"Sayang, nanti kita pergi klinik eh?"
Terhenti suapan Dell mendengar ajakan suaminya. Lantas sudu dan garfu di letakkan ke pinggan sebelum tangannya galak menyentuh dahi dan leher Fakhrul.
"Abang sakit ke?" tanya Dell risau. Namun hanya gelengan yang diberi Fakhrul dengan senyuman lebar.
"Tahniah. Puan mengandung dua minggu." Ujar doktor di hadapan mereka.
Fakhrul yang teruja lantas memeluk dan mencium dahi Dell bertalu-talu. Doktor yang memerhati hanya tersenyum.
"First baby?"
"I guess second? Since our first baby was miscarriage." Balas Fakhrul perlahan.
"Oh, sorry. Since, puan ada history keguguran, saya nasihatkan puan untuk banyakkan berehat dan jangan lakukan kerja-kerja berat lebih-lebih lagi di awal kehamilan ini. Sebab kandungan masih belum kuat. Emosi juga kena jaga." Nasihat doktor lagi.
Senyuman lebar Fakhrul tidak dapat di sembunyikan lagi. Sehingga ke dalam kereta pun Fakhrul masih tersenyum girang diikuti dengan nyanyian kecil.
Dell yang melihat hanya tersenyum melihat kegembiraan Fakhrul. Memang selama ini dia berharap dapat segera mengandung apatah lagi apabila mengenangkan wajah kecewa Fakhrul ketika dia keguguran.
"Thanks sangat sayang. Abang janji abang akan jaga sayang baik-baik." Ucap Fakhrul bersungguh-sungguh, tidak mahu kejadian lalu berulang kembali.
"By the way, macam mana abang boleh terfikir nak pergi klinik untuk check?"
"Mama."
"Aik, macam mana mama tiba-tiba suruh check pulak?"
"Sebab I mengadu you tiba-tiba mengada-ngada."
"You mengadu I mengada-ngada dengan mama?" jerit Dell sambil mencubit-cubit lengan Fakhrul hingga si suami mengelak beserta jeritan kecil.
Tangan Dell di tangkap bagi menghentikan cubitan itu. Kucupan bertalu-talu di berikan pada tangan halus itu.
"Kalau tiap-tiap tahun sayang mengada-ngada macam ini abang dah tak kisah."
"Tiap-tiap tahun? Maksud abang?"
"Baby setahun satu." Balas Fakhrul bergurau.
"Pergi mengandung sendiri sana." balas Dell masih mencubit lengan Fakhrul.
"I love you." Ucap Fakhrul ikhlas.
"I love you more abang."
-TAMAT-