Dell mengemas semua barang milik mereka untuk di bawa pulang. Souvenirs untuk di berikan kepada keluarga telah diasingkan.
"Sayang."
Pinggang Dell ditarik ke dalam dakapannya. Bibirnya mula mendarat di leher Dell yang terdedah kerana rambutnya yang di ikat tinggi. Melihat Dell yang masih mengemas pakaian tanpa memberi reaksi terhadap godaannya buat Fakhrul geram. Tangannya perlahan-lahan turun mengusap perut isterinya sebelum mula menjalar ke peha Dell.
"Yul." Tegur Dell cuba menyedarkan Fakhrul dari terus melayan nafsunya.
"Boleh tak I nak request satu benda?"
"Hmm."
Bahu Dell di tarik saling berhadapan. Dell mula memberi tumpuan kepada Fakhrul. Kebetulan barang yang mahu di bawa pulang sudah siap di bungkus. Badan di tegakkan. Penat berbongkok mengemas barang di atas katil sebentar tadi.
"Spell after me."
"Spell what?"
"A."
"A"
"B"
"You nak suruh I sing ABC's song? I can do that." Dell memotong.
"Just repeat after me." Balas Fakhrul tersenyum melihat muka bosan Dell.
"A"
"A"
"B"
"B"
"A"
"A"
"N"
"N"
"G"
"G"
"How do you pronounce it?"
"Abang?" polos Dell menjawab.
Fakhrul memeluk tubuh isterinya erat sebelum mengucup dahi Dell bertalu-talu.
"I would love to hear that, every single day. It would be lovely if you can call me that way."
"Which way? Abang?" tanya Dell pelik.
Melihat kepala Fakhrul yang mengangguk perlahan buat Dell tersenyum.
"Oh, you nak I panggil you abang ke. Are you sure? Kalau I panggil you macam tu, jangan rasa diri tua pulak." Hidung mancung Fakhrul di tarik perlahan.
"No way. I rasa macam di sayangi, di hormati, di cintai je kalau you panggil I abang. Serius." Tangan diangkat bagaikan sedang berikhrar.
"You rasa I tak hormat you ke since I panggil you bie, Yul, sayang?" Dell sedikit terasa dengan pernyataan Fakhrul menarik tubuhnya menjauhi Fakhrul. Tidak sampai sepuluh saat, Fakhrul sudah menarik kembali tubuh ramping itu melekat dengannya.
"No. That was not what I meant baby. I cuma suka sangat dengar husband and wife yang calling each other that way. Tapi kalau you tak suka tak apa lah. I okay je you nak panggil I macam mana. As long as panggilan tu elok." Fakhrul melepaskan pelukan. Sedikit kecewa dengan penerimaan Dell.
Langkahnya diatur ke bilik mandi, sempat tangannya mencapai tuala yang tersidai di penyidai.
"Bieee..."
"I mandi, lepas ni kita terus gerak pergi airport." Fakhrul memotong Dell yang cuba memujuknya.
"Sayang, lapar tak? We have another one hour." Kepala di sandar ke bahu Fakhrul yang asyik bermain telefon dari tadi.
"You lapar ke?"
Kepala diangguk laju. Perutnya bukan lapar sangat pun, tetapi lebih kepada misi memujuk encik suami yang sedang merajuk.
Fries di tangan disuakan ke mulut Fakhrul. Namun Fakhrul menggeleng, fokusnya masih pada telefon di tangannya.
"Sikit je sayang." Tangan masih belum diturunkan. Pandangan Fakhrul yang tajam juga tidak dipedulikan. Tangan kirinya naik memegang dagu si suami sebelum menarik sedikit dagu itu supaya membuka mulut. Malas melayan, akhirnya Fakhrul buka juga mulut, tetapi mata masih lagi melekat pada skrin telefon, membalas whatsapp dari group Department ICT syarikatnya bekerja.
"Abang...."
Terhenti tangan Fakhrul yang sedang membalas whatsapp dari group tersebut.
"Abang, I love you."
Kali ini dia yakin tidak salah dengar. Lebih-lebih lagi apabila bibir sudah singgah di rahangnya. Lama.
Kepala di kalih menghadap Dell.
"Abang." Dell tayang sengih.
Melihat muka Fakhrul yang tidak beriak itu buat Dell geram. Tangannya di lekapkan di pipi Fakhrul sebelum menarik wajah itu mendekat dengan wajahnya. Bibirnya didaratkan di bibir suaminya.
Fakhrul terkejut dengan tindakan Dell tidak sempat berbuat apa-apa. Mujur Dell hanya sekadar melekapkan bibir mereka. Matanya memandang sekeliling. Nafas lega dilepaskan apabila tiada yang perasan dengan perbuatan mereka.
"Abangggg.. I cakap I sayang you tau." Dell sedikit merengek. Sengaja.
"Jangan panggil I macam tu kalau you tak nak." Masih dingin nada suara Fakhrul. Sengaja mahu melihat kesungguhan isterinya. Walhal hatinya sudah meloncat-loncat kegembiraan. Sebenarnya, perihal panggilan bukan hal besar pun baginya, tetapi saja mahu melihat reaksi isterinya. Kebetulan deoartment di bawah kendaliannya sedang menghadapi masalah dengan network di syarikat, jadi sebagai ketua dia perlu campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Abanggggggg..." sengaja di leretkan nadanya untuk menarik perhatian Fakhrul kembali.
"Eh, abang. Buat apa kat sini? Baru sampai ke dah nak balik Malaysia?"
Suara yang menyapa buat Dell mengangkat kepala dari bahu Fakhrul.
'Abang?' Hati Dell berdecit geram.
"Eh, Mira."
Mendengar suara Fakhrul buat Dell pantas menoleh ke arah suaminya.