Makin Renggang Makin Rapat

996 6 0
                                    

Hisyam sedang melepak dengan kawan kawannya di kedai mamak untuk berbincang tentang pertandingan video itu.

"Wei aku nak buat video tu macam ni" kata Hisyam sambil membentangkan kertas kerjanya
"Aku rasa kalau macam ni best,sebab video ni kan kita nak buat ala ala iklan kan?" kata Helmi menunjuk ke arah salah satu rangka kerja Hisyam
"Aku pun rasa macam tu okay" Syahmi menyokong Helmi sambil Haziq dan Rashdan hanya mengangguk tanda setuju
"Kau ni kata je sehati dengan Ayda tapi pendapat lain lain eh" kata Hisyam kepada Helmi
"Ha? kenapa dengan Ayda?" Helmi tertanya
"Semalam dia bagitahu idea dia kat aku .Semalam kau kan tak datang" jelas Hisyam
"Apa idea dia?" sampuk Rashdan
"Katanya dia nak buat video clip tapi sebenarnya dia nak cakap music video" Hisyam ketawa kecil terkenang peristiwa itu

Semua di meja tu ketawa dengan bersungguh kecuali Helmi yang seperti tidak ikhlas ketawanya

"Kenapa Ayda ni?" tanya hati kecil Helmi

Setelah dua minggu hubungan Hisyam dan Suraya agak renggang.Berita tersebut mula tersebar di seluruh universiti.Kini gadis lain sudah mempunyai peluang untuk memiliki Hisyam.Memandangkan Hisyam merupakan seorang pengasas production yang terkenal di serata Malaysia ditambah pula dengan wajahnya yang tidak kurang kacaknya membuatkan tarafnya seperti seorang artis malaya.Setiap hari Hisyam pasti menerima surat surat cinta daripada peminatnya tapi satu pun tidak dibacanya selagi tiada nama Suraya pada surat itu.Suraya hanya mampu melihat Hisyam menerima surat surat itu.Hatinya menjadi semakin geram apabila semakin banyak surat yang Hisyam terima tetapi Suraya tidak tahu bahawa Hisyam hanya menerima sahaja demi menjaga hati peminatnya dan untuk mengelakkan dendam dari peminat yang boleh menyebabkan santau atau apa apa sahaja tindakan psiko.

"Suraya,kalau kau terus macam ni Hisyam akan jatuh di tangan orang lain.Kau tahula kan dia tu bukan calang calang punya orang walaupun dia bukan paling hensem kat U ni tapi rupa dia boleh tahan.Kalau aku dapat dia pun okay gak" kata Hanani
"Ah kau amikla dia tu.Aku taknakla laki macam tu.Sakitkan hati je" Suraya cuba cover jelesnya
"Kau nak sailang pakwe orang plak ke Hana? hahahahaha" ketawa Allysa
"Aku gurau je janganla serius sangat" jelas Hanani
"Nak sailang pun sailangla.Pergila beratur sana dengan perempuan lain tu" kata Suraya dengan nada menyindir
"Kau cakap macam Hisyam tu kaunter tiket je" kata Allysa
"Tiket ke neraka" sambung Suraya

Allysa dan Hanani terkejut mendengar.Mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa apa.Hisyam melihat Suraya dari jauh dengan hati rindunya.

"Rindu senyuman manis dia" kata hati Hisyam

Hisyam berjalan menundukkan mukanya seperti baru semalam masalah ni muncul.Ayda tiba tiba menghampirinya dari belakang

"Hei Syam kau ni kenapa? Macam zombie dah aku tengok kau" tegur Ayda
"Eh kau ni datang bukan nak bagi salam ke apa" kata Hisyam
"Hehehehe sorry.Assalamualaikum abang Hisyam" sengih Ayda
"Waalaikumussalam,eh aku lagi tua daripada kau eh?" tiba tiba topik umur diketengahkan
"Aku kan lahir bulan 11"
"Ouh aku bulan 4.Betulla aku tua"
"Kau baru tahu ke?"
"Ha'a"
"Ouh kau birthday Suraya je eh ingat.Birthday aku tak ingat"
"Birthday mama aku,aku ingat"
"......" Ayda tetiba deep
"Eh tapi en birthday kau belum sampai lagi tapi aku dah tahu ni kau nak hadiah tak?" offer Hisyam
"Mestilah nak" Ayda mula menggedik
"Eh Helmi mana?"
"Dia jumpa kawan dia.Dia kata jangan kacau jadi aku tak tahu nak buat apa tetiba jumpa kau"
"Ouh....aku ni nak pergi lunch,kau nak ikut tak?"
"Eh baru pukul 1"
"Yela lunch betulla pukul 1"
"Aku selalu lunch pukul 5"
"Pandai gila lunch waktu petang.Tu dah minum petang cik adik oii"
"Alah aku tak sempatla nak lunch ikut time dia"
"Ha harini aku ajak kau lunch ikut time yang betul"
"Okay tapi kau belanja boleh?"
"Okay yela aku belanja"
"Haha okay jom!"

Mereka berdua terus pergi lunch bersama.Friendship mereka semakin rapat sejak Ayda memberitahu pasal pertandingan video itu kepada Hisyam

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now