sibuk memandangkan kerjayanya sebagai seorang doktor, malahan dia tidak yakin untuk membiarkan Dell bersendirian di rumah mereka jika dia harus ke pejabat.

Sampai di rumah tiada yang berani mahu menegur Dell mahupun Fakhrul apabila melihat muka Dell yang sembap akibat menangis manakala muka Fakhrul yang jelas kecewa dan sedih.

"Sayang. Makan sikit jom. Abang suap." Fakhrul memujuk Dell untuk makan melihat isterinya yang hanya diam sejak keluar dari hospital. Dell hanya memerhatikan wajah suaminya.

Sebaknya datang berpusu-pusu. Air mata yang mengalir laju dibiarkan. Fakhrul pula serba salah melihat air mata isterinya yang mengalir laju walaupun tidak kedengaran esakan atau bunyi rintihan, itu lebih merisaukannya. Biarlah isterinya mahu menjerit atau meraung, tetapi janganlah berdiam begini. Jiwanya turut merasakan seksanya.

Pinggan yang berisi nasi dan ikan haruan di masak rebus itu di letak di atas meja bilik. Perlahan tubuh Dell ditarik kedalam pelukannya. Terhinjut-hinjut badan Dell di dalam dakapan suaminya. Tangan Fakhrul memeluk erat tubuh isterinya perlahan-lahan mengusap belakang Dell, sebelah lagi tangannya mengusap rambut isterinya.

"I'm sorry." Setelah lama berada didalam dakapan suaminya, akhirnya Dell mengeluarkan suara.

Mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut Dell buat Fakhrul di serang rasa bersalah. Tidak sedar sikapnya yang membiarkan kesedihan menguasai diri membuat isterinya lebih terluka.

"No sayang. Abang yang patut minta maaf." Balas Fakhrul mencium ubun-ubun isterinya berkali-kali.

Tindakan Fakhrul buat Dell semakin sedih. Teringat reaksi Fakhrul ketika menerima berita kehamilannya. Malahan imej Fakhrul yang teruja berjanji semalam kembali terlayar di dalam kepalanya. Tahu Fakhrul yang begitu teruja dengan kehadiran baby mereka. Terasa bersalah kerana tidak mampu menjaga janin yang baru saja hadir di rahimnya.

Mendengar esakan Dell, Fakhrul jadi semakin kalut. Pelukan dileraikan. Tangannya memaut dagu isterinya, membawa wajah itu untuk kembali menatap wajahnya. Pipi yang dibasahi air mata itu di lap dengan ibu jarinya.

"Sayang. Dengar apa abang cakap ini."

Kata-kata Fakhrul menarik perhatian Dell. Matanya merenung mata milik suaminya. Tangan Fakhrul di pipinya di tarik sebelum dikucup telapak tangan itu.

"Abang sayang sangat dengan isteri abang. Abang bersyukur Allah kurniakan sayang sebagai isteri abang. Abang juga sangat bersyukur kerana Allah izinkan abang rasa bagaimana perasaan untuk menjadi seorang daddy,.." Fakhrul berhenti menarik nafas panjang. Sementara Dell masih menanti suaminya menghabiskan ayat.

"..walaupun cuma untuk seketika. It's okay. Abang bersyukur. At least abang pernah rasa perasaan itu. Lagipun, sayang. Kita muda lagi. We have a long way to go. Lepas ni kita boleh berusaha lagi kan?" Fakhrul menghadiahkan senyuman buat isterinya. Berharap semoga isterinya tidak terus dihantui dengan rasa bersalah. Melihat anggukan Dell buat Fakhrul menarik nafas lega.

Mendengar ayat Fakhrul buat Dell kembali sedar takdir yang tertulis untuknya. Malahan dia bersyukur dikurniakan suami sebaik Fakhrul. Tidak sedar air matanya kembali mengalir.

"Stop crying sayang. Abang tak senang tengok sayang asyik menangis macam ni." teguran Fakhrul menyentak Dell dari lamunan. Lantas tangannya mengelap sisa-sisa air mata yang mencemari wajahnya tadi.

Tangan Fakhrul di capai. Bibirnya di labuhkan pada tangan suaminya itu. Fakhrul menarik wajah Dell setentang dengan wajahnya. Mata Dell yang jernih itu seolah sedang menggoda Fakhrul, walaupun hanya melalui renungan. Perlahan bibirnya memaut bibir Dell. Lidahnya meneroka ke dalam mulut Dell. Terlalu asyik dengan ciuman mereka hingga terlupa dengan keadaan sekeliling.

"Ya Allah! Delisha! Yul!"

Jeritan yang bergema di muka pintu itu memeranjatkan Dell dan Fakhrul. Ciuman mereka mati serta-merta sebelum masing-masing menoleh ke arah pintu.

"Haishh. Yul. Ingat sikit. Budak Delisha ni kena berpantang jugak. Mana boleh main terkam sesuka hati," teguran Nek Biah buat Fakhrul segan sendiri, sempat dia melirik ke arah wajah isterinya yang sudah memerah.

"Mana ada Yul terkam Nek. Yul kiss je." Fakhrul membela diri.

Mendengar jawapan balas cucunya buat Nek Biah spontan memukul lengan berketul Fakhrul.

"Haaa. Degil. Degil. Malam ni, Delisha tidur dengan nek." Balas Nek Biah.

"Neekkkkkk... mana boleh macam ini." Fakhrul mula tak senang duduk.

"Dah. Dah. Nek nak turun bawah kejap. Yul. Jangan macam-macam ye. pintu jangan ditutup. Bahaya. Tadi tak bertutup pun boleh jadi. Apa nak jadi lah budak-budak muda sekarang." Nek Biah segera berlalu, tidak mahu dipujuk oleh Fakhrul.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now