"Abang, busy ke?"
"Biasalah sayang, kerja mana pernah habis. Abang baru habis meeting dengan Encik Nizam. Kenapa sayang? Miss me already eh?" Fakhrul tertawa sendiri dengan usikannya.
"Abang, can you pick me up later?"
"Eh, sayang, kenapa ni. You okay tak? Nak abang datang sekarang?" menyedari isterinya seperti dalam ketakutan buat Fakhrul risau keadaan sebenar isterinya. Kerisauannya semakin menjadi-jadi apabila mula mendengar esakan si isteri. Segera meja kerjanya di kemas sebelum bergegas keluar. Sempat dia meninggalkan pesan pada pembantunya.
"Ya encik? Dah ada buat appointment ke?" sapa pembantu klinik kepada Fakhrul yang baru masuk ke dalam klinik.
"I nak jumpa Doktor Dell. Where is she?"
"Oh, Doktor Dell tengah sibuk, dia tak nak di ganggu, kita ada Doktor Amni, encik boleh.."
"I nak jumpa my wife." Balas Fakhrul memotong kata-kata pembantu klinik itu.
"Maafkan saya encik. Saya tak tahu." Balas pembantu klinik itu menunduk.
"It's okay, just tell me where is she?"
Fakhrul mengikuti langkah pembantu klinik itu ke satu bilik yang tergantung nama isterinya di depan pintu.
"Sayang?"
Dell angkat kepala. Melihat Fakhrul di muka pintu buat Dell pantas mengangkat punggung, langkah di atur laju ke arah sang suami yang jelas kerisauan. Tubuh tegap itu dipeluk erat.
Fakhrul yang kebuntuan turut membalas pelukan isterinya sebelum mengusap lembut belakang isterinya.
Air tin milo yang sudah dibuka di hulur kepada Dell. Fakhrul masih sabar menanti si isteri menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sehingga isterinya menangis begitu sekali. Habis merah muka dan hidung Dell, buat Fakhrul mula menyimpulkan segala kemungkinan yang telah berlaku.
"I'd almost got into an accident just now." Kata-kata Dell memutuskan segala yang sedang bermain di fikiran Fakhrul.
"How? Are you okay? Did you get hurt anywhere?" kalut Fakhrul membelek tubuh isterinya, habis semua lengan baju dan seluar Dell di selak demi mencari apa-apa luka di tubuh kesayangannya itu.
"Tak, tak ada luka kat mana-mana pun. But, I'm too shocked. I felt like this was someone that want to kill me. Intentionally." ujar Dell mula bercerita kejadian di hadapan kliniknya tadi. Fakhrul yang mendengar terdiam.
"Kereta apa yang nak langgar you tadi?"
"Mitsubishi if I'm not mistaken. But I can confirm that the color was silver." Terang Dell lagi.
Lama dia berfikir sambil memeluk erat tubuh isterinya demi menghilangkan ketakutan isterinya sebelum bertindak membawa isterinya pulang ke rumah.
Farisha yang melihat Fakhrul di lobby syarikatnya tersenyum sambil melangkah menggamit Fakhrul.
"Hai sayang. You buat apa kat sini? Cari I eh? Miss me already?" tanya Farisha dalam nada manja yang di buat-buat. Fakhrul hanya memandang tanpa perasaan.
"What do you want Pica?" tanya Fakhrul tanpa selindung. Farisha yang bijak mengawal riak wajahnya membuat muka pelik.
"Maksud you?"
"Can you stop ganggu my wife? You know what I mean."
"Hey, apa ni? Apa lagi yang I buat Yul?" tanya Farisha sudah mula meninggi suara.
"Kalau apa-apa jadi pada isteri I. I akan pastikan you tak akan hidup senang. Cukup sekali you buat I hilang zuriat. I tak akan izinkan you sentuh lagi isteri I." tegas Fakhrul mengingatkan Farisha.
Farisha pula buat muka meluat mengiringi langkah Fakhrul yang sudah berlalu. Tidak termakan dengan ugutan Fakhrul. Yakin Fakhrul hanya menggertaknya. Dalam hati, dia berterima kasih kepada sahabatnya yang sudi membantu menggertak Dell. Telefon bimbit di sentuh mencari nama seseorang sebelum tersenyum sambil menekap telefon bimbit ke telinga.
"Zack. I ada idea."
"Sayang. Hari ini sayang duduk rumah je tau?" lembut saja Fakhrul menasihatkan isterinya. Yang sebenarnya, dia risau jika Farisha masih cuba mahu mencederakan isterinya. Apatah lagi melihat reaksi Farisha semalam. Bukan dia tak perasan cebikan di wajah wanita itu ketika dia berpaling mahu pergi.
"Kenapa?" polos Dell bertanya.
"Abang tak sedap hati nak biar sayang keluar. Hari ini sayang duduk rumah ye? Nanti abang balik kita keluar."
Mendengar kerisauan suaminya, Dell tidak jadi mahu memujuk untuk mengizinkannya pergi ke kerja. Sudahnya, dia mengangguk dengan permintaan Fakhrul.
"Good girl. Sayang jaga diri okay? Abang gerak dulu. Abang tak balik tengah hari. Abang ada lunch meeting di Mandarin Oriental hari ini." Beritahu Fakhrul. Dell hanya menghantar pemergian suaminya sampai ke pagar sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk menjalankan aktiviti mengemas rumah.
"Hello."
"Hello. Dell ke? Ni I, Zack."
"Kenapa you call I?" balas Dell malas mahu melayan.
"Dell. Listen, you bertenang okay? Jangan panik."
"Kenapa pulak I nak panik?" tanya Dell semakin pelik dengan nada Zack yang cemas.
"Tadi I ada meeting dengan Yul at Mandarin Oriental. Dah nak balik tadi, Yul collapse. I tak tahu nak buat apa ini. Can you come here?"
"Cuba you baringkan. Tinggikan kepala and cuba lap muka Yul dengan kain basah." Dell sudah ikut cemas.
"I've done that. Tapi Yul still tak sedar. I dah bawa Yul masuk bilik. I nak kena kejar meeting pulak ini. Boleh tak you datang sekarang? I tinggalkan kunci kat receptionist. You minta je kunci. Sekejap lagi I whatsapp you nombor bilik." Laju saja Zack memberi arahan. Tanpa berfikir panjang, Dell terus bersiap menuju ke Mandarin Oriental.
Setelah mendapatkan kunci di receptionist, Dell berlari menuju ke bilik yang di perkatakan oleh Zack.
"Abang?" panggil Dell cemas. Bertambah cemas apabila bilik itu tidak memperlihatkan susuk suaminya langsung. Dalam kepalanya sudah berfikir yang bukan-bukan. Takut sebenarnya dirinya telah di perangkap. Baru saja pintu bilik di tarik, kedengaran suara menegurnya.
"Dell? What are you doing here?" suara itu bagai memetir di dalam kepalanya. Kepala di toleh ke belakang melihat gerangan yang menegurnya.
Terkejut Dell melihat Bani yang baru lepas keluar dari bilik mandi dengan hanya bersarung tuala di pinggangnya. Bani pula memandangnya dengan pandangan pelik sebelum mengalihkan pandangan ke arah muka pintu.
"Delisha Zulfa. What are you doing here?"