Suraya Cemburu

1.5K 7 0
                                    

Harini Hisyam hadir kuliah kerana bimbang akan peperiksaan yang semakin dekat.Dalam keadaan tergesa Hisyam berjalan pantas dan tiba tiba terlanggar Suraya.Habis bertaburan kertas kertas yang dibawa oleh Suraya dan Hisyam.Jika dalam drama cinta mereka berdua pasti sudah mengutip kertas tersebut bersama tetapi Suraya hanya mendiamkan diri membiarkan Hisyam mengutip kertasnya dahulu.Hisyam hendak mengutip kertas Suraya juga.

"Eh takyahla kutip.Nanti aku kutip sendiri" kata Suraya

Hisyam menurut kata kata Suraya itu dan terus berlalu pergi.Selalunya di kelas Hisyam akan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan Suraya tetapi apabila Hisyam mendekati Suraya,Suraya akan memilih tempat yang lebih jauh.Hisyam mengukir riak wajah yang tidak gembira.Kemudian Ayda pun tiba duduk di sebelah Hisyam.

"Hei Syam kau okay tak ni?" tegur Ayda
"Erm okay.Kenapa kau duduk sini? Apsal tak duduk dengan Helmi pakwe kau tu?"
"Dia tak datang."
"Habistu kenapa mesti duduk sebelah aku?"
"Aku nak tahu pasal pertandingan video tu"
"Nak tahu apa?"
"Kau dah ada idea ke belum?"
"Ada banyak idea aku.Nanti aku dengan production aku decide ah yang mana bagus"
"Aku pun ada idea"
"Apa idea kau?"
"Lagi bagus en kalau kau buat video tu macam video clip"
"Video clip?"
"Ha'a,tak tahu ke?"
"Errr memangla aku nak buat video clip"
"Ha okayla tu.Aku cadangkan lagu Dari Mata,lagu favourite aku ni.Best lagu dia"
"Eh jap kau maksudkan music video ke?"
"Ha video clip ah"
"Ada ke orang panggil tu video clip?"
"kenapa?"
"Kau ni satu dunia panggil tu music video"
"Eh la yeke,bukan sama ke"
"Hahahahaha mana ada"
"Ouh salah eh" Ayda tersengih dan berasa malu

Hisyam dan Ayda ketawa bersama sambil diperhatikan Suraya yang berada jauh di belakang bersama kawan kawannya.

"Suraya,kau ni kenapa?" soal Hanani
"Takde apala" balas Suraya
"Kau mesti jeles dengan Hisyam kan?" celah Allysa
"Jeles? Tolongla buat apa nak jeles dengan jantan yang suka mainkan perasaan orang" kata Suraya dengan nada geram
"Kau tahu kan dia cuma nak gurau" Hanani berkata lagi
"Aku dah tak boleh tahan lagi dah Hana.Kalau kau dapat tahu pakwe kau accident mesti kau risau en?" jelas Suraya
"Aku mana ada pakwe" kata Hanani dengan riak wajah sedih
"Kan aku bagi contoh.Ha Ally kalau pakwe kau tu accident kau risau tak?" soal Suraya kepada Allysa
"Gila tak risau,aku sanggup teman dia malam malam kat hospital" kata Allysa
"Ha pastu tetiba bila kau tahu benda tu palsu.Lagi lagi bila benda tu semua dirancang oleh pakwe kau sendiri mestila geram kan?" Suraya meninggikan suaranya
"Sabarlah Suraya,aku tahu dia takde niat nak mainkan perasaan kau tu" Hanani cuba menenangkan Suraya
"Ha kau nak backup dia plak.Patutnya kau sokong aku" marah Suraya
"Suraya,kita tak boleh tegakkan benang yang basah Suraya" Hanani mula berkata kata
"Malas ah nak dengar,lantaklah si Syam tu.Dia dah ada pengganti tu" Suraya menutup cerita

Malam itu Suraya menatap gambar gambarnya bersama Hisyam dengan sayu hati.Air matanya mengalir perlahan.Suraya masih sayangkan Hisyam tetapi dia sudah tidak tahan dengan perangai Hisyam dan bertindak untuk tidak melayannya seperti dahulu untuk memberinya pengajaran tetapi Suraya sangat kecewa apabila Hisyam seperti mudah untuk melupakan dirinya.Tanggapan Suraya terhadap Hisyam tidak benar sama sekali kerana Hisyam juga turut bersedih dengan kehilangan wanita yang dia sayangi dahulu.Bagi Hisyam,Ayda hanya ingin membantunya menjadi lebih gembira memandangkan Hisyam tidak ramai kawan seperti Suraya yang mempunyai ramai kawan yang mengambil berat terhadapnya.Hisyam tidak menyangka bahawa Suraya akan cemburu dengan Ayda kerana Hisyam anggap Suraya pasti tahu bahawa Ayda sudah mempunyai pakwe dan Ayda bukanlah orang asing bagi Hisyam.Disebabkan masing masing mempunyai ego maka fikiran masing masing menjadi negatif

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now