Prank Pemusnah

3.3K 16 0
                                    

"Awak,saya minta maaf" Hisyam tekun menaip kata kata maafnya kepada Suraya selepas pranknya membuatkan Suraya sangat marah kepadanya.

Sudah puas Hisyam menelefon dan menghantar mesej kepada Suraya tetapi sedikit pun tiada tindak balas.Kisahnya bermula apabila Hisyam bersahaja ingin mengusik Suraya dengan menyuruh kawan kawannya menyebarkan berita kemalangannya.Ternyata berita itu mengejutkan ramai orang termasuk Suraya tetapi prank itu hanya sempat berjalan setengah jalan dan kantoi menyebabkan Suraya tahu kebenarannya.Hisyam menjangkakan bahawa Suraya akan ketawa atau tindak balas yang normal bagi satu usikan tapi sebaliknya merosakkan hubungan mereka berdua.Hisyam sangat kecewa ketika itu kerana Suraya sudah tidak menganggapnya seperti lelaki istimewa dalam hidup Suraya.Jika dulu Suraya sangat mesra dengan Hisyam tetapi kini mereka bagaikan kawan biasa yang seperti jarang bertegur sapa.Syahmi,Helmi dan Ayda antara kawan Hisyam yang terlibat dalam prank.Setelah Suraya berubah dengan mendadak sebegitu kehidupan Hisyam juga sudah menjadi lain dan menjadi lebih lonely.Hisyam kerap ke kedai mamak sendirian memesan kopi panas dan duduk di situ berjam jam melayan jiwanya yang sedang bersedih.Sejak Suraya berubah memang Hisyam menjadi kesunyian walaupun ada orang orang yang cuba membantunya tetapi memandangkan kekecewaannya itu mengalahkan lautan bergelora maka pemulihan itu menjadi agak sukar.Beberapa hari kemudian Suraya menegur Hisyam semula dan Hisyam berasa sangat gembira tapi kegembiraannya itu tidak kekal lama apabila dia dilayan tidak seperti dahulu.Jika dulu Suraya selalu chat dengan Hisyam tidak kira masa berkongsi saat bersama tetapi kini waktu chat dihadkan oleh Suraya membuatkan mereka jarang chat tambahan pula Suraya lambat membalas mesej yang dihantar oleh Hisyam.Dahulu Hisyam rajin menghadiri kuliah tetapi disebabkan jiwanya kacau dia kadang kala ponteng kuliah menghabiskan masa tidur di rumah.Suatu hari...

"Syam kau okay tak?" mesej masuk daripada kawannya Ayda
"okay je.Kenapa?"
"jiwa kau mcm tgh kacau je?"
"takdela aku okay"
"betul ni?"
"betul" chat Hisyam dan Ayda terhenti seketika
"Syam,aku nak jumpa kau"
"ha? buat apa?"
"kat mamak depan simpang tu,aku sampai sat gi" Ayda tidak menjawab soalan Hisyam

Hisyam hanya mengikuti Ayda.Ketika itu masih petang,kelihatan Ayda seperti sudah lama menunggu Hisyam.

"Lambatnya kau" tegur Ayda
"Alah janji melayu biasala"
"Okay okay duduk sini" Ayda menunjuk kerusi di hadapannya

Hisyam pun duduk dan seorang lelaki yang bekerja di situ terus mendapatkan Hisyam untuk mengambil pesanannya.Hisyam hanya memesan air kopi seperti biasa.

"Eh kau dengan Suraya macam mana?" Ayda mulakan soalannya
"Takde apalah"
"Takyah tipu,aku tahu ada benda tak kena"
"Eh Ayda,kau tak pernah ambil berat pasal aku.Ni kenapa tiba tiba je?"
"Aku nak tolong kau.Aku tengok kau ni dah macam orang berak sembelit"
"Aku baru dilayan macam sampah oleh perempuan yang aku sayang,kau still nak buat lawak?"
"Eh sorry sorry aku gurau je.Takla aku cuma nak tolong apa yang patut"
"Takyahla susah susah" kata Hisyam sambil meneguk kopinya yang baru sampai
"Erm..eh wei ni ha aku ada sesuatu nak happykan kau" sambil menghulurkan satu kertas
"Apa ni?"
"Aduh kau ni bacala,takkan kecewa sangat sampai tak boleh baca?"
"Cool Video Contest? Hadiah utama RM10,000 ?! Uish best ni.Aku memang dah lama tunggu benda macam ni"
"Aku tahu kau mesti suka,tula nasib baik aku ada kalau tak kau tak tahu sebab kau jarang keluar rumah"
"Hahahaha thanks Ayda.Aku tak tahu macam nak cakap terima kasih kat kau"
"Lol cakap thanks tu bukan terima kasih ke? Btw welcome"
"Hahahaha okayla aku gerak dulu,nak habaq kat kawan"
"Okay bye"
"Bye" Hisyam pun berlalu dengan segera meninggalkan Ayda.

Ayda tersenyum melihat kawannya itu sudah gembira lalu terpandang kopi yang baru Hisyam selesai minum.Direnungnya gelas kosong itu dengan tajam.

"Tak guna kau Syam,kau nak suruh aku bayarkan air kau ni ke apa!" marah Ayda
"Hahaha mesti dia tengah marah sekarang hahaha" Hisyam ketawa sepanjang perjalannya untuk pulang

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now