Bab 23

19.4K 492 18
                                    

"Sayang?" tangan menarik lengan isterinya masuk sikit ke dalam kedai. Dell terus memeluk tubuh Fakhrul buat suaminya itu terkejut.

Serba-salah mahu membalas pelukan isterinya atau membiarkan saja. Melihat renungan wanita penjaga kedai itu buat Fakhrul tayang sengih. Sengih awkward. Bibirnya digerakkan memberitahu wanita yang di peluk itu isterinya.

"Sayang, kita kat Masjid India lagi tau." Bisik Fakhrul. Barulah Dell melepaskan pelukan.

"Kenapa ni? Hmm?" tanya Fakhrul mengelap air mata yang bersisa di pipi isterinya.

"Sebab sayang sangat kata abang." Balas Dell selamba.

Belum sempat membalas, terasa belakangnya dilanggar seseorang. Hampir saja Dell terjatuh, mujur tangannya sempat memaut pinggang isterinya itu. Badah di kalih ingin melihat gerangan yang menolak tubuhnya tadi.

"Opps, sorry. Tak sengaja cut drama swasta."

Fakhrul malas mahu melayan lantas, tudung dan selendang yang di pilih tadi di bayar dan tangan Dell di tarik keluar tanpa menoleh kembali. Sempat di dengari kata-kata lelaki itu ketika Fakhrul dan Dell melangkah keluar dari kedai tersebut.

"Orang lain kahwin jugak bro. Tak ada pulak buat drama swasta kat tetengah bandar ni."

"Whatever Zack." Balas Dell tayang senyum sinis.

'I'm fully move on.' Bisik hati Dell sambil memeluk erat lengan Fakhrul.

'Damn you Yul. Kau rampas Dell dari aku. Aku akan ambil balik apa yang sepatutnya jadi milikk aku.'

Langkah pasangan itu diperhatikan tajam sehinggalah bayang mereka sudah tidak kelihatan lagi.

"Cari apa dik? Tudung? Jubah?" pertanyaan wanita itu di balas dengan gelengan sebelum kakinya melangkah keluar dari kedai tersebut. Tangan di genggam kuat, seolah mahu menumbuk semua orang yang lalu di hadapan kedai itu. Mati terus niatnya mahu membelikan jubah untuk mamanya.



"Abang, takkan kita nak balik dah? Kita cuma pergi satu kedai je tadi." Soal Dell apabila mereka sudah tiba di kereta Subaru milik suaminya.

"Kita pergi tempat lain." balas Fakhrul dingin.

Moodnya sudah lari bertempiaran apabila berhadapan dengan Zack. Entah mengapa, sebelah hatinya rasa bersalah, namun, sebelah hatinya lagi rasa apa yang di lakukannya adalah tepat.

Sampai di TTDI, kereta di parkir, namun tidak terus di matikan enjinnya. Kepala di sandar sambil memejamkan mata, cuba menenangkan emosinya.

Melihat Fakhrul seolah sedang berperang dengan diri sendiri buat Dell rasa bersalah, pastilah ini terjadi kerana pertemuan mereka dengan Zack sebentar tadi.

"Abang, you okay?"

Soalan Dell buat Fakhrul kembali membuka mata sebelum senyuman manis di berikan buat isterinya.

"Sayang, abang sayang sangat kat you. Kalau boleh, abang nak kita sama-sama masuk syurga. Sayang tahu tak, sayang ni cantik sangat. Tapi, lagi cantik kalau sayang tutup kecantikan sayang ni untuk tatapan suami saja. Abang tak nak paksa sayang tutup aurat, tapi besar harapan abang supaya sayang boleh pelihara semua ini untuk abang seorang je. Tak apa, kalau sayang cuba perlahan-lahan, yang penting ikhlas. Abang tak nak sayang buat sebab abang. Buatlah kerana Allah, InsyaAllah besar ganjarannya sayang."

Rambut Dell di usap lembut sambil mata tidak lepas merenung anak mata isterinya, cuba memberi nasihat yang terus sampai ke dasar hati isterinya. Sungguh, dia suka melihat isteri Fakhri dan mamanya yang bertudung. Nampak manis sekali.

Dell yang mengangguk perlahan kepalanya, tangan Fakhrul yang masih mengusap rambutnya di tarik dan dikucup sekilas tapak tangan itu.

"I memang dah terfikir nak tutup aurat. Tapi I tak confident. Sampailah malam tadi. Actually, I mimpi rambut I kena bakar. Kulit-kulit I ni semua rapuh. I kena seksa. I takut dengan dosa tak tutup aurat yang I masih buat sekarang. I takut masuk neraka. I taknak masuk neraka." Mengogoi Dell menangis menceritakan kembali mimpinya malam tadi.

Fakhrul menarik Dell ke dalam pelukannya. Fakhrul suka memujuk Dell dengan pelukan, kerana dia percaya pelukan dapat membantu melegakan segala kerisauan yang mengganggu fikiran dan emosi.

"Sayang, you patut bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk you berubah. Abang bukan nak cakap you jahat, tapi isn't it better for us, to change ourselves to be better person."

Senyuman manis saling bertukar memberi keyakinan kepada diri masing-masing.


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now